Power Point Aircond Keluar Spark, MCB Trip
Baru-baru ini kami menerima satu panggilan daripada seorang customer, Pn. Nabilah, yang tinggal di sebuah condo di Damansara. Beliau ada masalah dengan aircond di rumah. Menurut Pn. Nabilah, bila aircond digunakan, ada spark keluar dari power socket. Pada masa yang sama, MCB di DB box akan trip. Memang boleh buat kita risau bila nampak spark keluar dari soket elektrik. Tambah pula bila MCB asyik trip. Dalam keadaan macam ini, ramai orang mungkin akan terus fikir aircond sudah rosak dan perlu repair atau tukar aircond baru. Tapi sebelum buat kesimpulan, lebih baik kita check dahulu punca sebenar masalah.
Team Mr Electrician Datang Ke Rumah Untuk Check
Selepas menerima panggilan daripada Pn. Nabilah, kami datang ke rumah beliau untuk buat pemeriksaan. Kami check bahagian DB box, MCB, RCCB, power point dan sambungan elektrik untuk aircond. Kami juga periksa keadaan power socket yang digunakan oleh aircond kerana customer sudah beritahu bahawa terdapat spark dari socket tersebut.
Selepas buat pemeriksaan, kami dapati masalah sebenarnya bukan daripada aircond. Aircond masih okay. Masalah datang daripada bahagian power point/socket dan perlindungan elektrik.

Socket Bermasalah Menyebabkan Spark
Daripada pemeriksaan yang dibuat, power point yang digunakan untuk aircond memang sudah ada masalah. Bila socket atau connection tidak berada dalam keadaan yang baik, ia boleh menyebabkan masalah seperti spark, connection tidak stabil dan akhirnya membuatkan MCB trip. Sebab itu kami tidak terus mengatakan aircond rosak.
Kami cuba cari punca sebenar dahulu. Dalam kes Pn. Nabilah, selepas punca dikenal pasti, kami cadangkan supaya power point ditukar dan bahagian RCCB turut diganti mengikut keadaan yang diperlukan. Kerja dibuat dengan berhati-hati dan selepas selesai, kami buat pemeriksaan serta testing semula.
Aircond Tak Rosak – Customer Berjaya Jimat Kos
Bahagian paling menarik dalam kes ini ialah selepas kami check, aircond sebenarnya bukan punca masalah. Bayangkan kalau terus anggap aircond rosak. Mungkin customer akan keluarkan duit untuk repair aircond atau mungkin terus fikir nak tukar unit baru.
Tetapi sebenarnya masalah cuma pada bahagian elektrik. Dengan mencari punca sebenar terlebih dahulu, Pn. Nabilah dapat jimat kos dan tidak perlu keluarkan duit untuk kerja aircond yang tidak diperlukan.
Ini juga sebab kenapa kami selalu nasihatkan customer supaya jangan terus buat kesimpulan apabila MCB trip. MCB trip tidak semestinya bermaksud aircond rosak. Kadang-kadang masalah boleh datang daripada power point, wiring, connection, MCB, RCCB atau bahagian elektrik yang lain.
Kenapa MCB Boleh Trip Bila Guna Aircond?
Aircond menggunakan elektrik yang agak tinggi berbanding peralatan biasa. Jadi, kalau ada masalah pada socket, wiring atau connection, MCB mungkin akan trip sebagai perlindungan.
Kalau anda perasan perkara seperti:
- Aircond hidup tetapi MCB terus trip
- Ada spark dari power socket
- Socket terasa panas
- Ada bau hangit
- Aircond tiba-tiba terputus
- RCCB selalu jatuh
- MCB perlu dinaikkan semula berkali-kali
Jangan abaikan masalah tersebut. Lebih-lebih lagi kalau ada spark atau bau hangit dari socket. Jangan terus gunakan socket tersebut sebelum diperiksa oleh electrician.
Customer Puas Hati Dengan Hasil Kerja
Selepas kerja selesai dan masalah berjaya diselesaikan, Pn. Nabilah sangat berpuas hati. Beliau lega kerana aircond bukan rosak dan masalah dapat diselesaikan tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar untuk repair aircond. Apa yang penting bagi kami ialah customer faham apa masalah yang berlaku dan kenapa kerja tersebut perlu dibuat.
Kami tidak mahu customer membayar untuk sesuatu yang tidak diperlukan. Check dulu, cari punca dulu, baru repair. Itulah cara yang lebih baik apabila berdepan dengan masalah elektrik.
Macam Mana Pn. Nabilah Jumpa Mr Electrician?
Pn. Nabilah telah mendapatkan servis Mr Electrician untuk membantu menyelesaikan masalah elektrik di rumah condo beliau. Selepas masalah selesai dan customer berpuas hati dengan servis yang diberikan, beliau juga membuat recommendation kepada orang lain untuk mendapatkan servis Mr Electrician.
Terima kasih Pn. Nabilah atas kepercayaan dan recommendation yang diberikan kepada kami.Kami sangat menghargai setiap customer yang memberikan kepercayaan untuk kami membantu menyelesaikan masalah elektrik di rumah mereka.
Ada Masalah MCB Trip Atau Power Socket Spark?
Kalau anda menghadapi masalah seperti MCB selalu trip, RCCB trip, power socket keluar spark atau masalah elektrik bila aircond digunakan, jangan terus anggap aircond rosak. Panggil electrician untuk check dan cari punca sebenar terlebih dahulu.
Seperti kes Pn. Nabilah, masalah yang nampak seperti masalah aircond sebenarnya datang daripada bahagian power point dan RCCB.Dengan pemeriksaan yang betul, masalah dapat dikenal pasti dan customer juga boleh jimat kos repair.
Kami boleh bantu check masalah elektrik seperti MCB trip, RCCB trip, power point rosak, socket spark, wiring dan masalah elektrik rumah. Jangan tunggu sampai masalah elektrik jadi lebih serius. Kalau ada spark, bau hangit atau MCB selalu trip, buat pemeriksaan terlebih dahulu. Kadang-kadang bukan aircond yang rosak cuma masalah kecil pada bahagian elektrik yang perlu dikesan dan diperbaiki.
Untuk pertanyaan atau servis electrician, boleh hubungi: Mr Electrician 012 – 870 2699





