Apa Perlu Buat Bila Hidu Bau Hangit dari Sistem Elektrik Rumah?
May 26, 2025
DCMoto GFM-925L Autogate Wiring Problem
May 26, 2025

Masalah Power Trip Dirumah Di Seksyen 7, Shah Alam

Masalah Power Trip Dirumah Di Seksyen 7, Shah Alam

May 26, 2025

Power Trip Berlaku Hampir Setiap Hari

Baru-baru ini, Mr Electrician telah menerima panggilan daripada pelanggan di Seksyen 7, Shah Alam. Beliau mengalami masalah power trip yang berlaku hampir setiap hari, terutamanya apabila menggunakan lebih daripada satu peralatan elektrik pada masa yang sama, seperti mesin basuh dan pemanas air. Situasi ini menimbulkan ketidakselesaan kepada seisi keluarga, terutamanya pada waktu malam apabila semua peralatan perlu digunakan serentak.

Dari apa yang pelanggan beritahu bahawa beliau menghidu bau hangit yang datang dari salah satu soket di dapur. Ini adalah tanda awal bahawa mungkin terdapat wiring yang rosak atau terlalu panas.

Pemeriksaan Elektrik Profesional Oleh Mr Electrician

Kami menghantar juruelektrik ke lokasi dan selepas pemeriksaan menyeluruh, kami mendapati bahawa sistem wiring rumah masih menggunakan sistem lama sejak lebih 20 tahun lalu. Wiring tersebut tidak lagi mampu menampung beban peralatan moden seperti pemanas air, ketuhar elektrik, dan peralatan dapur yang lain. Malah, soket yang digunakan juga didapati telah longgar dan menunjukkan kesan terbakar.

Beberapa punca utama kepada masalah power trip tersebut:

  • Pendawaian lama tidak lagi mampu menampung beban elektrik moden
  • Soket di dapur sudah longgar dan menunjukkan kesan terbakar ringan
  • DB box (papan agihan) masih menggunakan sistem lama tanpa sokongan penuh untuk peralatan berkuasa tinggi

Tindakan SegeraUntuk Baiki Masalah Elektrik Perlu Diambil

Kami mencadangkan beberapa tindakan segera, termasuk mengganti soket rosak, menambah litar khas untuk pemanas air, dan menaik taraf kotak DB (distribution board) agar lebih tahan terhadap beban elektrik yang tinggi.

Bagi memastikan keselamatan dan kestabilan sistem elektrik rumah, kami menjalankan beberapa kerja pembaikan dan naik taraf seperti berikut:

  1. Ganti soket rosak di bahagian dapur dengan soket baru yang lebih tahan haba dan selamat digunakan.
  2. Tambah satu litar khas untuk pemanas air, supaya ia tidak lagi berkongsi beban dengan peralatan lain seperti mesin basuh atau peti sejuk.
  3. Naik taraf papan agihan (DB box) dengan sistem pemutus litar moden yang lebih cekap dan stabil, termasuk pemasangan ELCB & MCB untuk perlindungan arus bocor dan beban berlebihan.
  4. Pemeriksaan penuh ke atas wiring rumah, termasuk kabel utama dan sambungan dalam dinding, untuk memastikan tiada kerosakan tersembunyi yang boleh menyebabkan litar pintas di masa hadapan.

Kisah ini adalah peringatan penting kepada pemilik rumah di seluruh Malaysia — jika anda sering mengalami gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba, ia bukan masalah kecil. Power trip yang berulang boleh menjadi tanda masalah yang lebih serius dan berisiko, termasuk kebakaran. Jika anda alami situasi seperti ini, jangan tunggu sehingga terlambat. Hubungi Mr Electrician untuk pemeriksaan dan penyelesaian yang cepat, selamat dan profesional.

Hasilnya: Rumah Lebih Selamat, Elektrik Lebih Stabil

Selepas semua kerja penyelenggaraan dan naik taraf selesai, pelanggan melaporkan bahawa masalah power trip tidak lagi berlaku. Kini, mereka boleh menggunakan pemanas air, mesin basuh dan peralatan dapur lain serentak tanpa gangguan. Sistem elektrik rumah juga menjadi lebih stabil, selamat dan bersedia untuk menampung keperluan moden.

Pengajaran: Jangan Abaikan Masalah Power Trip

Power trip yang berlaku berulang kali bukan masalah kecil. Ia mungkin petanda awal kerosakan serius seperti pendawaian terbakar, arus bocor, atau DB box yang sudah tidak efisien. Jika tidak ditangani segera, ia boleh menyebabkan:

  • Risiko kebakaran elektrik
  • Kerugian harta benda
  • Kerosakan peralatan elektrik
  • Dan yang paling penting, ancaman kepada keselamatan penghuni rumah

Mr Electrician Sedia Bantu Anda Hari Ini

Jika anda mengalami masalah elektrik yang kerap, bau hangit dari soket, atau power trip berulang — jangan tunggu hingga terlambat. Hubungi MR Electrician sekarang untuk pemeriksaan sistem elektrik profesional di seluruh Klang Valley.

Hubungi kami hari ini 012-870 2699 untuk pertanyaan atau dapatkan sebut harga.
WhatsApp kami secara terus untuk respon pantas!

Mr Electrician – Pakar Elektrik Rumah Anda. Selamat. Cekap. Dipercayai.

Related Post

March 3, 2026

🏮 家庭幸福团圆、元宵节快乐

🏮 家庭幸福团圆、元宵节快乐 元宵节象征着团圆与圆满,也代表新一年的美好开始。在这个传统节日里,家家户户张灯结彩,共同分享喜悦与祝福。 Tronica Engineering 在此祝大家事业顺利、家庭幸福、财源广进!愿灯火长明,好运常伴。同时,我们也提醒大家关注电力系统的安全与稳定。节日期间用电设备增加,电路负荷上升,如果发现电箱跳闸、电压不稳、电线发热或电器异常等情况,请及时进行检查与维修。小问题若忽视,可能带来更大的安全隐患。 我们提供专业电力系统检测、维修与紧急抢修服务,团队经验丰富,随时准备上门检查与处理问题,确保用电安全无忧。 📞 电话:012-870 2699📲 WhatsApp:https://wa.me/60128702699🌐 www.mrelectrician.com.my感谢大家一直以来的信任与支持!