MCB Dah Naik Tapi Lampu & Kipas Masih Tak Hidup?
April 20, 2026
Masalah Main Switch Trip, Soket Ada Spark & Bau Hangit?
April 22, 2026

MCB Untuk Autogate Trip Dan Tak Boleh Hidupkan

MCB Untuk Autogate Trip Dan Tak Boleh Hidupkan

April 21, 2026

MCB Untuk Autogate Trip Dan Tak Boleh Hidupkan

Masalah autogate memang antara isu biasa yang ramai pemilik rumah pernah hadapi. Kadang-kadang kita ingat benda kecil je, tapi bila dah jadi, boleh pening kepala juga nak cari punca sebenar.

Ini yang terjadi kepada Encik Saiful dari Bangi baru-baru ni.

Mula Dengan Masalah MCB Jatuh

Semuanya bermula bila Encik Saiful perasan dekat DB box rumah dia, MCB untuk autogate “jatuh” (trip) dan dah cuba naikkan balik, tapi tak boleh.

Situasi ni memang buat risau sebab:

  • Autogate terus tak boleh guna
  • Risiko elektrik pun ada
  • Tak tahu punca sebenar

Pada mulanya, dia ingat mungkin MCB tu sendiri rosak. Tapi bila cuba beberapa kali, masalah tetap sama.

Ambil Keputusan Panggil Wireman – Mr Electrician

Disebabkan tak mahu ambil risiko, Encik Saiful pun buat keputusan untuk panggil wireman, iaitu Mr Electrician. Team Mr Electrician datang dan buat pemeriksaan, rupanya masalah bukan pada MCB semata-mata. Sebenarnya wiring untuk autogate dah bermasalah.

Antara kemungkinan yang biasa berlaku:

  • Wayar dah lama atau haus
  • Sambungan longgar
  • Ada short circuit kecil

Disebabkan tu, MCB akan trip sebagai langkah keselamatan.

Lepas Baiki Wiring, Masalah Selesai?

Lepas sudah fix wiring untuk autogate, masalah masih belum selesai.

Selepas kerja pembaikan wiring dibuat:

  • MCB dah tak jatuh lagi
  • Bekalan elektrik ke autogate dah kembali normal

Nampak macam semuanya dah okay. Tapi bila cuba buka autogate… masih tak berfungsi. Dekat sini lah ramai orang akan keliru. “Kenapa dah ada power, tapi gate tak jalan?”

Ada Bahagian Autogate Yang Rosak

Mr Electrician kemudiannya syorkan Encik Saiful untuk panggil specialist autogate, iaitu EE Automation untuk check dengan lebih detail. Bila technician datang dan buat pemeriksaan lanjut, akhirnya jumpa punca sebenar motherboard autogate dah rosak.

Motherboard ni boleh dianggap sebagai “otak” kepada sistem autogate. Kalau dia rosak:

  • Signal tak sampai
  • Motor tak bergerak
  • Remote tak function

Walaupun ada elektrik, sistem tetap tak boleh jalan.

Kenapa Boleh Jadi Sampai Rosak Dua Benda Sekali?

Dalam kes macam ni, memang tak pelik kalau lebih dari satu komponen rosak serentak.

Contohnya:

  • Wiring problem boleh menyebabkan arus tak stabil
  • Arus tak stabil boleh merosakkan motherboard

Atau:

  • Sistem dah lama tak diservis
  • Komponen dalaman dah mula haus

Sebab tu penting untuk buat pemeriksaan secara menyeluruh, bukan tengok satu bahagian saja.

Cari Wireman Yang Boleh Dipercayai

Kalau anda sedang alami masalah sama seperti:

  • MCB autogate jatuh
  • Autogate tak berfungsi
  • Power ada tapi gate tak jalan

Memang penting untuk cari wireman yang berpengalaman.

Encik Saiful jumpa Mr Electrician di 012 – 870 2699, dan sekurang-kurangnya masalah wiring berjaya diselesaikan dengan betul sebelum kenal pasti isu lain.

Related Post

September 25, 2026

家里的电闸每隔几个小时就跳电?中秋节也要注意家里的用电安全

中秋节是家人团聚的日子。忙了一整天,大家都希望早点回家,和家人一起吃饭、吃月饼、喝茶、赏月。 可是,如果家里的电闸每隔几个小时就跳电,原本开心的中秋节晚上,也可能变得很麻烦