Trip Dekat Plug Dapur & Suis Lampu Bilik Air
Masalah elektrik di rumah memang boleh buat kita rasa risau, lebih-lebih lagi bila melibatkan plug elektrik di dapur atau suis lampu bilik air. Kadang-kadang masalah bermula dengan perkara kecil seperti plug rasa panas, lampu tiba-tiba tak menyala atau elektrik trip apabila kita menggunakan peralatan tertentu.
Perkara seperti ini juga berlaku kepada Encik Haris dari Bukit Jelutong baru-baru ini. Pada mulanya, Encik Haris perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan elektrik di bahagian dapur rumahnya. Bila menggunakan plug tertentu, elektrik rumah boleh trip secara tiba-tiba. Dalam masa yang sama, beliau turut menghadapi masalah dengan suis lampu di bilik air.
Mula-mula beliau ingat mungkin masalah biasa dan boleh dibiarkan sekejap. Tetapi bila masalah berlaku beberapa kali, beliau mula rasa tidak sedap hati.

Plug Dapur Kerap Trip
Bahagian dapur merupakan salah satu kawasan rumah yang banyak menggunakan elektrik. Ada peti ais, microwave, kettle, rice cooker, oven dan pelbagai peralatan elektrik lain.Sebab itu apabila plug dapur mula menyebabkan elektrik trip, Encik Haris tidak mahu mengambil risiko.
Beliau cuba perhatikan keadaan terlebih dahulu. Setiap kali menggunakan plug tertentu, masalah seperti trip boleh berlaku. Ini membuatkan beliau tertanya-tanya sama ada terdapat masalah pada plug, pendawaian atau sambungan elektrik di bahagian tersebut.
Bagi orang yang tidak biasa dengan kerja-kerja elektrik, memang agak susah untuk tahu punca sebenar hanya dengan melihat dari luar.Lebih baik masalah seperti ini diperiksa oleh wireman yang berpengalaman, terutama apabila ia melibatkan pendawaian elektrik rumah.
Suis Lampu Bilik Air Pun Bermasalah
Belum selesai satu masalah, Encik Haris turut menghadapi masalah dengan suis lampu bilik air. Suis tersebut tidak berfungsi seperti biasa. Bila nak buka lampu bilik air, ada kalanya lampu tidak menyala seperti sepatutnya.
Disebabkan kedua-dua masalah berlaku dalam rumah yang sama, Encik Haris mula mencari wireman yang boleh datang memeriksa keadaan elektrik di rumahnya. Beliau mahukan seseorang yang boleh datang, periksa punca masalah dan buat pembaikan dengan cara yang betul.
Cari Wireman Sekitar Bukit Jelutong
Encik Haris kemudian mencari perkhidmatan wireman di Bukit Jelutong yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Selepas membuat carian dan mendapatkan maklumat, beliau akhirnya menemui Mr Electrician di nombor 012 – 870 2699. Beliau menghubungi Mr Electrician dan menerangkan masalah yang berlaku di rumahnya.
Antara masalah yang diberitahu ialah:
- Plug di bahagian dapur menyebabkan elektrik trip.
- Suis lampu bilik air bermasalah.
- Perlukan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar masalah.
- Mahu memastikan sistem elektrik rumah berada dalam keadaan baik.

Jangan Abaikan Masalah Elektrik Yang Kerap Trip
Ramai pemilik rumah mungkin menganggap masalah elektrik trip sebagai perkara kecil.Kadang-kadang bila elektrik trip, kita cuma pergi naikkan semula suis pada DB box dan terus sambung menggunakan elektrik seperti biasa.
Tetapi kalau perkara yang samakerap berlaku, jangan anggap ia perkara normal. Elektrik yang kerap trip mungkin berpunca daripada beberapa perkara seperti masalah pada peralatan elektrik, plug, suis, pendawaian atau beban elektrik yang terlalu tinggi. Punca sebenar perlu diperiksa dengan betul sebelum membuat kesimpulan. Lebih-lebih lagi jika masalah berlaku di kawasan seperti dapur dan bilik air.
Bila Patut Panggil Wireman?
Kalau anda mengalami masalah seperti elektrik selalu trip, plug tidak berfungsi, suis lampu rosak atau ada bahagian elektrik rumah yang pelik, sebaiknya jangan cuba baiki sendiri jika tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sesuai.
Antara situasi yang boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan wireman ialah:
- Plug elektrik kerap trip.
- Lampu tiba-tiba tidak menyala.
- Suis terasa panas atau pelik apabila digunakan.
- Plug atau suis mengeluarkan bunyi yang luar biasa.
- Ada bau seperti terbakar berhampiran plug atau suis.
- Sebahagian elektrik dalam rumah tidak berfungsi.
- Masalah elektrik berlaku berulang kali walaupun sudah reset trip.
Masalah elektrik bukan sesuatu yang elok dipandang ringan. Pemeriksaan oleh wireman dapat membantu mengenal pasti masalah dengan lebih tepat.
Masalah Akhirnya Ada Jalan Penyelesaian
Bagi Encik Haris, perkara paling penting ialah mendapatkan orang yang boleh membantu memeriksa masalah elektrik di rumahnya. Daripada membiarkan masalah plug dapur dan suis bilik air berlarutan, beliau memilih untuk mendapatkan bantuan wireman.
Apa yang team Mr Electrician buat, pertama tukar MCB untuk bahagian dapur, kemudian beberapa plug dibahagian dapur digantikan dan untuk bilik air, tukar suis lampu dan juga suis water heater, inilah punca berlakunya trip.
Sekarang dah tak trip lagi, Encik Haris pun boleh kembali tenang, keadaan elektrik rumah kembali berfungsi dengan baik.
Jika anda sedang mencari wireman di Bukit Jelutong untuk masalah plug, suis lampu atau kerja-kerja elektrik rumah, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada Mr Electrician melalui nombor tersebut.




