MCB Dah Naik Tapi Lampu & Kipas Masih Tak Hidup?

Lagi Masalah Elektrik Rumah Asyik Terputus Yang Kami Selesaikan
April 17, 2026

MCB Dah Naik Tapi Lampu & Kipas Masih Tak Hidup?

MCB Dah Naik Tapi Lampu & Kipas Masih Tak Hidup?

April 20, 2026

MCB Dah Naik Tapi Lampu & Kipas Masih Tak Hidup?

Pernah tak anda alami situasi macam ni tiba-tiba lampu dalam bilik tak menyala, kipas pun tak berpusing. Bila pergi check kotak DB, rupanya ada satu MCB yang jatuh (trip). Biasanya kita akan fikir, “Okay, naikkan balik MCB tu, settle.” Tapi… macam mana kalau dah naikkan pun masih tak ada elektrik? Inilah pengalaman yang dilalui oleh En. Musa baru-baru ni.

Semalam, En. Musa perasan bilik-bilik dalam rumah dia jadi gelap. Lampu dinding tak hidup, kipas pun tak bergerak langsung. Mula-mula dia ingat mungkin mentol rosak atau suis ada masalah. Tapi bila check satu rumah, rupanya beberapa bilik kena sekali. Dia pun terus pergi ke kotak DB untuk periksa.

Jumpa MCB Trip, Tapi Masalah Belum Selesai

Seperti yang dijangka, memang ada satu MCB yang jatuh. Tanpa buang masa, En. Musa terus naikkan semula MCB tersebut. Biasanya bila jadi macam ni, elektrik akan kembali seperti biasa.

Tapi tak, walaupun MCB dah “ON”, lampu masih tak menyala dan kipas tetap tak jalan. En. Musa cuba beberapa kali off dan on semula MCB tersebut. Harap-harap kali ni menjadi. Tapi malangnya, hasil tetap sama.

Bila perkara ni berlarutan, En. Musa mula rasa risau. “Kenapa ya? Kalau MCB dah okay, kenapa masih tak ada power?” Dia terfikir mungkin ada masalah pada wiring dalam rumah. Tapi dia juga tahu, kerja elektrik bukan benda yang boleh buat cuba-cuba. Silap haribulan, boleh jadi lebih teruk short circuit, renjatan elektrik, atau kebakaran.

Pemeriksaan Secara Profesional – Hubungi Pakar Elektrik

Daripada ambil risiko, En. Musa ambil keputusan untuk hubungi wireman yang berpengalaman.

Selepas cari-cari, dia jumpa seorang technician yang dikenali sebagai Mr Electrician. Tanpa tunggu lama, dia terus hubungi nombor 012 – 870 2699 untuk dapatkan bantuan.

Tak lama lepas tu, technician pun sampai ke rumah En. Musa. Dia mula buat pemeriksaan satu per satu daripada kotak DB, MCB, sampai ke wiring dalam rumah.

Rupanya, masalah bukan sekadar MCB trip. Ada isu pada sistem wiring yang menyebabkan arus elektrik tak sampai ke lampu dan kipas di bilik. Inilah sebabnya walaupun MCB dah dinaikkan, peralatan elektrik masih tak berfungsi.

Masalah Berjaya Diselesaikan Oleh Mr Electrician

Dengan pengalaman dan peralatan yang betul, wireman tersebut berjaya kesan punca sebenar dan terus buat pembaikan. Tak ambil masa lama pun lepas selesai, lampu dalam bilik kembali menyala dan kipas pun berpusing macam biasa.

En. Musa pun rasa sangat lega. Masalah yang nampak kecil rupanya perlukan kepakaran untuk diselesaikan dengan betul.

Kenapa MCB Boleh Trip?

Untuk pengetahuan, MCB boleh jatuh (trip) disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Beban elektrik terlalu tinggi (overload)
  • Litar pintas (short circuit)
  • Masalah pada wiring lama atau rosak
  • Peralatan elektrik yang bermasalah

Kadang-kadang, reset MCB memang boleh selesaikan masalah. Tapi kalau masalah berulang atau elektrik masih tak ada, itu tanda ada isu lain yang lebih serius.

Jangan Ambil Mudah Masalah Elektrik

Ramai orang anggap perkara ni kecil. Tapi sebenarnya, masalah elektrik boleh jadi bahaya kalau tak ditangani dengan betul.

Kalau anda alami situasi seperti:

  • MCB trip dan tak boleh on
  • Dah reset tapi masih tak ada elektrik
  • Lampu atau kipas tak berfungsi
  • Bau hangit atau bunyi pelik dari kotak DB

Sebaiknya jangan cuba baiki sendiri kalau tak mahir.

Perlukan Wireman Dipercayai?

Kalau anda berada dalam situasi yang sama macam En. Musa, boleh pertimbangkan untuk hubungi: Mr Electrician di 012 – 870 2699.

Servis yang cepat, pemeriksaan yang teliti, dan yang penting selamat.

Related Post

October 2, 2025

Damansara 双层排屋家庭电路故障: 冷气失灵、电视烧坏

上周,我们接到一位 Damansara 屋主的紧急来电。他在电话里听起来非常焦急,因为家里的电路状况一天比一天糟糕。刚开始只是灯光忽明忽暗,但很快连冷气机和电视也出问题。更吓人的是,插座插上电器后直接冒火花,差点引发火灾。