Adakah Rumah Anda Selamat? Ini Sebab Utama Kenapa Kotak DB Perlu Digantikan Sekarang
Tahukah anda bahawa salah satu punca utama kebakaran rumah di Malaysia adalah sistem elektrik yang sudah lama dan tidak sesuai dengan penggunaan sekarang?
Di kawasan seperti Meru Klang, ramai pemilik rumah masih menggunakan Kotak DB (Kotak Agihan) yang dipasang sejak 20-30 tahun lalu. Sistem lama ini mungkin nampak OK dari luar, tetapi sebenarnya boleh jadi bahaya tersembunyi.
Kalau rumah anda dibina pada tahun 80an, 90an atau lebih awal besar kemungkinan DB box masih belum pernah dinaik taraf.
Apa Itu Kotak DB?
Kotak DB (atau kotak agihan elektrik) adalah tempat di mana semua bekalan elektrik rumah diagihkan. Ia mengandungi komponen penting untuk keselamatan seperti:
- Suis utama
- MCB (Miniature Circuit Breaker)
- RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
- SPD (Surge Protection Device)
Fungsi utama DB box adalah melindungi rumah anda dari renjatan elektrik, beban berlebihan dan kebakaran.
Kenapa Kotak DB Lama Berbahaya?
Kotak DB lama biasanya:
- Guna penutup plastik yang mudah terbakar
- Tiada perlindungan semasa kilat atau litar pintas
- Tak mampu tampung penggunaan elektrik moden
Contoh: sekarang setiap bilik ada aircond, TV, komputer, telefon, charger dan banyak lagi. Semua ini guna kuasa tinggi. DB box lama tak mampu tanggung beban tersebut.

Tanda-Tanda Kotak DB Anda Perlu Dinaik Taraf
Kalau anda perasan perkara-perkara ini, sudah tiba masa untuk tukar Kotak DB:
- Rumah sudah lebih 20 tahun
- Suis trip bila hujan atau kilat
- On aircond terus trip
- Basuh baju pun boleh trip DB
- Guna periuk elektrik atau oven terus blackout
- Vacuum sekejap terus gelap
- Guna banyak extension plug
- Wayar berselirat dalam DB box
- Tiada label pada suis
- Tiada RCCB/ELCB untuk perlindungan renjatan
- Dua tiga wayar sambung pada satu MCB
- Terbau hangit dari DB box
Komponen Yang Kami Guna Untuk Naik Taraf Kotak DB
Kami hanya guna barang original & berkualiti tinggi dari jenama seperti EPS, Maxguard, ABB dan Hager. Antara komponen utama:
MCB (Miniature Circuit Breaker)
- C6 untuk lampu & kipas
- C16 untuk soket elektrik
Fungsi: potong bekalan bila berlaku beban lebih atau litar pintas.
RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
- 40A 30mA untuk soket
- 40A 100mA untuk lampu & kipas
Fungsi: lindungi dari kejutan elektrik.
Suis Utama (Isolator)
- 63A Double Pole – boleh tutup bekalan utama bila buat kerja penyelenggaraan.
Busbar Tembaga
Agih bekalan elektrik dari suis utama ke setiap MCB. Lebih selamat dan stabil.
SPD (Surge Protection Device)
Lindungi peralatan elektrik dari lonjakan voltan atau kilat, sangat penting di kawasan Meru Klang.
Kotak DB Besi (Metal Clad)
Kuat, tahan panas, dan lebih selamat dari DB box plastik lama.
Kami tidak buat kerja “rojak” campur jenama tak dikenali atau murah. Nyawa dan keselamatan keluarga anda lebih penting dari bajet semata-mata.
Kenapa DB Box Lama Tak Sesuai Untuk Rumah Moden?
Dulu satu rumah kongsi satu bilik, sekarang setiap anak ada bilik sendiri siap dengan aircond, laptop, TV, handphone dan lain-lain. Lagi-lagi lepas PKP, ramai kerja dari rumah – jadi beban elektrik jadi makin tinggi.
Banyak rumah hanya ada satu atau dua soket satu bilik – sebab tu ramai guna extension plug 4 atau 5 sambungan. Ini sangat bahaya kalau DB box tak boleh kawal beban tersebut.
Tambahan pula sekarang semua rumah guna:
- Air fryer
- Oven
- Mesin basuh besar
- Penapis air
- Sistem pagar automatik
Semua ini memerlukan sistem elektrik yang stabil dan terkini. Kalau anda masih guna DB box asal rumah, ia sudah tidak sesuai untuk keperluan masa kini.
Perkhidmatan Elektrik Yang Kami Tawarkan di Meru Klang
Kami bukan sahaja tukar DB box, kami juga buat:
- Pemeriksaan elektrik
- Pemasangan sistem pembumian (earthing)
- Pemasangan & pendawaian sistem autogate
- Ujian Megger
- Pemasangan Lightning Strike Trap (LST)
- Pendawaian rumah baru atau lama
- Naik taraf sistem perlindungan kilat dan lonjakan
Jangan Tunggu Sampai Berlaku Kebakaran
Kalau DB box rumah anda di Meru Klang:
- Kerap trip
- Tak cukup soket
- Dah lama tak diselenggara
- Tak mampu tampung peralatan moden
… ini tanda-tanda anda perlu tukar atau naik taraf DB box sekarang.
Kami pasukan berpengalaman dan berpangkalan di Meru Klang. Kami jamin kerja selamat, kemas dan ikut standard semasa.
Hubungi Alex di 012-870 2699 untuk pemeriksaan percuma atau sebut harga naik taraf DB box anda di Meru Klang hari ini.





