Elektrik Salon Rambut di Shah Alam Asyik Trip? Mungkin Tikus Puncanya
Puan Julia mempunyai sebuah salon rambut di tingkat dua sebuah kedai di Shah Alam, Selangor. Pagi itu, apabila beliau sampai di salon dan cuba menghidupkan lampu, elektrik tiba-tiba trip. Beliau cuba naikkan semula breaker, tetapi masalah yang sama berlaku lagi. Disebabkan salon perlu dibuka seperti biasa dan pelanggan sudah mula membuat tempahan, Puan Julia tidak mahu mengambil risiko. Beliau kemudian mencari juruelektrik di Shah Alam dan menghubungi team kami untuk mendapatkan bantuan.
Pada masa itu, technician kami, Mr Alex, sedang berada di Klang untuk menyelesaikan kerja pemasangan lampu LED di tempat pelanggan lain. Selepas kerja tersebut selesai, Mr Alex bersama team terus bergerak ke Shah Alam untuk memeriksa masalah elektrik di salon Puan Julia.
Periksa Punca Elektrik Asyik Trip
Apabila sampai di salon, technician kami tidak hanya reset breaker dan tinggalkan masalah begitu sahaja. Kami buat pemeriksaan untuk mencari punca sebenar kenapa elektrik di salon tersebut asyik trip.
Pemeriksaan dibuat pada bahagian lampu, kipas, power point dan wiring elektrik di dalam salon. DB box juga diperiksa untuk mengenal pasti circuit mana yang menyebabkan masalah. Technician kami membuat beberapa ujian dan memeriksa sambungan wiring secara berperingkat. Selepas melakukan pemeriksaan dan tracing pada wiring, akhirnya kami jumpa puncanya. Wiring elektrik di bahagian belakang salon telah digigit dan rosak akibat tikus.Wiring yang sudah rosak tersebut menyebabkan masalah pada circuit elektrik. Sebab itu setiap kali lampu dihidupkan, elektrik akan trip semula.
Technician kami membaiki bahagian wiring yang rosak dan membuat sambungan semula dengan betul. Selepas kerja repair selesai, circuit tersebut diuji sekali lagi untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Selepas pemeriksaan dan pembaikan dibuat, bekalan elektrik di salon kembali normal dan masalah elektrik yang asyik trip berjaya diselesaikan.

Elektrik Trip Tak Semestinya DB Box Rosak
Bila elektrik rumah atau kedai selalu trip, perkara pertama yang ramai orang fikir ialah DB box atau circuit breaker rosak. Sebenarnya, tidak semestinya begitu. Elektrik boleh trip disebabkan oleh banyak perkara. Contohnya, wiring yang rosak, sambungan wayar yang longgar, power point yang bermasalah, peralatan elektrik yang rosak atau circuit yang terlebih beban. Dalam kes tertentu, air atau kelembapan juga boleh menyebabkan masalah elektrik.
Selain itu, tikus juga boleh menjadi salah satu punca yang menyebabkan masalah wiring. Tikus boleh menggigit kabel elektrik, terutamanya di kawasan yang terlindung seperti belakang kedai, siling atau bahagian tertentu yang jarang diperiksa.
Sebab itu, apabila elektrik asyik trip, penting untuk cari punca sebenar terlebih dahulu. Jangan hanya reset breaker berulang kali tanpa mengetahui apa yang menyebabkan masalah tersebut. Pemeriksaan yang betul boleh membantu mengelakkan kerosakan yang lebih serius dan memastikan kerja pembaikan dibuat dengan lebih selamat.
Pengalaman Lebih 20 Tahun Dalam Bidang Elektrik
Mr Alex dan team mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang elektrik. Sepanjang tempoh tersebut, kami telah membantu pelanggan untuk menyelesaikan pelbagai masalah elektrik di rumah, kedai, pejabat dan premis perniagaan.
Kami biasa mengendalikan masalah seperti elektrik trip, wiring rosak, power point bermasalah, lampu tidak berfungsi, DB box, earthing dan electrical troubleshooting. Selain itu, kami juga menerima kerja berkaitan sistem autogate, termasuk masalah autogate trip dan wiring elektrik.
Bagi kami, setiap masalah elektrik perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum kerja repair dibuat. Ini kerana masalah yang nampak mudah seperti elektrik asyik trip mungkin sebenarnya berpunca daripada wiring atau komponen lain yang rosak.
Perlukan Juruelektrik di Shah Alam?
Kalau elektrik di rumah, kedai atau pejabat anda selalu trip, jangan hanya naikkan semula breaker setiap kali ia berlaku. Kalau masalah tersebut berulang, lebih baik dapatkan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar.
Jika anda sedang mencari juruelektrik di Shah Alam, Klang, Puchong atau kawasan sekitar Selangor, anda boleh hubungi Mr Alex dan team untuk mendapatkan bantuan. Kami boleh membantu untuk masalah elektrik seperti DB box, wiring, power point, pemasangan lampu dan LED, earthing, elektrik trip, electrical troubleshooting serta masalah elektrik untuk autogate.
Call / WhatsApp: 012-870 2699
Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang elektrik, Mr Alex dan team sedia membantu memeriksa masalah elektrik anda dan mencari punca sebenar sebelum kerja pembaikan dilakukan.





