Anda Alami Masalah Electrik – Buka Aircond Lepas Itu Trip

Penyelesaian Masalah Fius Rumah Selalu Trip Oleh Tronica Engineering
April 6, 2026
Taktahu Kenapa Elektrik Rumah Trip
April 9, 2026

Anda Alami Masalah Electrik – Buka Aircond Lepas Itu Trip

Anda Alami Masalah Electrik – Buka Aircond Lepas Itu Trip

April 7, 2026

Anda Alami Masalah Electrik – Buka Aircond Lepas Itu Trip

Ramai orang bila aircond tiba-tiba buat hal, memang terus salahkan aircond. Itu perkara biasa. Tapi hakikatnya, dalam banyak kes, punca sebenar bukan pada aircond pun. Kadang-kadang masalah datang dari benda lain dalam sistem elektrik rumah kita yang kita tak nampak.

Ini satu kisah benar yang berlaku di Bangi, dan situasi ni memang sangat relatable dengan ramai orang. Pada mulanya, customer perasan setiap kali dia buka aircond dalam bilik, tak sampai beberapa minit, elektrik mesti akan “trip”. Mula-mula dia tak fikir apa-apa sangat. Dia anggap mungkin aircond dah lama atau mungkin dah sampai masa ada komponen rosak. Biasalah, barang elektrik memang ada jangka hayat.

Tukar Aircond Baru Pun Masalah Tidak Selesai

Jadi tanpa fikir panjang, dia pun panggil technician aircond untuk datang check. Bila orang aircond datang dan buat pemeriksaan, mereka beritahu yang compressor aircond tu dah rosak. Compressor ni memang salah satu komponen paling penting dalam aircond dan kalau rosak memang boleh ganggu keseluruhan fungsi. Customer pun percaya dan setuju untuk tukar compressor. Untuk jimatkan kos, dia pilih untuk guna compressor secondhand. Lepas tukar tu, semuanya nampak okay. Aircond boleh guna, tak ada masalah. Customer pun rasa lega sebab ingat masalah dah selesai. Tapi rupanya belum.

Lebih kurang sebulan kemudian, masalah yang sama datang balik. Setiap kali buka aircond, elektrik terus trip. Tak kira siang atau malam, tetap sama. Masa ni customer dah mula rasa pelik. Dalam kepala dia, mesti compressor secondhand tu yang bermasalah. Biasalah, barang secondhand kan, mungkin tak tahan lama. Disebabkan tak nak buang masa lagi dan nak selesaikan masalah terus, customer buat keputusan yang lebih drastik dia tukar terus satu set aircond baru. Logiknya memang betul. Kalau dah tukar aircond baru, confirm semua komponen baru, mestilah tak ada masalah lagi. Tapi malangnya, realiti tak seperti yang dijangka.

Baru beberapa hari guna aircond baru tu, benda yang sama tetap berlaku. Buka aircond saja, terus trip. Masa ni memang dah jadi sangat pelik. Tak logik langsung kalau aircond baru pun rosak. Customer pun dah mula buntu. Dah tukar macam-macam, tapi masalah masih sama.

Akhirnya, jiran dia cadangkan untuk panggil kami, Mr Electrician, untuk buat pemeriksaan. Bila kami sampai, kami tak terus assume aircond tu punca masalah. Sebaliknya, kami buat pemeriksaan secara menyeluruh. Kami check DB box, wiring, dan semua komponen berkaitan sistem elektrik rumah.

MCB Rosak Punca Berlakunya Trip Bila Buka Aircond

Dan di situlah kami jumpa punca sebenar. Rupanya masalah datang dari MCB (Miniature Circuit Breaker). MCB ni sebenarnya adalah “penjaga” sistem elektrik rumah. Fungsi dia adalah untuk protect daripada overload atau short circuit. Kalau ada penggunaan elektrik berlebihan atau masalah, MCB akan trip untuk elakkan risiko yang lebih bahaya macam kebakaran.

Tapi dalam kes ni, MCB tu dah jadi lemah dan terlalu sensitif. Maksudnya, walaupun penggunaan elektrik sebenarnya normal, MCB tetap akan trip.

Aircond pula memang perlukan kuasa yang agak tinggi, terutama masa baru start. Jadi setiap kali aircond dihidupkan, MCB terus anggap itu sebagai beban berlebihan, lalu dia pun trip. Padahal sebenarnya, aircond tu langsung tak ada masalah.

Solution dia sangat simple kami tukar MCB baru yang sesuai. Lepas tukar, customer test balik. Dia buka aircond, tunggu beberapa minit… dan kali ni, tiada lagi trip. Akhirnya, masalah yang berlarutan sekian lama selesai dengan hanya tukar satu komponen kecil sahaja.

Pengajaran Penting Untuk Semua

Dari kisah ni, ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu:

1. Jangan Terus Salahkan Aircond

Tak semua masalah datang dari aircond walaupun simptom nampak macam tu.

2. Diagnosis Salah Boleh Jadi Mahal

Dalam kes ni, customer dah:

  • Tukar compressor
  • Tukar aircond baru

Padahal punca sebenar cuma pada MCB.

3. Sistem Elektrik Perlu Check Secara Menyeluruh

Masalah elektrik selalunya berkait antara satu sama lain.

Tak boleh check satu benda saja.

4. MCB Lama / Rosak Boleh Jadi Punca

MCB yang dah lama boleh jadi:

  • Lemah
  • Sensitif
  • Tak sesuai dengan load semasa

Tanda-Tanda Anda Mungkin Ada Masalah Sama

Perhatikan jika rumah anda ada simptom ini:

  • Aircond ON je terus trip
  • Guna water heater pun kadang trip
  • Trip berlaku secara random
  • DB box berbunyi pelik atau panas

Kalau ada tanda-tanda ni, jangan tunggu sampai jadi lebih teruk.

Perlukan Bantuan – Hubungi Mr Electrician

Kalau rumah anda ada masalah elektrik asyik trip, jangan tunggu lagi. Hubungi Mr Electrician hari ini untuk pemeriksaan profesional. Kami sedia bantu anda kenal pasti punca sebenar cepat, selamat, dan jimat. Hubungi Tronica Engineering di 012-870 2699.

Related Post

April 10, 2026

空调一开就跳闸?问题可能不在空调本身

马来西亚天气炎热,大家都离不开空调 最近马来西亚天气非常炎热,在家里或工作地方,几乎每个人都需要开空调才能舒服休息。但想象一下这个情况: 你下班回到家,又热又累,打开空调……结果电一下就跳闸了。没有冷气,也没有舒服的休息,只剩下闷热的一整晚。这就是我们在Bangi遇到的一位客户的真实情况。 一开始以为空调坏了 一开始,他以为空调出了问题。很多人都会这样想,觉得可能是压缩机坏了,或者空调老旧。于是他尝试维修,后来甚至直接更换了空调。但问题还是一样,每次一开空调就跳电。 这时候他开始觉得不对劲,于是决定找第二个专业意见。后来他联系了我们 Mr Electrician(Tronica Engineering)。 我们检查真正的电力系统 我们没有只看空调,而是检查整个家庭电力系统,包括配电箱(DB box)、电线和断路器。检查后发现,真正问题是在配电箱里的 MCB(小型断路器)。这个 MCB 已经变得太敏感和老化,当空调启动、用电量较高时,就会误判负荷过大而跳闸。 其实空调本身是完全正常的。我们只需要更换一个新的、合适的 MCB。更换 MCB 之后,一切恢复正常。空调可以正常运行,不再跳电,客户终于可以安心睡一个舒服的夜晚。 简单提醒 并不是所有跳闸问题都是空调造成的。有时候真正问题是在电力系统,例如配电箱、电线或 MCB。如果判断错误,很容易浪费钱去维修或更换不必要的设备。如果你发现空调一开就跳电、电热水器跳电,或家里偶尔无故断电,建议尽早检查电力系统,避免问题变严重。 我们的服务 Tronica Engineering 提供电力故障检查、跳闸问题解决、MCB […]