Masalah Main Switch Trip, Soket Ada Spark & Bau Hangit?
Masalah elektrik di rumah bukan perkara kecil. Kalau dibiarkan, ia boleh membawa risiko yang lebih besar seperti kerosakan peralatan atau lebih teruk lagi, kebakaran. Itulah yang berlaku kepada Encik Hakim baru-baru ini.
Pada mulanya, Encik Hakim perasan salah satu soket di rumahnya tidak berfungsi seperti biasa. Tak lama kemudian, seluruh rumah tiba-tiba “trip”. Keadaan jadi lebih mencemaskan bila dia nampak percikan api kecil dari soket tersebut, disertai bau hangit. Situasi ini memang bahaya dan tak boleh diambil ringan.
Tanpa berlengah, Encik Hakim terus menutup suis utama (main switch) untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Ini adalah langkah paling penting bila berlaku masalah elektrik seperti ini.
Beliau sedar bahawa membaiki sendiri bukan pilihan yang selamat. Jadi, Encik Hakim terus mencari wireman yang berpengalaman dan boleh dipercayai.
Jumpa Wireman Yang Boleh Dipercayai
Selepas membuat carian dan bertanya kepada kenalan, Encik Hakim menemui servis yang dikenali sebagai Mr Electrician di talian 012 – 870 2699. Respon yang diberikan sangat cepat. Tak lama selepas dihubungi, wireman datang ke rumah untuk membuat pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan mendapati soket tersebut sudah lama rosak dan wayar di dalamnya telah haus. Inilah yang menyebabkan percikan api dan bau terbakar.
Masalah seperti ini memang biasa berlaku di rumah lama atau sistem wiring yang tidak pernah diperiksa.
Team Mr Electrician tersebut terus:
- Menukar soket yang rosak
- Membetulkan wiring yang bermasalah
- Memastikan sistem elektrik kembali selamat digunakan
Selepas kerja pembaikan siap, semuanya kembali normal dan selamat. Encik Hakim pun rasa lega kerana masalah berjaya diselesaikan tanpa sebarang kejadian buruk.
Jangan Abaikan Tanda Bahaya Elektrik
Jika anda mengalami situasi seperti:
- Soket tidak berfungsi
- Main switch kerap trip
- Ada percikan api
- Bau hangit
Jangan tunggu lama. Segera tutup suis utama dan hubungi pakar. Masalah elektrik bukan sesuatu yang boleh dibuat sendiri tanpa kemahiran. Lebih baik bertindak awal untuk elakkan risiko yang lebih besar.
Perlukan Servis Wireman Mr Electirican?
Jika anda sedang mencari wireman yang cepat, berpengalaman dan boleh dipercayai. Pelbagai servis elektrik yang kami tawarkan
- Troubleshooting masalah elektrik
- Tukar Kotak DB
- Sistem earthing dan grounding
- Baiki kerosakan elektrik
- Pendawaian semula rumah
- Pemeriksaan elektrik rumah
- Perlindungan surge
- Solar Light
Hubungi Mr Electrician di 012 – 870 2699. Dapatkan pemeriksaan dan pembaikan segera untuk pastikan rumah anda sentiasa selamat.





