Rumah Selamat Bermula dari DB Box berfungsi Dengan Baik
Ramai orang fikir keselamatan rumah hanya tentang pagar automatik, kunci pintu, atau kamera CCTV. Tapi ada satu bahagian penting yang ramai lupa DB box atau papan agihan elektrik.
Kalau rumah anda di Wangsa Maju dibina sebelum tahun 2000, besar kemungkinan DB box anda sudah lama dan tidak sesuai untuk kegunaan elektrik zaman sekarang. Dengan pelbagai alat elektrik moden seperti aircond, mesin basuh, TV pintar, dan dapur elektrik, sistem lama boleh jadi beban dan sangat berbahaya.
Apa Itu DB Box? Kenapa Ia Penting?
DB box adalah pusat kawalan sistem elektrik dalam rumah. Ia agih kuasa ke seluruh rumah – lampu, soket, air-cond dan semua peralatan elektrik. Di dalamnya ada alat keselamatan seperti MCB (Miniature Circuit Breaker) dan RCCB (Residual Current Circuit Breaker) yang akan putuskan kuasa bila berlaku litar pintas atau kebocoran arus.
Masalah dengan DB box lama:
- Guna plastik yang mudah cair bila panas
- Ada pemutus (breaker) yang tidak sensitif – tak ‘trip’ masa overload
- Tiada perlindungan dari petir atau lonjakan voltan
Akibatnya – Wayar jadi panas, soket cair, atau lebih teruk kebakaran rumah.
6 Sebab Kenapa Anda Patut Upgrade Kotak DB di Wangsa Maju
1. Tampung Beban Elektrik Moden
Zaman sekarang semua orang guna lebih banyak alat elektrik. DB box lama tak mampu tanggung semua ini dengan selamat.
2. Kurangkan Masalah Power Trip & Lampu Berkelip
Kalau lampu kerap berkelip atau elektrik selalu trip, itu tanda sistem anda lemah.
3. Lindungi Barang Elektrik Anda
Peralatan mahal seperti TV, peti sejuk dan mesin basuh boleh rosak bila ada lonjakan voltan. DB box moden ada Surge Protection Device (SPD) untuk elakkan kerosakan.
4. Patuhi Piawaian Keselamatan Malaysia
Sekarang kita guna DB box jenis logam (metal-clad) yang lebih tahan haba dan tidak mudah terbakar berbanding plastik.
5. Elak Renjatan Elektrik
RCCB akan potong arus bila kesan kebocoran elektrik – penting untuk elak renjatan terutamanya di bilik air dan dapur.
6. Ruang Tambahan Untuk Litar Baru
Nak tambah air-cond, water heater atau autogate? DB box baru ada ruang tambahan untuk litar-litar baru.
Apa Ada Dalam Kotak DB Moden?
MCB (Miniature Circuit Breaker)
- C6 untuk lampu & kipas
- C16 untuk soket
RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
- 40A 30mA untuk soket
- 40A 100mA untuk lampu & kipas
Suis Utama 63A – Tutup semua kuasa dengan satu suis bila perlu
Busbar Tembaga – Agih elektrik dengan selamat
SPD (Surge Protection Device) – Halang kerosakan akibat petir
Kotak DB Logam (Metal-Clad) – Tahan panas & lebih selamat

12 Tanda DB Box Anda Bahaya & Perlu Ditukar Segera
- Ada bau hangit atau kesan hitam dekat DB box
- Elektrik terputus masa hujan/petir
- Banyak wayar sambung ke satu suis
- Wayar berserabut & tak kemas
- Rumah berusia 20 tahun atau lebih
- Air-cond hidup, terus elektrik trip
- Mesin basuh atau pengering trip DB box
- Alat dapur seperti oven atau hob menyebabkan overload
- Vacuum cleaner hidup, tiba-tiba elektrik terputus
- Banyak guna sambungan soket/adapter 3-5 lubang
- Tak tahu suis mana untuk kawasan mana
- Tiada RCCB ini sangat berbahaya!
Perkhidmatan Elektrik Profesional di Wangsa Maju
Kami ialah pasukan juruelektrik berpengalaman yang membantu ramai pemilik rumah di Wangsa Maju dan sekitar Klang Valley untuk:
- Tukar DB box plastik kepada logam
- Naik taraf sistem bumi (earthing)
- Baiki atau cari punca masalah elektrik
- Pendawaian penuh rumah baru atau lama
- Periksa keselamatan elektrik sebelum beli rumah
- Pemasangan sistem perlindungan kilat
- Pemeriksaan penebat dengan alat Megger
- Baiki pendawaian autogate
- Pemasangan SPD (Surge Protection Device)
Nak Rumah Lebih Selamat? Hubungi Kami Hari Ini
Kalau DB box anda kerap trip, tak boleh tampung peralatan moden, atau nampak tanda-tanda kerosakan – jangan tunggu sehingga berlaku kebakaran.
Hubungi Alex di 012-870 2699
Perkhidmatan elektrik di Wangsa Maju & kawasan sekitar