Pasang Aircond & Water Heater Baru? Jangan Abaikan Keadaan Wiring Rumah

Inilah Yang Berlaku Jika Wiring Elektrik Tidak Dipasang Dengan Betul
May 13, 2026

Pasang Aircond & Water Heater Baru? Jangan Abaikan Keadaan Wiring Rumah

Pasang Aircond & Water Heater Baru? Jangan Abaikan Keadaan Wiring Rumah

May 15, 2026

Pasang Aircond & Water Heater Baru? Jangan Abaikan Keadaan Wiring Rumah

Sekarang ramai pemilik rumah mula upgrade rumah masing-masing untuk lebih selesa, terutama bila cuaca panas sekarang makin terasa. Antara pemasangan yang paling common ialah aircond baru dan water heater tambahan untuk kegunaan keluarga.

Macam pengalaman Encik Hassan dari Subang Jaya baru-baru ini. Beliau bercadang nak pasang satu unit aircond baru di master room rumahnya. Selain itu, beliau juga nak tambah water heater di shared bathroom sebab sebelum ni hanya ada satu water heater sahaja di bilik air master bedroom.

Pada mulanya Encik Hassan ingat kerja pemasangan ini biasa sahaja. Tetapi selepas buat pemeriksaan pada sistem elektrik rumah, rupanya ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Sistem Wiring Lama Masih Guna Looping

Rumah Encik Hassan sebenarnya masih menggunakan sistem wiring lama dengan konsep looping. Water heater sedia ada pula dipasang tanpa RCBO khas untuk perlindungan tambahan.

Bagi orang biasa mungkin nampak macam tiada masalah sebab semuanya masih boleh digunakan. Tetapi bila nak tambah penggunaan elektrik baru seperti aircond dan water heater tambahan, wiring lama boleh jadi terlalu berat untuk menampung beban elektrik.

Kalau dibiarkan tanpa pemeriksaan, ia boleh menyebabkan beberapa masalah seperti:

  • Elektrik selalu trip
  • Suis atau plug jadi panas
  • MCB mudah jatuh
  • Risiko short circuit
  • Risiko renjatan elektrik terutama di kawasan bilik air

Disebabkan itu, Encik Hassan mula rasa risau tentang keselamatan keluarga di rumah.

Cari Wireman Yang Betul Memang Penting

Selepas bertanya dengan kawan-kawan dan membuat sedikit survey, Encik Hassan akhirnya menghubungi Mr Electrician untuk datang buat pemeriksaan.

Team Mr Electrican datang periksa satu per satu keadaan DB box, wiring sedia ada dan penggunaan elektrik dalam rumah. Penerangan yang diberikan juga mudah difahami dan tidak terlalu teknikal.

Selepas pemeriksaan dibuat, mereka mencadangkan supaya pemasangan water heater baru menggunakan RCBO khas untuk perlindungan yang lebih selamat.

Selain itu, wiring untuk aircond baru juga dicadangkan menggunakan laluan khas supaya beban elektrik lebih stabil dan tidak mengganggu wiring lama dalam rumah.

Kenapa RCBO Sangat Penting Untuk Water Heater?

Ramai pemilik rumah masih tidak tahu bahawa water heater sebenarnya antara peralatan elektrik yang menggunakan arus tinggi. Tambahan pula, water heater digunakan dalam kawasan basah seperti bilik air. Sebab itu sistem perlindungan seperti RCBO sangat penting.

RCBO berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik secara automatik jika berlaku kebocoran arus atau short circuit. Ini boleh membantu mengurangkan risiko renjatan elektrik dan melindungi pengguna dalam rumah. Kadang-kadang rumah lama memang tiada sistem ini sebab standard lama tidak sama seperti sekarang.

Jangan Tunggu Sampai Ada Masalah

Ramai orang hanya panggil wireman bila elektrik dah mula bermasalah. Contohnya:

  • Aircond baru tak cukup power
  • Water heater selalu trip
  • Lampu berkelip
  • Plug terbakar
  • DB box panas
  • Bil elektrik naik secara pelik

Sebenarnya lebih baik buat pemeriksaan awal sebelum tambah barang elektrik baru dalam rumah.

Lagi-lagi kalau rumah sudah berusia lebih 10 tahun dan belum pernah upgrade wiring.

Pemasangan Yang Kemas & Lebih Selamat

Menurut Encik Hassan, selepas kerja siap dibuat, semuanya nampak lebih kemas dan teratur. Aircond baru boleh digunakan dengan baik dan water heater tambahan juga lebih selamat digunakan setiap hari. Yang paling penting, beliau rasa lebih tenang sebab sistem elektrik rumah sudah diperiksa oleh orang yang berpengalaman.

Bagi sesiapa yang tinggal di Subang Jaya atau kawasan sekitar dan sedang mencari wireman untuk:

  • Pasang aircond baru
  • Tambah water heater
  • Upgrade DB box
  • Pasang RCBO
  • Periksa wiring rumah lama
  • Selesaikan masalah elektrik rumah

Boleh hubungi Mr Electrician di 012-8702699 untuk pemeriksaan.

Related Post