DB Box Serdang
July 26, 2025
DB Box Upgrade Semenyih
July 29, 2025

Kotak DB Serdang

Kotak DB Serdang

July 26, 2025

Naik Taraf DB Box Rumah Anda – Lebih Selamat, Lebih Tenang

Kalau rumah anda di Serdang masih pakai DB box lama (papan agihan elektrik), ini masa terbaik untuk buat naik taraf. Sistem lama dah tak mampu tanggung beban elektrik zaman sekarang sebab tu boleh jadi trip, wayar panas, atau paling teruk sekali, kebakaran elektrik.

Di Mr Electrician, kami pakar dalam naik taraf DB box di Serdang. Kami tukar MCB dan ELCB lama, pasang RCCB dan SPD berkualiti, dan kemas kini pendawaian supaya ikut piawaian keselamatan semasa.

Kenapa Perlu Tukar DB Box Rumah di Serdang?

Banyak rumah di Serdang, terutamanya yang dah berusia 20 tahun ke atas, masih guna sistem elektrik lama. Dulu cukup la untuk kipas, TV, dan lampu je. Tapi sekarang? Satu rumah penuh dengan aircond, oven, air fryer, laptop, printer ini semua perlukan tenaga.

Kalau DB box lama tak mampu tanggung beban ni, memang bahaya. Kami pernah jumpa kes MCB tak trip langsung bila berlaku litar pintas, plug cair, soket hangus, dan hampir terbakar.

Dengan naik taraf DB box Serdang, kami pastikan semua komponen ikut standard dan keselamatan Malaysia. DB box moden lebih selamat, tahan lama, dan sesuai untuk gaya hidup sekarang.

Apa Ada Dalam DB Box Moden?

Bila kami buat naik taraf, kami tak sekadar tukar satu dua suis. Kami upgrade keseluruhan sistem untuk keselamatan maksimum:

  • Main Switch – suis utama (63A) untuk matikan bekalan elektrik bila perlu.
  • RCCB – tutup bekalan bila ada kebocoran arus, elak renjatan elektrik.
  • MCB – putuskan bekalan bila berlaku overload atau litar pintas.
  • Busbar Tembaga – salur tenaga dengan lebih stabil & selamat.
  • Surge Protection Device (SPD) – penting waktu hujan & kilat, lindungi peralatan rumah.
  • Kotak DB Metal – lebih tahan panas dan selamat berbanding plastik.

Kami hanya guna jenama berkualiti seperti EPS, Maxguard, ABB, dan Hager jenama yang tahan lama dan terbukti selamat.

12 Tanda DB Box Anda Perlu Dinaik Taraf Segera

Tak pasti kalau DB box rumah anda masih selamat? Ini antara tanda-tanda biasa:

  1. Rumah dah lebih 20 tahun
  2. Power selalu trip masa hujan atau kilat
  3. Aircond atau mesin basuh selalu buat DB trip
  4. Guna oven atau dapur elektrik terus blackout
  5. Terlalu banyak sambungan extension plug
  6. Pendawaian dalam DB nampak berselirat, macam DIY
  7. Takde label pada MCB – susah nak tahu suis mana untuk apa
  8. Takde RCCB langsung
  9. Banyak wayar masuk ke satu MCB
  10. Ada bau hangit atau plastik terbakar dari DB
  11. Lampu flicker atau voltan tak stabil
  12. Wireman pernah cakap “ni semua barang lama”

Kalau ada salah satu pun, jangan tunggu lama-lama. Hubungi kami untuk pemeriksaan DB box di Serdang sebelum berlaku perkara tak diingini.

Servis Elektrik Lengkap di Serdang – Bukan DB Box Je!

Kami bukan saja buat naik taraf DB box, tapi juga sediakan pelbagai servis elektrik di Serdang:

  • Pendawaian & pemeriksaan elektrik rumah
  • Rewiring rumah lama
  • Ujian ketahanan wayar (Megger test)
  • Naik taraf sistem pembumian (earthing)
  • Pemasangan autogate & wiring lampu
  • Sistem perlindungan kilat & Surge Protector
  • Pemasangan Lightning Strike Trap (LST)

Kami tak guna barang tiruan atau jenama murah. Semua komponen dipilih sebab terbukti selamat dan tahan lama.

Wireman Dipercayai di Serdang – Hubungi Kami Sekarang

Cari tukang elektrik berpengalaman di Serdang? Di Mr Electrician, kami dah bantu ramai pemilik rumah buat naik taraf sistem elektrik dengan selamat dan berbaloi.

✅ Sebut harga jujur
✅ Komponen berkualiti tinggi
✅ Respon cepat
✅ Jaminan kerja
✅ Patuh standard Malaysia

Call Alex di 012-870 2699 untuk naik taraf DB box di Serdang atau buat janji temu pemeriksaan elektrik rumah anda.

Keselamatan rumah anda bermula dari sistem elektrik yang selamat. Kami sedia bantu anda capai ketenangan minda.

Related Post