Rumah Selalu Blackout Bila Hujan? Ini Puncanya & Cara Selesaikan

Repair DB Box Sri Petaling
DB Rumah Jadi Trip Bila Guna Oven & Blender
April 28, 2026

Rumah Selalu Blackout Bila Hujan? Ini Puncanya & Cara Selesaikan

Rumah Selalu Blackout Bila Hujan? Ini Puncanya & Cara Selesaikan

April 29, 2026

Rumah Selalu Blackout Bila Hujan? Ini Puncanya & Cara Selesaikan

Pernah tak jadi situasi ni tengah hujan lebat, kilat sabung-menyabung… tiba-tiba satu rumah blackout sebab DB trip? Memang stress, kan? Lagi-lagi kalau jadi waktu malam atau masa tengah guna peralatan penting.

Itulah pengalaman yang dilalui oleh Encik Haikal dari Puchong dimana Encik Haikal setiap kali hujan lebat disertai kilat, main DB rumah dia mesti trip, satu rumah blacout.

Pada awalnya, dia ingat perkara biasa. Mungkin sebab cuaca je. Tapi lama-kelamaan:

  • Kekerapan trip makin meningkat
  • Kadang-kadang sampai beberapa kali dalam satu malam
  • Barang elektrik pun mula terjejas

Memang tak selesa langsung. Bayangkan tengah tidur, tiba-tiba blackout. Atau tengah kerja, semua terus mati. Memang boleh ganggu rutin harian.

Rupanya Tiada SPD

Bila Encik Haikal mula buat sedikit research dan tanya-tanya, dia jumpa satu kemungkinan punca rumah dia tak ada SPD (Surge Protection Device). Ramai sebenarnya tak tahu pasal benda ni.

Apa Fungsi SPD?

SPD ni adalah alat perlindungan yang sangat penting dalam sistem elektrik rumah.

Fungsi utama:

  • Lindungi peralatan daripada lonjakan voltan (power surge)
  • Kurangkan kesan sambaran kilat tak langsung
  • Elakkan kerosakan pada TV, peti ais, aircond dan lain-lain
  • Bantu stabilkan sistem elektrik dalam DB

Tanpa SPD, sistem elektrik lebih terdedah bila cuaca buruk terutamanya masa ribut petir.

Boleh Ke Pasang SPD Pada DB Sedia Ada?

Ini soalan yang paling penting. Jawapannya boleh tapi bergantung pada keadaan DB box tu sendiri.

Beberapa perkara yang perlu diperiksa:

  • Ada ruang kosong dalam DB atau tidak
  • Jenis dan saiz DB
  • Susunan wiring dalam DB
  • Umur DB (kalau terlalu lama, mungkin tak sesuai)

Kalau DB masih dalam keadaan baik, biasanya pemasangan SPD boleh dibuat tanpa masalah besar.

Tapi kalau DB dah penuh, Wiring berserabut,Sistem lama. Mungkin kena buat upgrade atau tukar DB baru untuk keselamatan jangka panjang.

Cari Wireman Yang Boleh Dipercayai

Disebabkan tak nak ambil risiko, Encik Haikal ambil keputusan untuk cari wireman yang betul-betul berpengalaman. Selepas survey dan tanya kenalan, dia jumpa wireman yang dikenali sebagai Mr Electrician.

Bila technician datang, beberapa perkara dilakukan:

✔️ 1. Pemeriksaan DB

  • Check keadaan DB box
  • Tengok susunan wiring
  • Kenal pasti punca trip

✔️ 2. Cadangan Penyelesaian

  • Sarankan pemasangan SPD
  • Beri penerangan jenis SPD yang sesuai
  • Terangkan risiko jika tak pasang

✔️ 3. Kerja Pemasangan

  • Pasang SPD pada DB
  • Pastikan sambungan selamat dan kemas
  • Test sistem selepas siap

Selepas semua siap, sistem elektrik rumah Encik Haikal jadi lebih stabil.

Hasil Selepas Pasang SPD

Perubahan yang Encik Haikal perasan:

  • DB tak lagi kerap trip masa hujan
  • Peralatan elektrik lebih selamat
  • Kurang rasa risau bila ribut petir

Walaupun kilat masih ada, kesannya pada rumah dah jauh berkurang.

Kenapa Anda Tak Boleh Abaikan Masalah Ini

Kalau anda alami situasi seperti:

  • DB selalu trip bila hujan
  • Lampu berkelip-kelip
  • Barang elektrik cepat rosak
  • Tiada perlindungan surge

Ini tanda sistem elektrik rumah anda perlukan perhatian.

Jangan tunggu sampai:

  • Peralatan rosak mahal
  • DB terbakar
  • Atau risiko lebih serius berlaku

Dapatkan pemeriksaan daripada juruelektrik yang berpengalaman supaya masalah dapat diselesaikan dengan betul dan selamat. Hubungi Tronica Engineering di 012 – 870 2699.

Related Post