Dapur Tiba-Tiba Tak Ada Power di Rumah Glenmarie
Beberapa hari lepas, kami dapat panggilan daripada seorang pemilik rumah di Glenmarie. Dia cakap, “Satu dapur tak ada elektrik langsung! Lampu tak menyala, oven tak boleh on, washing machine pun mati semua!”
Bagi ramai pemilik rumah, ini memang situasi yang sangat menyusahkan. Masuk dapur nak buat sarapan, nak on oven atau nak masak air, tiba-tiba semua tak berfungsi. Kitchen hood pun langsung tak hidup. Nasib baik hob pakai gas, jadi masih boleh masak, tapi satu rumah penuh asap sebab hood tak ada kuasa. Lampu tak ada, soket tak ada, semua mati. Tapi bahagian lain dalam rumah pula ok.
Selain dapur blackout, pelanggan tu beritahu kami yang water heater di bilik air atas pun tak boleh hidup langsung. Tak ada lampu, tak ada bunyi, memang mati total. Bila dapur dan satu lagi circuit macam water heater rosak serentak, itu memang tanda ada masalah serius.
Kalau satu kawasan rumah tak ada kuasa, itu dah jadi amaran awal. Tapi kalau dua atau lebih circuit gagal pada masa yang sama, hampir confirm ada masalah dalaman yang besar. Dan itu lah yang terjadi pada pelanggan kami di Glenmarie.
Contohnya, ada rumah yang share satu circuit untuk water heater, washing machine dan beberapa peralatan dapur. Kalau bila anda off satu MCB, terus water heater, washing machine, hood, oven dan water purifier semua tak boleh hidup, itu maksudnya semua peralatan ni share circuit yang sama. Dan situasi itulah yang berlaku di rumah pelanggan kami di Glenmarie. Ini memang sangat biasa berlaku di Malaysia.

Kenapa Banyak Sangat Masalah Elektrik di Rumah Malaysia?
Bila Terlalu Percaya Sampai Timbul Masalah Elektrik
Ada beberapa sebab kenapa perkara ni selalu jadi. Pertama, ramai pemilik rumah tak ambil kisah nak baca quotation atau tengok betul-betul apa kerja yang dibuat. Mereka cuma ambil interior designer atau kontraktor “all-in-one” untuk urus semua dari renovation sampai lah wiring elektrik. Pemilik rumah pula percaya bulat-bulat, ingat semuanya akan dibuat dengan betul. Tapi hakikatnya, ramai yang tak jujur, dan kerja elektrik selalunya bahagian pertama yang mereka potong kos. Ada juga yang jujur, tapi pengalaman kurang, jadi akhirnya mereka pun kena tipu dengan wireman atau electrician.
Kos Pilih Wireman Paling Murah di KL & Selangor
Satu lagi sebab ialah ramai pemilik rumah nak jimat kos renovation. Mereka call ramai wireman untuk dapatkan quotation. Seperti yang kita tahu, ada beribu-ribu wireman dekat luar sana. Ada yang berpengalaman dan buat kerja elok, ada yang berpengalaman tapi kerja cincai, guna MCB, DB box, kabel, ELCB dan main switch yang super murah semata-mata nak untung lebih. Ada juga yang berpengalaman tapi tak ada modal nak beli barang berkualiti, jadi terpaksa cari bahan yang paling murah. Ada pula pemilik rumah yang dah pernah kena sebelum ni rumah dah banyak masalah elektrik tapi masih tak belajar. Mereka tetap cari wireman paling murah untuk baiki masalah elektrik mereka.
Apa Kami Jumpa Dalam Wiring Dapur
Bila kami sampai, DB nampak normal. Tapi bila periksa betul-betul, ada bau hangit sikit dan beberapa plug point dah mula cair. MCB dan ELCB tak cair, tapi seluruh zon dapur memang mati total. Tak ada elektrik langsung. Kami test semua suis, soket dan point lampu semua tak ada kuasa.
Masalah macam ni biasanya datang daripada tiga sebab utama:
- MCB overload dan akhirnya rosak
- Sambungan longgar yang tersembunyi dalam lampu atau dalam junction box
- Kabel dalam dinding rosak sebab usia, panas atau kerja renovation
- Wireman lama sambung guna wayar baki kable kerja sebelum ini. Dia tipu pemilik rumah. Bila sambungan tu tercabut, wayar hidup boleh sentuh besi atau permukaan lain. Ini boleh sebabkan renjatan elektrik, kebakaran dan kerosakan kekal pada sistem elektrik rumah. Memang jadi ‘ticking time bomb’.
Dekat rumah Glenmarie ni, tak ada apa-apa yang nampak dari luar. Masalah tu bersembunyi di tempat yang pemilik rumah memang tak boleh nampak dalam dinding. Dan memang sama seperti point nombor 4.
Punca Sebenar: Sambungan Longgar Tersembunyi
Lepas kami trace circuit, tester tunjuk bacaan pelik dekat salah satu suis dinding di dapur. Bila buka suis tu, terus jumpa punca masalah:
Wayar neutral longgar yang perlahan-lahan dah terbakar dan jadi hitam (carbonised). Wireman sebelum ni tak guna penyambung wayar yang betul. Dia cuma pintal wayar macam tu saja dan balut dengan tape. Sebab tu lama-lama jadi longgar.
Masalah macam ni bukan jadi tiba-tiba. Ia berlaku sedikit demi sedikit disebabkan:
- Haba dari peralatan berat macam oven, washing machine, kettle atau microwave
- Kabel lama yang penebatnya dah keras
- Kerja tangan yang buruk masa renovation sebelum ni
- Suis murah atau low-quality yang dipasang oleh kontraktor sebelum ni
- Tape lama-lama jadi berminyak, hilang grip dan mula tertanggal dari wayar
Bila sambungan dah longgar, ia akan sebabkan arcing percikan kecil dalam kotak suis. Lama-lama, sambungan tu putus terus dan satu circuit dapur tak dapat elektrik. Kalau dibiarkan, masalah macam ni boleh jadi punca kebakaran elektrik.

Kenapa Rumah di Glenmarie Selalu Hadapi Masalah Macam Ni
Banyak rumah di Glenmarie dah berusia 10 hingga 25 tahun. Bila dah lama, wiring dalam dinding mula rosak perlahan-lahan, terutama di kawasan yang guna banyak elektrik seperti:
- Dapur
- Circuit aircond
- Point water heater
Banyak wiring zaman dulu dibuat dengan cepat atau guna bahan elektrik yang paling murah. Ada kontraktor / wireman / electrician yang guna:
- Kabel kuprum yang terlalu nipis
- Suis jenis murah
- Suis water heater yang low quality
- Junction box tanpa connector yang betul
- Sambungan longgar yang cuma dibalut tape
- MCB murah, RCCB murah
Shortcut macam ni mungkin tak tunjuk masalah segera, tapi lama-lama ia akan jadi isu seperti:
- DB terlalu panas
- Elektrik hilang sekejap-sekejap
- MCB berpercik (spark)
- Satu circuit terus tak berfungsi
- DB totong (trip)
Inilah yang berlaku dekat rumah Glenmarie pelanggan kami.
Wireman Yang Bagus, Pemeriksaan Betul & Repair Elektrik Berkualiti
Dalam kes ni, kami baiki sambungan yang terbakar, ketatkan semua terminal, tukar bahagian wiring yang rosak dan test satu-satu semua point dalam circuit dapur.
Lepas siap repair dan inspection:
- Lampu dapur hidup semula
- Oven boleh on balik
- Semua soket berfungsi
- Tak ada lagi lampu berkelip
- Circuit jadi stabil sepenuhnya
Pelanggan tu beritahu kami yang sebelum ni dia dah panggil dua electrician lain, tapi mereka cuma reset MCB dan terus balik tanpa periksa wiring betul-betul. Sebab tu masalah tu asyik berulang.
Sekiranya Satu Kawasan Tiba-Tiba Tiada Elektrik, Jangan Abaikan
Bila satu kawasan dalam rumah macam dapur, bilik tidur atau ruang tamu tiba-tiba tak ada elektrik, biasanya bukan sebab MCB je. Ia selalunya tanda:
- Wayar terbakar yang tersembunyi
- Sambungan longgar dalam dinding
- Kabel rosak sebab panas atau kena drill masa renovation
- Sambungan lemah dalam lampu atau junction box
Masalah macam ni perlukan alat trace yang betul dan wireman yang tahu cara nak cari punca sebenar, bukan orang yang main tebakan je.
Cari Wireman Profesional di Glenmarie
Kalau anda nak repair wiring rumah dengan kualiti yang betul, diagnosis wiring yang tepat dan keselamatan jangka panjang, kami lah wireman yang sesuai untuk anda. Kami tidak guna suis murah, MCB murah, kabel low-grade atau shortcut. Setiap repair dibuat dengan bahan yang betul dan cara pemasangan yang betul.
Hubungi kami di 012-870 2699 untuk troubleshoot elektrik profesional, repair wiring rumah dan penyelesaian DB di Glenmarie & kawasan sekitar.




