DB Rumah Jadi Trip Bila Guna Oven & Blender
Kalau tiba-tiba elektrik rumah terpadam setiap kali guna peralatan tertentu, memang boleh buat kita stress. Lagi-lagi bila tengah masak atau buat kerja penting. Inilah situasi yang dihadapi oleh Encik Johan, seorang pemilik rumah di Sri Petaling.
Pada mulanya, Encik Johan perasan sesuatu yang tak kena bila setiap kali dia gunakan oven atau blender, DB (distribution board) di rumahnya akan terus trip. Bila DB trip, satu rumah terus blackout. Terpaksa pergi reset semula sebelum boleh guna elektrik balik. Perkara ni bukan berlaku sekali dua, tapi hampir setiap kali dia guna dua peralatan tersebut.
Mula-mula Encik Johan fikir mungkin sebab penggunaan elektrik terlalu tinggi. Biasalah, kalau banyak peralatan guna serentak, memang ada kemungkinan DB akan trip. Jadi dia cuba kurangkan penggunaan guna oven sahaja tanpa peralatan lain atau guna blender sahaja. Tapi malangnya, masalah yang sama tetap berlaku.

Hubungi Pakar Elektrik Untuk Pemeriksaan Segera
Disebabkan perkara ni makin kerap berlaku, Encik Johan mula rasa risau dan ambil keputusan untuk cari wireman yang betul-betul berpengalaman. Dia tak nak main cuba-cuba atau upah orang yang tak pasti kepakaran, sebab risiko elektrik ni tinggi. Selepas bertanya kawan-kawan dan buat sedikit carian dan mereka syorkan Mr Electrician di nombor 012 – 870 2699.
Tanpa tunggu lama, Encik Johan terus hubungi dan buat appointment. Bila Mr Electrician datang ke rumah, pemeriksaan pun dilakukan secara teliti. Dari DB, ke wiring, hingga ke soket yang digunakan untuk oven dan blender semua diperiksa satu persatu.
Rupa-rupanya, punca utama masalah adalah pada sistem wiring yang dah mula bermasalah dan juga kemungkinan beban litar yang tak seimbang. Ada juga bahagian yang mungkin sudah longgar atau tidak sesuai untuk menampung penggunaan peralatan berkuasa tinggi seperti oven.
Mr Electrician kemudian melakukan beberapa pembaikan yang diperlukan. Antaranya termasuk membetulkan sambungan wiring, memastikan litar berada dalam keadaan baik dan menguji semula sistem untuk pastikan semuanya selamat digunakan.
Selepas kerja-kerja pembaikan selesai, Encik Johan cuba semula guna oven dan blender. Kali ini, tiada lagi masalah DB trip. Semua berjalan lancar seperti biasa. Encik Johan memang lega. Masalah yang selama ini mengganggu akhirnya dapat diselesaikan dengan cepat dan profesional.
Kenapa DB Rumah Boleh Trip?
Untuk anda yang mungkin alami masalah sama, ini antara punca biasa DB trip:
- Beban elektrik terlalu tinggi dalam satu masa
- Wiring lama atau rosak
- Litar pintas (short circuit)
- Peralatan elektrik bermasalah
- Sambungan longgar atau tak selamat
Jangan anggap perkara ni remeh. DB trip sebenarnya adalah sistem keselamatan untuk elakkan risiko lebih besar seperti kebakaran atau kerosakan serius pada peralatan elektrik.

Bila Perlu Panggil Wireman?
Kalau anda perasan tanda-tanda ini, sebaiknya segera dapatkan bantuan profesional:
- DB selalu trip tanpa sebab jelas
- Hanya peralatan tertentu menyebabkan trip
- Bau hangit dari soket atau DB
- Plug atau suis jadi panas bila digunakan
Lebih cepat anda bertindak, lebih selamat untuk rumah dan keluarga anda.
Kalau anda sedang menghadapi masalah DB trip atau isu elektrik lain di rumah, pastikan anda hubungi wireman yang berpengalaman dan boleh dipercayai. Salah satunya anda boleh hubungi Mr Electrican di 012 – 870 2699.
Keselamatan rumah adalah perkara utama jangan kompromi bila melibatkan elektrik.





