Bau Hangit dari Soket di Kondominium Kuchai Lama
Beberapa hari lepas, kami terima panggilan kecemasan dari seorang pelanggan di Kuchai Lama. Dia kedengaran cemas dan beritahu ada bau hangit dari dua soket di kawasan dapur rumahnya. Dia risau kalau dibiarkan, ia boleh jadi punca kebakaran. Kami setuju masalah ni perlu diperiksa segera.
Mula-mula kami jadualkan lawatan ke rumahnya pada hari Jumaat, keesokan harinya. Tapi pelanggan tiba-tiba dapat panggilan penting dari bos dan terpaksa tunda janji temu. Dalam kes macam ni, kami sentiasa ikut kesesuaian pelanggan sebab keselamatan sangat penting dan pelanggan pun perlu ada masa kami periksa dan terangkan apa masalah sebenar.
Soket Elektrik di Dapur
Bila kami sampai di unit rumah dia, kami jumpa dua soket utama di kawasan dapur.
Ada dua soket di dapur rumah tu:
- Satu digunakan untuk thermo pot air.
- Satu lagi dikongsi oleh mesin basuh, peti sejuk, oven dan dryer.
Setup macam ni memang terus buat kami rasa tak sedap hati. Peralatan elektrik yang kuat macam oven, dryer, dan mesin basuh tak sepatutnya kongsi satu soket sebab bebannya terlalu tinggi. Walaupun peti sejuk tak sekuat oven, ia tetap perlukan bekalan kuasa yang stabil dan khas. Lama-lama, sambungan macam ni boleh buat wayar, soket, atau MCB jadi panas dan berisiko.
Memang betul pun, dua-dua soket tu ada bau hangit yang ketara. Nasib baik pelanggan dah buat keputusan betul dia tutup terus soket tu dan panggil kami, bukan terus guna macam biasa.

Sekatan Kerja Elektrik di Kondominium
Kes ni bukan saja pasal baiki elektrik tapi juga ada cabaran dari segi logistik. Pelanggan tinggal di kondominium yang ada peraturan ketat untuk kontraktor. Sebelum mula kerja, kami perlu isi dan hantar borang ke pejabat pengurusan. Tambah lagi, waktu kerja hanya dibenarkan dari 9 pagi hingga 1 tengah hari saja.
Walaupun kami faham pihak pengurusan nak jaga ketenteraman, tapi peraturan macam ni kadang-kadang menyusahkan juga untuk kami dan penduduk. Masa yang diberi sangat singkat untuk buat pemeriksaan dan pembaikan dengan teliti. Tapi kami tetap patuh pada peraturan dan pastikan semua kerja siap dalam masa yang ditetapkan.
Apa Komponen Elektrik yang Kami Baiki
Kami buat pemeriksaan penuh pada dua soket dan litar yang berkaitan. Lepas sahkan dua-dua soket dah rosak, kami terus ganti dengan yang baru. Kami juga tukar MCB jenis C20 untuk beri perlindungan yang lebih baik pada litar.
Untuk kerja ni, caj kami adalah jelas dan berpatutan:
- RM200 untuk troubleshooting.
- RM80 untuk ganti dua soket dan satu MCB.
Kami percaya pada harga yang adil dan terus terang dengan pelanggan tiada caj tersembunyi atau tambahan mengejut.

Cadangan Naik Taraf Litar Elektrik untuk Pelanggan Kuchai Lama
Lepas periksa penggunaan beban elektrik, kami terangkan pada pelanggan yang masalah sebenar bukan sekadar pada soket tapi overload (beban berlebihan). Letak mesin basuh, oven, peti sejuk dan dryer semua atas satu soket memang tak selamat.
Kami sangat syorkan pasang 4 litar baru dengan kabel berasingan satu untuk setiap peralatan (mesin basuh, oven, peti sejuk, dan dryer). Bila beban diagihkan macam ni, ia akan:
- Elak overload dan kepanasan.
- Kurangkan risiko kebakaran.
- Pastikan setiap peralatan dapat bekalan kuasa yang stabil.
- Panjangkan jangka hayat soket, MCB dan pendawaian.
Ini lah penyelesaian sebenar dan paling selamat untuk jangka masa panjang.
Kenapa Pelanggan Kuchai Lama Panggil Kami
Menariknya, pelanggan ni sebenarnya dah panggil wireman lain dulu. Wireman tu dah periksa semua point dan MCB, tapi masih tak dapat kesan punca bau hangit tu.
Pelanggan jadi tak sedap hati sebab walaupun pemeriksaan awal beri dia rasa lega sikit, bau tu masih ada. Akhirnya dia ambil keputusan untuk dapatkan pendapat kedua dan nasib baik dia buat macam tu. Kami berjaya kesan punca sebenar, ganti bahagian yang rosak, dan beri nasihat untuk penyelesaian jangka panjang.
Perlu Servis Elektrik Sekitar Klang Valley? Hubungi Alex 012 – 870 2699
Masalah elektrik macam bau hangit dari soket jangan sesekali diabaikan. Itu tanda jelas ada masalah sama ada overheating, sambungan longgar atau beban berlebihan. Semua ni boleh jadi punca kebakaran kalau tak dirawat segera.
Dalam kes Kuchai Lama ni, ganti soket dan MCB memang selesaikan risiko segera. Tapi penyelesaian sebenar yang kami syorkan ialah pasang 4 litar baru khas untuk setiap peralatan berat. Ini baru betul-betul selamat dan tahan lama.
Pesanan untuk semua pemilik rumah kalau terbau hangit dari soket, jangan tunggu. Tutup terus dan panggil wireman yang bertauliah. Pemeriksaan cepat dan pendawaian yang betul boleh jadi penyelamat rumah anda dari kejadian yang tak diingini.
Untuk servis troubleshooting dan pembaikan elektrik profesional, hubungi Wireman Alex di 012-870 2699.