Lagi Masalah Elektrik Rumah Asyik Terputus Yang Kami Selesaikan

Masalah Main Switch Trip, Soket Ada Spark & Bau Hangit?
April 22, 2026
Repair DB Box Sri Petaling
DB Rumah Jadi Trip Bila Guna Oven & Blender
April 28, 2026

Lagi Masalah Elektrik Rumah Asyik Terputus Yang Kami Selesaikan

Lagi Masalah Elektrik Rumah Asyik Terputus Yang Kami Selesaikan

April 27, 2026

Masalah Elektrik Rumah Asyik Terputus Yang Kami Selesaikan

Boleh dikatakan setiap hari kami selesaikan masalah DB box trip, main switch trip, mcb trip, meter trip. Memang bila berlakunya trip/ eletrik kerap terputus, buat kita rasa tak selesa dan risau.

Itu yang juga yang berlaku kepada En Haziq ini dari Bukit Damansara. Dimana rumah asyik blackout tiba-tiba, memang boleh buat pening kepala. Beliau baru sahaja 6 bulan pindah masuk, semuanya nampak okay pada awalnya. Tapi lama-kelamaan, satu masalah mula timbul main switch dekat rumah dia kerap sangat trip.

Lebih teruk, bila hujan lebat dan kilat sabung-menyabung, confirm elektrik akan terputus. Memang tak senang duduk dibuatnya. Nak guna peralatan elektrik pun jadi risau. Walaupun waktu biasa masalah ni kurang berlaku, tapi tetap juga ada masa-masa tertentu elektrik tiba-tiba terpadam. En Haziq mula rasa ini bukan masalah kecil dan perlu diperiksa segera sebelum jadi lebih serius

Kenapa Main Switch Boleh Asyik Trip?

Sebenarnya, masalah macam ni boleh jadi disebabkan beberapa perkara:

  • Pendawaian lama atau rosak
  • Beban elektrik berlebihan
  • Masalah pada DB box (distribution board)
  • Kesan kilat atau surge elektrik

Kalau dibiarkan, bukan saja ganggu keselesaan, tapi boleh jadi bahaya juga.

Cari Wireman Yang Betul Itu Penting

Disebabkan tak nak ambil risiko, En Haziq pun mula mencari wireman yang berpengalaman dan boleh dipercayai di kawasan sekitar. Selepas bertanya sana sini, dia akhirnya jumpa satu servis yang memang ramai rekomen iaitu Mr Electrician. Tanpa tunggu lama, dia terus hubungi mereka di 012-8702699.

Servis Cepat & Masalah Selesai

Apa yang best, respon memang cepat. Team Mr Electrician datang check satu per satu punca masalah dari wiring, DB box sampailah ke sistem keselamatan elektrik. Rupanya memang ada isu pada sistem pendawaian yang menyebabkan main switch mudah trip, lebih-lebih lagi masa cuaca buruk.

Selepas kerja pembaikan dibuat, masalah yang En Haziq hadapi pun selesai. Sekarang dia dah boleh guna elektrik dengan lebih tenang tanpa risau blackout tiba-tiba.

Jangan Tunggu Sampai Teruk

Kalau anda pun alami masalah sama seperti:

  • Elektrik rumah selalu trip
  • Berlaku bila hujan atau kilat
  • Bau hangit dari plug atau DB box

Jangan tunggu lama. Lebih cepat periksa, lebih selamat.

Hubungi pakar yang berpengalaman seperti Mr Electrician untuk pemeriksaan dan pembaikan.

Related Post

July 29, 2026

Shah Alam 电源插座维修服务 – En Amir 家庭电源插座故障维修案例

家里的其中一个电源插座突然无法正常使用,所以他希望找一位有经验的电工检查问题。收到客户的联系后,我们安排时间到 En Amir 家里进行检查,了解实际的电路情况。