Lampu Bilik Air Berkelip Bila Buka Heater?
June 24, 2026

DB Box Trip? Tak Ada Elektrik Walaupun Suis Dah Naik

DB Box Trip? Tak Ada Elektrik Walaupun Suis Dah Naik

June 30, 2026

DB Box Trip? Tak Ada Elektrik Walaupun Suis Dah Naik

Pernah tak jadi situasi macam ni? Tiba-tiba elektrik rumah terputus. Bila pergi tengok DB Box, nampak suis paling kiri atas dah jatuh (trip). Lepas cuba naikkan semula suis tersebut, tapi elektrik masih tak ada.

Inilah yang dialami oleh Encik Haziq yang tinggal di kawasan Jalan Kebun, Shah Alam.

Suis DB Box Dah Naik, Tapi Elektrik Masih Tak Ada

Pada mulanya, Encik Haziq ingat masalah boleh selesai dengan hanya menaikkan semula suis yang trip. Namun selepas dicuba beberapa kali, bekalan elektrik masih belum pulih.

Keadaan ini memang boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti:

  • Pendawaian elektrik mengalami kerosakan.
  • Ada litar pintas pada salah satu bahagian rumah.
  • Peralatan elektrik yang rosak menyebabkan suis keselamatan trip.
  • Masalah pada DB Box atau komponen di dalamnya.

Kalau dibiarkan tanpa pemeriksaan, masalah ini mungkin menjadi lebih serius.

Jalan Terbaik Adalah Panggil Wireman Berpengalaman

Disebabkan tidak mahu mengambil risiko, Encik Haziq mengambil keputusan untuk mencari wireman yang boleh datang membuat pemeriksaan. Beliau kemudian menghubungi Mr Electrician di 012 – 870 2699 untuk mendapatkan bantuan.

Selepas pemeriksaan dilakukan, punca masalah berjaya dikenal pasti dan pembaikan dibuat dengan selamat. Bekalan elektrik rumah kembali seperti biasa.

Jangan Paksa Naikkan Suis Berulang Kali

Ramai yang ingat jika suis DB Box trip, hanya perlu naikkan semula. Tetapi jika suis terus jatuh atau elektrik masih tiada walaupun suis sudah dinaikkan, itu menandakan ada masalah yang perlu diperiksa.

Memaksa menaikkan suis berulang kali tanpa mengetahui punca sebenar boleh mengundang risiko kerosakan yang lebih besar dan membahayakan keselamatan penghuni rumah.

Perlukan Wireman di Shah Alam?

Jika anda mengalami masalah seperti:

  • DB Box trip.
  • Elektrik satu rumah tiba-tiba terputus.
  • Suis utama tidak boleh kekal dalam keadaan ON.
  • Selalu blackout tanpa sebab yang jelas.
  • Perlukan pemeriksaan pendawaian elektrik.

Jangan tunggu sehingga masalah menjadi lebih serius. Dapatkan bantuan wireman yang berpengalaman untuk membuat pemeriksaan dan pembaikan dengan selamat.

Hubungi Mr Electrician di 012-8702699 untuk pemeriksaan dan servis berkaitan masalah elektrik di kawasan Shah Alam dan kawasan sekitarnya.

Related Post