DB Lama Dah Penuh, Macam Mana Nak Pasang Aircond?

Satu RCCB Dekat DB Box Meletup Bila Dihidupkan
August 12, 2026

DB Lama Dah Penuh, Macam Mana Nak Pasang Aircond?

DB Lama Dah Penuh, Macam Mana Nak Pasang Aircond?

August 13, 2026

DB Lama Dah Penuh, Macam Mana Nak Pasang Aircond?

Nak pasang aircond dekat rumah memang nampak macam kerja mudah. Beli aircond, panggil installer, kemudian pasang. Tapi kadang-kadang bila technician datang tengok keadaan elektrik rumah, keluar pula satu masalah lain. “DB dah penuh.”

Perkara macam inilah yang baru-baru ini berlaku kepada Encik Norman dari Klang. Encik Norman sebenarnya cuma nak pasang aircond baru di rumah. Cuaca sekarang pun memang panas, jadi aircond bukan lagi sekadar nak rasa selesa. Kalau ada anak kecil, orang tua atau bilik yang panas sangat, memang rasa perlu ada aircond.

Pada awalnya Encik Norman ingat kerja pemasangan akan berjalan seperti biasa. Tapi selepas diperiksa, didapati kotak DB elektrik di rumahnya sudah penuh dengan circuit yang sedia ada. Kalau DB lama dah penuh, masih boleh ke nak pasang aircond?

DB Elektrik Dah Penuh, Apa Maksudnya?

Untuk yang kurang biasa dengan kerja elektrik, DB atau Distribution Board ialah kotak tempat circuit elektrik rumah dikawal dan dibahagikan. Biasanya dalam DB ada beberapa MCB atau breaker. Setiap satu mengawal bahagian tertentu seperti lampu, soket, water heater, dapur dan sebagainya. Bila rumah semakin lama, semakin banyak peralatan elektrik yang ditambah. Mula-mula mungkin hanya ada beberapa soket dan lampu. Kemudian tambah water heater. Tambah kitchen cabinet. Tambah oven. Tambah mesin basuh. Tambah peti ais besar. Lepas itu nak tambah pula aircond. Akhirnya ruang dalam DB pun makin kurang.

Dalam kes Encik Norman, masalahnya bukan sekadar nak cari tempat kosong untuk letak satu lagi breaker. Sebelum tambah circuit baru, keadaan DB dan wiring sedia ada perlu diperiksa terlebih dahulu.

Boleh Ke Pasang Aircond Kalau DB Dah Penuh?

Boleh jadi boleh, tetapi bergantung kepada keadaan sistem elektrik rumah. Jangan terus tambah breaker atau ubah wiring tanpa pemeriksaan. Aircond menggunakan kuasa elektrik yang agak tinggi, terutama ketika compressor mula beroperasi. Sebab itu pemasangan aircond biasanya memerlukan circuit yang sesuai dan perlindungan elektrik yang betul.

Kalau DB memang sudah penuh, wireman boleh periksa beberapa perkara terlebih dahulu. Contohnya, adakah terdapat circuit lama yang sudah tidak digunakan? Adakah DB masih dalam keadaan baik? Adakah kapasiti bekalan elektrik rumah mencukupi? Adakah wiring lama masih sesuai digunakan? Daripada pemeriksaan tersebut, barulah boleh tentukan jalan penyelesaian yang paling sesuai.

Jangan Main Tambah Breaker Saja

Ini antara perkara yang ramai pemilik rumah mungkin tak tahu. Bila tengok DB penuh, mungkin ada yang fikir: “Tak apa, tambah je satu breaker.”

Sebenarnya bukan semudah itu. Breaker, kabel dan circuit perlu dipilih berdasarkan beban elektrik dan keadaan pemasangan. Kalau buat secara cincai, ia boleh menyebabkan masalah seperti breaker selalu trip, kabel menjadi panas atau sistem elektrik rumah tidak berfungsi dengan baik.

Lebih-lebih lagi kalau rumah sudah lama. Sebab itu sebelum pasang aircond, elok panggil wireman yang berpengalaman untuk tengok keadaan DB dan wiring terlebih dahulu.

Apa Yang Wireman Boleh Buat?

Bergantung kepada keadaan rumah, terdapat beberapa pilihan yang mungkin boleh dipertimbangkan. Contohnya, wireman boleh periksa sama ada terdapat circuit yang sudah tidak digunakan dan boleh disusun semula. Kalau ruang DB memang tidak mencukupi, mungkin perlu pertimbangkan penambahan atau pengubahsuaian DB yang sesuai.

Dalam keadaan tertentu, wiring atau circuit baru juga mungkin diperlukan untuk aircond. Tetapi semua ini bergantung kepada keadaan sebenar rumah. Tak boleh tengok gambar DB sahaja dan terus buat keputusan. Pemeriksaan di lokasi adalah lebih baik supaya wireman boleh tengok saiz kabel, keadaan DB, susunan circuit dan beban elektrik yang sedia ada.

Berbalik kepada cerita Encik Norman. Beliau memang sudah bersedia untuk pasang aircond. Tetapi bila tahu DB lama sudah penuh, beliau mula mencari wireman di Klangyang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Beliau tidak mahu sekadar mencari orang yang boleh “buatkan cepat”. Apa yang beliau perlukan ialah orang yang boleh tengok masalah dari awal dan cadangkan penyelesaian yang sesuai.

Selepas mencari, Encik Norman akhirnya berjumpa dengan Mr Electrician. Beliau menghubungi Mr Electrician untuk mendapatkan bantuan berkaitan masalah DB yang sudah penuh dan keperluan pemasangan circuit elektrik untuk aircond. Daripada situ, pemeriksaan boleh dibuat terlebih dahulu sebelum kerja diteruskan. Ini sebenarnya langkah yang lebih selamat untuk pemilik rumah.

Rumah Lama, Lagi Penting Periksa Wiring

Rumah lama memang mempunyai cerita yang berbeza. Ada rumah yang wiringnya sudah berusia bertahun-tahun. Sepanjang tempoh tersebut pula, pemilik mungkin sudah menambah pelbagai peralatan elektrik. Jadi bila nak tambah aircond, jangan hanya fikir tentang aircond sahaja.

Kena fikir juga tentang keadaan keseluruhan sistem elektrik rumah. Kalau wiring masih baik dan kapasiti mencukupi, mungkin masalah boleh diselesaikan dengan cara yang lebih mudah.

Tetapi kalau ada bahagian wiring yang sudah lama, rosak atau tidak sesuai, wireman mungkin akan cadangkan kerja pembaikan atau penambahbaikan terlebih dahulu.

Nak Pasang Aircond? Periksa DB Dulu

Kalau anda sedang merancang untuk pasang aircond di rumah, terutama rumah yang sudah lama, jangan terkejut kalau technician memberitahu DB anda sudah penuh. Itu bukan bermaksud aircond terus tak boleh dipasang. Maksudnya, sistem elektrik perlu diperiksa dahulu untuk melihat apakah penyelesaian yang sesuai.

Yang penting, jangan cuba buat sambungan sendiri atau tambah breaker secara sembarangan. Panggil wireman yang boleh datang periksa keadaan sebenar di rumah.

Macam kes Encik Norman di Klang, masalah DB yang penuh perlu diselesaikan terlebih dahulu dimana DB box perlu upgrade terlebih dahulu sebelum pemasangan aircond boleh diteruskan dengan lebih baik.

Kalau anda juga menghadapi masalah DB lama dah penuh, nak tambah circuit baru atau merancang untuk pasang aircond tetapi tidak pasti sama ada wiring rumah boleh menampungnya, anda boleh mendapatkan bantuan daripada Mr Electrician di 012 – 870 2699 untuk pemeriksaan dan nasihat berkaitan kerja elektrik.

DB penuh bukan semestinya bermaksud tak boleh pasang aircond. Yang penting, periksa dulu keadaan elektrik rumah dan gunakan cara pemasangan yang sesuai.

Related Post