Sudah Sampai Masanya Gantikan Sistem Elektrik Rumah Anda
Tahukah anda, salah satu punca utama kebakaran rumah di Malaysia adalah sistem elektrik yang lama atau terlebih beban? Kalau rumah anda di Taman Kinrara dibina sekitar tahun 80-an atau 90-an, besar kemungkinan DB box (Distribution Board) anda masih yang asal.
Selalunya, DB box ni disorok dalam almari atau di sudut rumah. Tapi benda yang kita tak nampak tu sebenarnya boleh jadi bahaya kalau dibiarkan terlalu lama.
Kenapa Ramai Penduduk Taman Kinrara Pilih Untuk Naik Taraf Kotak DB?
Bila kami buat pemeriksaan di rumah-rumah sekitar Taman Kinrara, banyak yang masih guna Kotak DB jenis lama jenis plastik, guna MCB dan ELCB versi lama yang dah tak begitu berfungsi. Kadang-kadang, Kotak DB ni tak “trip” pun masa berlaku litar pintas atau beban lebih. Bila jadi macam tu, risiko renjatan elektrik dan kebakaran sangat tinggi.
Rumah-rumah lama juga biasanya cuma ada 1-2 soket dalam satu bilik. Jadi ramai yang guna extension plug ada yang sampai 5-gang untuk satu soket! Bahaya ni sebab sambungan terlalu banyak dalam satu titik.

Apa Itu DB Box?
DB box (atau papan agihan elektrik) adalah pusat utama yang salurkan elektrik ke seluruh rumah. Di dalamnya ada komponen penting untuk keselamatan elektrik rumah anda:
- Main Switch (Suis Utama)
- RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
- MCB (Miniature Circuit Breaker)
- SPD (Surge Protection Device)
- Busbar
Semua komponen ni bekerja sama untuk elakkan renjatan, litar pintas, beban lebih dan kerosakan peralatan.
Bila kami upgrade DB box di Taman Kinrara, kami hanya guna kotak besi (metal clad) sebab ia tahan panas, kuat, dan lebih selamat dari jenis plastik lama.
Komponen Yang Kami Guna Dalam Setiap Upgrade
1. MCB
- C6 untuk lampu dan kipas
- C16 untuk soket
Fungsi: Potong bekalan bila ada beban lebih atau litar pintas.
2. RCCB
- 40A 30mA untuk soket
- 40A 100mA untuk lampu & kipas
Fungsi: Elak renjatan bila ada kebocoran arus.
3. Main Switch
- 63A double pole
Fungsi: Tutup seluruh DB bila nak buat penyelenggaraan atau kecemasan.
4. Busbar
- Biasanya dari tembaga (copper)
Fungsi: Agih kuasa dari suis utama ke semua MCB.
5. SPD (Surge Protection Device)
Fungsi: Lindung sistem elektrik rumah daripada arus kilat atau voltan naik mendadak. Penting sebab Taman Kinrara kawasan yang kerap hujan & kilat.
6. Enclosure (Casing DB)
Kami guna metal enclosure sahaja lebih tahan panas, tak mudah terbakar dan lebih selamat dari plastik.
Kami tak buat kerja cincai. Kalau bajet terlalu ketat sampai kena guna barang tiruan, kami minta maaf sebab keselamatan anda lebih penting dari segalanya.
Kenapa DB Box Lama Tak Sesuai Lagi?
Rumah sekarang penuh dengan barang elektrik aircond, TV, komputer, handphone, pengecas, air fryer, penapis air Cuckoo, oven dan macam-macam lagi.
Dulu satu bilik kongsi ramai. Sekarang, setiap orang guna bilik sendiri dengan peralatan masing-masing. Beban elektrik jadi tinggi sangat. Kalau DB box tak dinaik taraf, ia tak akan tahan.
Lepas MCO, makin ramai kerja dari rumah. Jadi satu rumah, mungkin 4 orang guna elektrik pada masa yang sama aircond, komputer, printer, pengecas dan lain-lain. DB lama tak mampu tampung beban ni semua.
Tambahan pula, ramai guna extension plug terlalu banyak. Soket asal cuma satu, tapi sambung sampai 5 peralatan. Ini sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kepanasan wayar, letupan kecil, atau kebakaran kalau DB tak trip.
12 Tanda DB Box Anda Perlu Dinaik Taraf
- Rumah dah lebih 20 tahun
- DB trip bila hujan atau kilat
- On aircond terus trip
- Mesin basuh buat DB terpadam
- Hood dapur, hob atau oven trip DB
- Vakum pun boleh trip DB
- Tambah banyak peralatan baru
- Wayar dalam DB nampak berselirat
- Tak ada label atau pemisahan litar
- Tiada RCCB/ELCB langsung
- Banyak wayar sambung satu MCB
- Bau hangit keluar dari DB box
Kenapa Ramai Orang Pilih Kami?
Kami dah bantu ramai pemilik rumah di sekitar Klang Valley, termasuk Taman Kinrara, untuk naik taraf DB box, baiki masalah trip dan buat rumah lebih selamat.
Kami juga buat:
- Pendawaian baru atau tambah soket
- Pemeriksaan & troubleshooting elektrik
- Sistem grounding & perlindungan petir
- Ujian Megger (tahan rintangan wayar)
- Pemasangan sistem autogate
- Lightning Strike Trap (LST)
Jangan Tunggu Sampai Berlaku Masalah
Kalau DB box rumah anda di Taman Kinrara masih jenis lama, selalu trip atau dah tak boleh sokong semua peralatan moden jangan tunggu sampai berlaku kejadian tak diingini.
Hubungi Alex: 012-870 2699
Keselamatan rumah dan keluarga anda adalah keutamaan kami.