Fuis Utama Rosak Punca Satu Rumah Trip
Pagi tadi kami terima satu kes di kawasan Puchong Perdana yang agak biasa berlaku di rumah, tapi ramai juga yang panik bila jadi tiba-tiba satu rumah blackout sebab elektrik trip.
Customer beritahu, masa kejadian semua tengah digunakan seperti biasa aircond, lampu, charger phone semua ON. Tiba-tiba terus gelap satu rumah. Bila check dekat kotak DB (distribution board), nampak fius suis utama dah jatuh (trip).
Customer pun cuba beberapa langkah sendiri sebelum panggil wireman.
Langkah pertama, dia cuba naikkan semula fius suis utama tu. Tapi setiap kali cuba ON, terus tendang balik. Maksudnya memang ada masalah, bukan sekadar trip biasa.
Langkah kedua, dia fikir mungkin sebab terlalu banyak peralatan ON. Jadi dia pun tutup semua suis dan cabut plug peralatan elektrik satu per satu aircond, charger, lampu semua. Lepas tu cuba naikkan semula fius utama. Tapi masih sama, tak boleh naik, terus jatuh balik.
Langkah ketiga, dia cuba pula tutup semua MCB (fius kecil-kecil dalam DB box tu), tinggal fius utama sahaja. Ini biasanya cara nak check kalau ada masalah dekat mana-mana line. Tapi bila cuba ON semula fius utama, masih juga gagal.
Dekat sini sebenarnya dah boleh agak, kemungkinan besar bukan sebab beban elektrik atau peralatan dalam rumah, tapi ada masalah pada komponen itu sendiri.
Akhirnya customer ambil keputusan untuk cari wireman berpengalaman di kawasan Puchong. Kami dari Mr Electrician pun datang untuk buat pemeriksaan.
Bila kami check, memang sah punca utama bukan sebab wiring rumah atau peralatan elektrik, tapi fius suis utama itu sendiri dah rosak. Kadang-kadang komponen ni boleh haus atau rosak sebab dah lama guna atau pernah kena trip banyak kali sebelum ni.
Kami terus buat penggantian pada fius suis utama yang rosak tu dengan yang baru. Lepas pasang, kami test semula ON suis utama dan elektrik kembali normal seperti biasa. Semua peralatan boleh digunakan tanpa masalah.
Apa yang boleh kita belajar dari kes ni?
Kalau rumah anda tiba-tiba blackout dan:
- Fius utama tak boleh naik langsung
- Dah tutup semua peralatan pun masih trip
- Dah off semua MCB pun tetap sama
Kemungkinan besar masalah bukan pada peralatan, tapi pada:
- Fius utama rosak
- DB box ada isu
- Atau komponen dalaman yang dah lama
Jangan paksa ON berkali-kali sebab boleh jadi lebih bahaya. Lebih baik panggil wireman untuk check dengan betul.
Kalau anda di sekitar Puchong atau kawasan berhampiran dan alami masalah macam ni, memang penting untuk dapatkan bantuan orang yang berpengalaman supaya masalah boleh diselesaikan dengan cepat dan selamat.

Antara Punca-punca berlakunya trip elektrik
1. Terlalu banyak guna elektrik (overload)
Ini antara punca paling common. Bila terlalu banyak peralatan guna elektrik dalam satu masa contohnya aircond, water heater, iron, microwave semua ON serentak beban jadi terlalu tinggi.
Bila dah lebih had, sistem akan automatik trip untuk elakkan risiko seperti wayar panas atau kebakaran.
2. Peralatan elektrik rosak
Kadang-kadang bukan sebab banyak guna, tapi sebab salah satu peralatan tu sendiri dah rosak.
Contoh:
- Aircond ada short circuit
- Water heater bocor arus
- Mesin basuh ada wiring problem
Bila peralatan rosak ni ON, terus fius jatuh. Sebab tu kalau nak test, kena cabut satu-satu plug dan cuba ON balik.
3. Ada kebocoran arus (earth leakage)
Ini agak bahaya sikit. Kebocoran arus berlaku bila elektrik “lari” ke tempat lain, biasanya ke bumi (earth).
Punca biasa:
- Wayar dah lama / rosak
- Kena air (contoh kawasan dapur atau bilik air)
- Peralatan elektrik ada masalah dalaman
Kalau rumah ada ELCB/RCCB, memang dia akan cepat trip bila detect kebocoran ni untuk keselamatan.
4. Masalah pada wiring rumah
Kalau wiring rumah dah lama atau pernah buat ubahsuai tanpa ikut standard, ini boleh jadi punca juga.
Contoh:
- Wayar dalam dinding dah reput
- Sambungan longgar
- Tikus gigit wayar
Masalah macam ni kadang susah nak nampak, tapi boleh sebabkan trip berulang kali.
5. Fius atau suis utama rosak
Ini yang jadi dalam kes di Puchong Perdana tadi.
Kadang-kadang kita ingat ada masalah besar, rupanya fius suis utama tu sendiri dah rosak. Bila komponen ni dah tak berfungsi dengan betul:
- Tak boleh naik langsung
- Asyik tendang walaupun semua dah off
- Atau loose / tak stabil
Biasanya kena tukar baru barulah selesai.
6. Masalah dari luar (supply TNB)
Ada juga kes yang bukan dari dalam rumah.
Contohnya:
- Kilat atau ribut
- Masalah pada tiang elektrik
- Voltage tak stabil
Tapi kes macam ni biasanya satu kawasan akan kena, bukan satu rumah sahaja.
Perlukan Wireman / Electrician di Puchong? Hubungi Mr Electrician
Kalau anda tak pasti punca masalah, lebih selamat panggil pakar. Mr Electrician menyediakan servis cepat dan boleh dipercayai untuk rumah dan pejabat di Klang Valley.
Servis kami termasuk:
- Repair & pasang wiring
- Troubleshoot masalah elektrik
- Baiki power trip & short circuit
- Servis soket, suis & DB box
- Pasang lampu solar
- Pasang autogate, wiring autogate
Call / WhatsApp: 012-870 2699
Kami sedia bantu anda selesaikan masalah elektrik dengan cepat dan selamat.


