Selamat Hari Merdeka Malaysiaku
August 26, 2026

RCCB Trip Bila Random MCB Dihidupkan

RCCB Trip Bila Random MCB Dihidupkan

August 27, 2026

RCCB Trip Bila Random MCB Dihidupkan

Pernah tak jadi macam ni? Dekat rumah, semua nampak okay. Tapi bila nak hidupkan salah satu MCB dalam DB (distribution board), tiba-tiba main switch RCCB terus trip. Cuba naikkan RCCB semula, okay sekejap. Lepas tu bila MCB yang sama atau MCB lain dihidupkan, RCCB trip lagi. Situasi macam ini memang boleh buat pemilik rumah tertanya-tanya: “RCCB dah rosak ke?”

Itulah masalah yang dialami oleh Encik Razak, seorang pemilik rumah teres di Putra Heights. Masalah ini berlaku secara agak random. Ada masa satu MCB boleh ON seperti biasa, tetapi bila MCB yang lain dihidupkan, main RCCB pula yang jatuh. Pada mulanya Encik Razak ingat RCCB sudah rosak dan mungkin perlu tukar terus. Tetapi sebenarnya, RCCB yang selalu trip tidak semestinya bermaksud RCCB itu rosak.

Kenapa RCCB Boleh Trip?

Secara mudahnya, RCCB berfungsi untuk mengesan kebocoran arus elektrik. Kalau terdapat arus yang mengalir ke tempat yang tidak sepatutnya, contohnya berlaku kebocoran ke bumi (earth), RCCB boleh memutuskan bekalan elektrik untuk membantu mengurangkan risiko renjatan elektrik.

Sebab itu, apabila RCCB trip, jangan terus anggap komponen tersebut rosak. Ada kemungkinan masalah sebenar berada pada salah satu litar atau peralatan elektrik yang disambungkan kepada MCB tersebut. MCB mana yang menyebabkan masalah? Ini antara perkara yang perlu diperiksa. Dalam DB rumah biasanya ada beberapa MCB. Setiap MCB mungkin mengawal bahagian atau litar yang berbeza, contohnya:

  • Lampu
  • Soket dinding
  • Aircond
  • Water heater
  • Dapur
  • Pam air
  • Outdoor socket
  • Peralatan elektrik tertentu

Kalau setiap kali satu MCB tertentu di-ON-kan RCCB terus trip, MCB atau litar yang berkaitan itu patut diperiksa dengan lebih teliti. Tetapi kalau MCB yang menyebabkan trip berubah-ubah, pemeriksaan perlu dibuat dengan lebih menyeluruh.

Jangan hanya tukar RCCB dan berharap masalah selesai. Encik Razak pun alami masalah yang sama Bagi Encik Razak, masalah ini agak mengganggu. Beliau perlu berhati-hati bila nak hidupkan MCB di dalam DB kerana tidak tahu MCB mana yang akan menyebabkan RCCB trip. Kadang-kadang bila satu MCB dihidupkan, semuanya okay. Tetapi apabila MCB lain pula dihidupkan, main RCCB jatuh. Bila perkara ini berlaku beberapa kali, memang mudah untuk fikir:

“RCCB ni dah rosak kot.” Tetapi daripada terus menukar RCCB, Encik Razak memilih untuk mendapatkan bantuan wireman untuk mencari punca sebenar masalah tersebut. Akhirnya beliau mendapatkan bantuan daripada Mr Electrician untuk membuat pemeriksaan.

Jangan Terus Tukar RCCB Tanpa Cari Punca

Ini perkara yang penting. Kalau RCCB kerap trip, jangan sekadar naikkan semula berkali-kali tanpa mengetahui puncanya. RCCB mungkin sebenarnya sedang melakukan fungsinya, iaitu memutuskan bekalan apabila mengesan keadaan yang tidak normal.

Antara perkara yang biasanya perlu diperiksa oleh wireman termasuk keadaan pendawaian, sambungan dalam DB, circuit yang berkaitan dan peralatan elektrik yang mungkin mempunyai masalah. Dalam sesetengah kes, masalah mungkin datang daripada peralatan tertentu yang sudah lama digunakan.

Contohnya, apabila sesuatu peralatan mempunyai masalah kebocoran arus, RCCB boleh trip apabila litar tersebut mendapat bekalan. Sebab itu pemeriksaan sebenar penting untuk menentukan apa yang menyebabkan RCCB trip, bukannya sekadar menukar RCCB.

Kenapa masalah ini berlaku secara “random”? Perkataan “random” memang selalu digunakan oleh pemilik rumah apabila menghadapi masalah seperti ini. Sebabnya, masalah tidak semestinya berlaku setiap kali MCB tertentu dihidupkan. Kadang-kadang semuanya berjalan seperti biasa.

Kemudian pada masa tertentu, RCCB tiba-tiba trip. Keadaan seperti ini boleh berlaku kerana terdapat lebih daripada satu faktor yang perlu diperiksa. Contohnya, beberapa litar mungkin berkongsi perlindungan RCCB yang sama, atau terdapat peralatan tertentu yang hanya menunjukkan masalah apabila ia digunakan.

Sebab itu kerja troubleshooting perlu dibuat dengan berhati-hati. Wireman biasanya perlu mengenal pasti litar yang terlibat terlebih dahulu sebelum cuba menentukan punca sebenar.

Apa Yang Pemilik Rumah Boleh Buat?

Kalau anda mengalami masalah yang sama, perkara paling penting ialah jangan panik dan jangan terus menganggap RCCB rosak. Perhatikan bila RCCB trip. Contohnya:

“Bila MCB soket dapur ON, RCCB trip.” Atau: “Bila water heater digunakan, RCCB jatuh.”

Maklumat seperti ini boleh membantu wireman semasa proses pemeriksaan. Jika RCCB terus trip dan anda tidak pasti puncanya, elakkan daripada cuba membuka DB atau membuat sambungan elektrik sendiri. DB mengandungi sambungan elektrik yang boleh membahayakan jika dikendalikan tanpa pengetahuan dan peralatan yang sesuai. Lebih selamat minta wireman yang berkelayakan untuk datang dan buat pemeriksaan.

Kes Encik Razak menunjukkan satu perkara yang mudah tetapi penting. RCCB yang selalu trip bukan semestinya RCCB yang rosak. Kadang-kadang RCCB sedang memberi amaran bahawa terdapat masalah pada salah satu litar atau peralatan elektrik di rumah. Jadi, sebelum terus membeli RCCB baru, lebih baik cari dahulu punca kenapa ia trip.

Baiki Elektrik Diarea Putra Height

Kalau anda berada di sekitar Putra Heights dan menghadapi masalah seperti main switch RCCB selalu trip apabila MCB di DB dihidupkan.

Masalah elektrik nampak kecil, tetapi jangan ambil mudah. Bila melibatkan DB, RCCB dan pendawaian rumah, perkara paling penting ialah cari punca dengan betul dan pastikan sistem elektrik berada dalam keadaan selamat. RCCB trip bukan semestinya musuh kadang-kadang ia sedang memberi amaran bahawa ada sesuatu yang perlu diperiksa.

Anda boleh mendapatkan bantuan daripada Mr Electrician di 012 – 870 2699 untuk pemeriksaan dan troubleshooting.

Related Post