Kotak DB Trip Di Denai Alam
Semalam kami terima call dari seorang customer di Denai Alam.
Beberapa hari lepas, lampu di bilik master dan bilik air tiba-tiba trip. Dia ingat masalah kecil saja, tapi semalam jadi lagi teruk dimana dapur dan satu lagi bilik pun trip.
Bayangkan, anak-anak tengah buat homework, isteri pula nak masak untuk makan malam, tapi separuh rumah gelap gelita. Memang susah 😅
Dia tanya kawan-kawan dan seorang kawan recommend team kita. Nasib baik dia call cepat.
Sebenarnya masalah macam ni jangan tunggu lama, kalau dibiarkan boleh jadi makin teruk. Kadang-kadang bukan sebab MCB saja, boleh jadi masalah wiring, air masuk atau sambungan rosak.
Apa Yang Kami Jumpa Bila Buka Kotak DB
Bila kami periksa kotak DB pelanggan dengan teliti, punca sebenar masalah terus nampak jelas. Banyak wayar dalam kotak tu sebenarnya tak diketatkan dengan betul masa pemasangan asal dulu. Lama-kelamaan, sambungan yang longgar ni jadi ruang kecil untuk arus elektrik ‘lompat’ (arc) dan hasilkan haba. Haba ni makin lama makin kuat dan akhirnya buat MCB asyik trip.
Wayar longgar mungkin nampak macam masalah kecil dari luar, tapi sebenarnya boleh jadi sangat bahaya. Proses pemanasan dan penyejukan berulang boleh buat sambungan makin longgar dan rosakkan penebat wayar. Kalau dibiarkan, boleh jadi wayar terbakar, suis cair, atau lebih teruk – risiko kebakaran elektrik.
Bila kita check DB box dia, kita jumpa punca:
👉 Banyak wayar tak dipasang dan tak disambung dengan betul
👉 Sambungan longgar jadi panas, sebab tu MCB asyik trip

Kualiti Kerja Wireman Penting Dalam Baiki Masalah Elektrik
Ramai orang fikir semua wireman sama, tapi sebenarnya tak. Semua bergantung pada mindset dan workmanship (kualiti kerja).
Banyak wireman jenis:
👉 Pakai barang murah sangat
👉 Buat kerja cincai saja
👉 Janji boleh guna, tak fikir keselamatan jangka panjang
Sebab tu lah selalu jadi masalah macam MCB asyik trip, wayar terbakar, soket cair, walaupun baru “repair” dan tak lama tu jadi balik.
Dengan Mr. Electrician, Kami Lain Daripada Yang Lain:
✅ Kami guna barang yang elok dan berkualiti
✅ Kami ikut standard wiring yang betul
✅ Kami pastikan kerja repair tahan lama – bukan setakat hari ni, tapi bertahun-tahun akan datang
Bila bab elektrik, kalau buat kerja cincai, nanti kena bayar dua kali. Baik buat betul dari awal!
Jangan Untuk Sampai Blackput. Hubungi Wireman Berdekatan Anda
Kalau rumah anda pun ada masalah DB asyik trip, jangan tunggu sampai satu rumah blackout. Call kami, kita check dan repair betul-betul.
Kami sediakan servis: repair & troubleshooting elektrik rumah, short circuit repair, surge protection, safety inspection, pasang lampu & kipas siling, pasang water heater, EV charger, lampu solar, autogate install & repair, upgrade DB box, penyelesaian jimat tenaga, pasang sistem pembumian (earthing) dan smoke detector untuk rumah atau perniagaan.
📞 Call Wireman Alex 012-870 2699 atau layari 🌐 www.MrElectrician.com.my
#WiremanKL #WiremanSelangor #WiremanMalaysia #MrElectrician #ElectricalRepair #DBTripping #ShortCircuit #RCCB #MCB #SPD #EarthingSystem #LightningProtection #AutogateRepair #HomeWiring #ElectricalInspection #Troubleshooting #CeilingFanInstallation #WaterHeaterInstallation #EVChargerMalaysia #SurgeProtection #SafeWiring