Pindah Kotak DB Rumah – Kenapa Penting & Apa Prosesnya?
Pernah tak anda perasan Kotak DB (kotak agihan) di rumah berada di tempat yang agak pelik? Contohnya terlalu rendah, dekat kawasan lembap atau tersorok sampai susah nak capai. Nampak macam perkara kecil, tapi sebenarnya boleh beri kesan besar pada keselamatan dan keselesaan rumah.
Inilah situasi yang dialami oleh Encik Firdaus di Puncak Jalil.
Masalah Asal: DB Box di Lokasi Tak Sesuai
Encik Firdaus mula sedar ada sesuatu yang tak kena bila:
- DB box rumahnya terletak di kawasan yang agak lembap
- Susah nak akses bila berlaku trip
- Kedudukan terlalu rendah dan terdedah
Setiap kali elektrik trip, dia kena tunduk dan buka DB dalam keadaan yang tak selesa. Lebih merisaukan, kawasan tersebut berisiko terkena air ini memang bahaya untuk sistem elektrik.
Lama-kelamaan, dia mula fikir: “Perlu ke tukar atau pindahkan kotak DB ni?”
Kenapa Kedudukan Kotak DB Penting?
Ramai orang tak ambil serius tentang lokasi kotak DB. Tapi sebenarnya, ia memainkan peranan penting dalam keselamatan rumah.
Antara sebab kenapa lokasi DB box perlu betul:
Mudah diakses
Senang nak reset bila trip atau buat pemeriksaan
Jauh dari kawasan lembap
Elak risiko renjatan elektrik atau kerosakan sistem
Susunan lebih kemas
Wiring jadi lebih teratur dan mudah diselenggara
Keselamatan jangka panjang
Kurangkan risiko litar pintas atau kebakaran
Keputusan: Pindahkan Kotak DB
Disebabkan tak nak ambil risiko, Encik Firdaus buat keputusan untuk pindahkan kotak DB ke lokasi yang lebih sesuai. Beliau pilih tempat
- Kering dan tidak terdedah kepada air
- Mudah dicapai
- Lebih selamat untuk jangka masa panjang

Proses Pindah Kotak DB
Kerja ni bukan sekadar “alih tempat” saja. Ia perlukan kepakaran juruelektrik yang berpengalaman.
Antara langkah yang dilakukan:
1. Pemeriksaan Awal
- Check keadaan kotak DB lama
- Nilai sistem wiring sedia ada
- Kenal pasti risiko
2. Perancangan Lokasi Baru
- Pilih tempat yang sesuai dan selamat
- Rancang laluan wiring baru
3. Kerja Pemasangan
- Pindahkan kotak DB ke lokasi baru
- Susun semula wiring dengan lebih kemas
- Pastikan semua sambungan selamat
4. Testing & Pemeriksaan
- Uji sistem elektrik
- Pastikan semua berfungsi dengan baik
- Elakkan sebarang risiko selepas pemasangan
Hasil Selepas Pindah kotak DB
Selepas kerja siap, perubahan memang ketara. Encik Firdaus perasan.
- Kotak DB lebih mudah dicapai
- Tiada lagi risiko kawasan lembap
- Wiring nampak lebih kemas
- Sistem elektrik lebih teratur
Sekarang, kalau berlaku trip, tak perlu lagi susah-susah cari atau buka DB di tempat sempit. Semuanya jadi lebih mudah dan selamat.
Dapatkan Selesaikan Masalah Elektrik Anda
Kami juga sediakan pelbagai penyelesaian elektrik termasuk pemasangan sistem earthing diagnosis masalah elektrik pemeriksaan wiring rumah baru pemasangan wiring autogate ujian Megger penebatan lengkap wiring semula rumah sistem Lightning Strike Trap (LST) dan pemasangan perlindungan lonjakan voltan.
Hubungi Alex sekarang di 012-870 2699 untuk nasihat pakar atau tempah servis anda hari ini.




