Rumah Trip Bila Hujan Dan Kilat – Punca & Cara Atasinya
Pernah tak rumah anda tiba-tiba ‘trip’ atau blackout bila hujan lebat atau waktu kilat sabung-menyabung? Kalau ya, ini bukan perkara biasa dan jangan sesekali pandang ringan. Masalah ini bukan sahaja menyusahkan, malah boleh jadi bahaya kepada keselamatan rumah dan peralatan elektrik anda.
Di MR Electrician, kami sering terima panggilan kecemasan daripada pelanggan yang menghadapi masalah ini. Jadi, kami kongsikan di sini beberapa punca utama dan apa tindakan yang anda patut ambil.
Punca Rumah Trip Bila Hujan atau Kilat
1. Wiring Rosak atau Bocor
Apabila kabel atau sambungan dalam dinding dah lama atau terdedah, air hujan yang meresap boleh menyebabkan litar pintas, lalu fius akan ‘trip’ secara automatik untuk elakkan kebakaran.
2. DB Box (Fius Box) Terkena Air
Jika DB box anda berada di luar atau tak ditutup rapat, air boleh masuk dan menyebabkan gangguan elektrik. Ini sangat bahaya dan boleh cetuskan kejutan elektrik atau percikan api.
3. Lonjakan Voltan Akibat Kilat (Power Surge)
Bila kilat menyambar, ia boleh hasilkan lonjakan voltan tinggi dalam sistem elektrik. Peralatan sensitif seperti TV, peti sejuk dan komputer boleh rosak serta-merta. Sistem akan ‘trip’ untuk melindungi litar, tapi kerosakan mungkin dah berlaku.
4. Sistem Grounding Tak Stabil
Grounding yang lemah atau tidak dipasang dengan betul boleh menyebabkan arus bocor semasa hujan. Ini membuatkan sistem keselamatan seperti ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) ‘trip’ secara kerap.
Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Masalah Ini?
Jika rumah anda sering trip semasa hujan atau kilat, ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan rumah dan peralatan elektrik anda:
- Periksa Wiring
Pastikan semua pendawaian rumah berada dalam keadaan baik dan tidak terdedah kepada kelembapan. Jika perlu, lakukan pemeriksaan dan baiki segera. - Periksa DB Box dan Pastikan Kalis Air
Pastikan DB Box rumah terlindung dengan baik daripada air hujan dan dipasang di tempat yang kering dan selamat.
- Lindungi Peralatan Anda dengan Surge Protector
Pasang surge protector (pelindung lonjakan) untuk lindungi peralatan elektrik anda daripada kerosakan akibat kilat atau lonjakan arus. Ia akan menyerap dan menyekat arus berlebihan sebelum sampai ke peralatan anda — sangat penting untuk rumah moden yang bergantung pada banyak alat elektronik. - Periksa dan Tingkatkan Grounding Sistem
Pastikan sistem grounding rumah anda cukup kuat untuk menangani kesan kilat. Hubungi juruelektrik profesional untuk pemeriksaan.
MR Electrician – Pakar Masalah Elektrik Rumah Anda
Di MR Electrician, kami pakar dalam menyelesaikan masalah elektrik berkaitan cuaca, kilat, dan kelembapan. Pasukan kami berpengalaman luas di kawasan Bangi, Kajang, Semenyih, Putrajaya, Puchong serta suruh Klang Valley.
Kami akan bantu anda pastikan sistem elektrik rumah kembali stabil, selamat dan bebas daripada gangguan berulang.
Hubungi Sekarang: 012-870 2699
MR Electrician – Juruelektrik Kecemasan Dipercayai Anda di KL & Selangor