TNB 恢复电源后,家里的部分灯还是不亮?联系 Mr Electrician
September 7, 2026

Elektrik Rumah Trip dan Ada Bau Hangit Dari Plug?

Elektrik Rumah Trip dan Ada Bau Hangit Dari Plug?

September 7, 2026

Elektrik Rumah Trip dan Ada Bau Hangit Dari Plug?

Ini kes dekat rumah Pandan Perdana Cheras dimama Encik ada masalah rumah trip, dikawasannya ada masalah trip, kemudian lepas beberapa saat, elektrik hidup semula. Tak lama kemudian, trip lagi. Situasi macam ini memang boleh buat kita rasa tak sedap hati, lebih-lebih lagi kalau perkara tersebut berlaku berulang kali.

Lebih membimbangkan kalau dalam masa yang sama mula terhidubau hangit atau bau terbakar dari wall plug. Bila sudah ada bau seperti terbakar, lagilah risau.

Kenapa Elektrik Asyik Trip?

Ramai orang mungkin fikir elektrik trip sekali-sekala adalah perkara biasa. Sebenarnya, ia bergantung kepada puncanya. Elektrik boleh trip apabila berlaku masalah seperti beban elektrik terlalu tinggi, litar pintas, peralatan elektrik yang rosak atau masalah pada pendawaian rumah. Kalau elektrik asyik trip berulang kali, kita kena ambil perhatian.

Lebih-lebih lagi apabila ada tanda lain seperti:

  • Bau hangit dari plug atau suis
  • Wall plug terasa panas
  • Ada bunyi berdesir atau bunyi pelik
  • Plug atau suis nampak kehitaman
  • Lampu rumah berkelip-kelip
  • Elektrik kerap terputus tanpa sebab yang jelas
  • Ada percikan api pada plug atau soket

Kalau ada tanda-tanda seperti ini, jangan anggap ia masalah kecil.

Bau Hangit Dari Wall Plug

Bagi Encik Aziz, perkara yang paling merisaukan bukan sekadar elektrik trip. Bila mula terhidu bau hangit dari wall plug, beliau tahu ada sesuatu yang tidak kena. Bau hangit boleh menjadi tanda terdapat komponen elektrik yang terlalu panas, sambungan wayar yang longgar, plug atau soket yang rosak, atau masalah lain pada sistem elektrik.

Kita mungkin nampak plug masih elok dari luar. Tetapi masalah sebenar boleh berlaku di bahagian dalam soket atau pada sambungan wayar. Sebab itu, jangan hanya tukar plug tanpa mengetahui punca sebenar.

Apa Yang Patut Dibuat Kalau Jadi Macam Ini?

Perkara paling penting ialah jangan panik dan jangan cuba baiki sendiri kalau tidak mempunyai pengetahuan elektrik yang sesuai. Kalau plug sudah mengeluarkan bau terbakar, sebaiknya hentikan penggunaan plug tersebut. Jika keadaan selamat untuk berbuat demikian, matikan bekalan elektrik pada bahagian yang berkaitan atau main switch dan jauhkan daripada kawasan tersebut. Jangan sentuh soket yang panas, terbakar atau mengeluarkan percikan. Kalau nampak asap atau api, keluar dari kawasan berkenaan dan hubungi pihak kecemasan yang sesuai.

Untuk masalah elektrik yang berulang, langkah seterusnya adalah mendapatkan bantuan wireman atau electrician yang berpengalaman supaya punca masalah boleh diperiksa dengan betul.

Cari Wireman Di Cheras

Disebabkan masalah elektrik yang berlaku di rumahnya, Encik Aziz mula mencari wireman yang boleh datang memeriksa keadaan elektrik rumah. Beliau tidak mahu ambil risiko dengan membiarkan elektrik terus trip dan bau hangit pula semakin kuat.

Selepas mencari, Encik Aziz mendapatkan bantuan daripada Mr Electrician untuk memeriksa masalah elektrik di rumahnya. Bagi sesiapa yang sedang menghadapi masalah elektrik seperti elektrik kerap trip, soket bermasalah atau mahu mendapatkan pemeriksaan pendawaian, boleh hubungi Mr Electrican juga.

Jangan Tunggu Sampai Ada Api Baru Nak Panggil Electrician

Ini perkara yang ramai orang selalu terlepas pandang. Kadang-kadang kita nampak elektrik trip dan kita cuma naikkan semula suis. Bila elektrik hidup, kita anggap masalah sudah selesai. Tetapi kalau selepas itu elektrik trip lagi, kemudian ada bau hangit dari plug, itu bukan sesuatu yang patut kita abaikan.

Masalah elektrik yang kecil boleh menjadi lebih serius jika puncanya tidak diperiksa. Jangan tunggu sampai wall plug terbakar atau berlaku kerosakan yang lebih besar baru nak cari electrician. Lebih baik periksa lebih awal. Hubungi Mr Electrician di 012 – 870 2699.

Related Post