Kenapa Rumah Anda Selalu ‘Trip’ Bila Hujan atau Kilat

Tanda-Tanda Anda Perlukan Emergency Electrician
May 21, 2025
Servis Pemasangan Pemanas Air (Water Heater) Profesional di KL & Selangor
May 21, 2025

Kenapa Rumah Anda Selalu ‘Trip’ Bila Hujan atau Kilat

Kenapa Rumah Anda Selalu ‘Trip’ Bila Hujan atau Kilat

May 21, 2025

Rumah Trip Bila Hujan Dan Kilat – Punca & Cara Atasinya

 

Pernah tak rumah anda tiba-tiba ‘trip’ atau blackout bila hujan lebat atau waktu kilat sabung-menyabung? Kalau ya, ini bukan perkara biasa dan jangan sesekali pandang ringan. Masalah ini bukan sahaja menyusahkan, malah boleh jadi bahaya kepada keselamatan rumah dan peralatan elektrik anda.

Di MR Electrician, kami sering terima panggilan kecemasan daripada pelanggan yang menghadapi masalah ini. Jadi, kami kongsikan di sini beberapa punca utama dan apa tindakan yang anda patut ambil.

 

Punca Rumah Trip Bila Hujan atau Kilat

 

1. Wiring Rosak atau Bocor

Apabila kabel atau sambungan dalam dinding dah lama atau terdedah, air hujan yang meresap boleh menyebabkan litar pintas, lalu fius akan ‘trip’ secara automatik untuk elakkan kebakaran.

2. DB Box (Fius Box) Terkena Air

Jika DB box anda berada di luar atau tak ditutup rapat, air boleh masuk dan menyebabkan gangguan elektrik. Ini sangat bahaya dan boleh cetuskan kejutan elektrik atau percikan api.

3. Lonjakan Voltan Akibat Kilat (Power Surge)

Bila kilat menyambar, ia boleh hasilkan lonjakan voltan tinggi dalam sistem elektrik. Peralatan sensitif seperti TV, peti sejuk dan komputer boleh rosak serta-merta. Sistem akan ‘trip’ untuk melindungi litar, tapi kerosakan mungkin dah berlaku.

4. Sistem Grounding Tak Stabil

Grounding yang lemah atau tidak dipasang dengan betul boleh menyebabkan arus bocor semasa hujan. Ini membuatkan sistem keselamatan seperti ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) ‘trip’ secara kerap.

 

 

Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Masalah Ini?

 

Jika rumah anda sering trip semasa hujan atau kilat, ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan rumah dan peralatan elektrik anda:

  1. Periksa Wiring 
    Pastikan semua pendawaian rumah berada dalam keadaan baik dan tidak terdedah kepada kelembapan. Jika perlu, lakukan pemeriksaan dan baiki segera. 
  2. Periksa DB Box dan Pastikan Kalis Air
    Pastikan DB Box rumah terlindung dengan baik daripada air hujan dan dipasang di tempat yang kering dan selamat.

 

  1. Lindungi Peralatan Anda dengan Surge Protector
    Pasang surge protector (pelindung lonjakan) untuk lindungi peralatan elektrik anda daripada kerosakan akibat kilat atau lonjakan arus. Ia akan menyerap dan menyekat arus berlebihan sebelum sampai ke peralatan anda — sangat penting untuk rumah moden yang bergantung pada banyak alat elektronik. 
  2. Periksa dan Tingkatkan Grounding Sistem
    Pastikan sistem grounding rumah anda cukup kuat untuk menangani kesan kilat. Hubungi juruelektrik profesional untuk pemeriksaan.

 

MR Electrician – Pakar Masalah Elektrik Rumah Anda

 

Di MR Electrician, kami pakar dalam menyelesaikan masalah elektrik berkaitan cuaca, kilat, dan kelembapan. Pasukan kami berpengalaman luas di kawasan Bangi, Kajang, Semenyih, Putrajaya, Puchong serta suruh Klang Valley.

Kami akan bantu anda pastikan sistem elektrik rumah kembali stabil, selamat dan bebas daripada gangguan berulang.

Hubungi Sekarang: 012-870 2699
MR Electrician – Juruelektrik Kecemasan Dipercayai Anda di KL & Selangor

 

 

Related Post

April 10, 2026

空调一开就跳闸?问题可能不在空调本身

马来西亚天气炎热,大家都离不开空调 最近马来西亚天气非常炎热,在家里或工作地方,几乎每个人都需要开空调才能舒服休息。但想象一下这个情况: 你下班回到家,又热又累,打开空调……结果电一下就跳闸了。没有冷气,也没有舒服的休息,只剩下闷热的一整晚。这就是我们在Bangi遇到的一位客户的真实情况。 一开始以为空调坏了 一开始,他以为空调出了问题。很多人都会这样想,觉得可能是压缩机坏了,或者空调老旧。于是他尝试维修,后来甚至直接更换了空调。但问题还是一样,每次一开空调就跳电。 这时候他开始觉得不对劲,于是决定找第二个专业意见。后来他联系了我们 Mr Electrician(Tronica Engineering)。 我们检查真正的电力系统 我们没有只看空调,而是检查整个家庭电力系统,包括配电箱(DB box)、电线和断路器。检查后发现,真正问题是在配电箱里的 MCB(小型断路器)。这个 MCB 已经变得太敏感和老化,当空调启动、用电量较高时,就会误判负荷过大而跳闸。 其实空调本身是完全正常的。我们只需要更换一个新的、合适的 MCB。更换 MCB 之后,一切恢复正常。空调可以正常运行,不再跳电,客户终于可以安心睡一个舒服的夜晚。 简单提醒 并不是所有跳闸问题都是空调造成的。有时候真正问题是在电力系统,例如配电箱、电线或 MCB。如果判断错误,很容易浪费钱去维修或更换不必要的设备。如果你发现空调一开就跳电、电热水器跳电,或家里偶尔无故断电,建议尽早检查电力系统,避免问题变严重。 我们的服务 Tronica Engineering 提供电力故障检查、跳闸问题解决、MCB […]