DB Box Bukit Jalil
August 26, 2025
DB Box Taman Kinrara
August 27, 2025

Tukar Kotak DB Bukit Jalil

Tukar Kotak DB Bukit Jalil

August 26, 2025

Kotak DB Rumah Anda Masih Selamat?

Ramai pemilik rumah di Bukit Jalil mungkin tak sedar yang bahagian paling penting dalam sistem elektrik rumah iaitu DB box (distribution board) boleh jadi bahaya yang tersembunyi.

Kalau rumah anda dibina sejak beberapa dekad lepas dan masih guna Kotak DB Bukit Jalil asal, dah tiba masanya untuk buat naik taraf sebelum sesuatu yang tak diingini berlaku.

Kotak DB Bukit Jalil Lama: Risiko Kebakaran Yang Ramai Tak Tahu

Di kawasan lama Bukit Jalil, memang biasa jumpa rumah yang masih guna DB box dari tahun 70-an atau 80-an. Kotak ni selalunya guna plastik, dan komponen dalam dia seperti MCB & ELCB pun dah lama dan tak ikut piawaian baru.

Kalau berlaku litar pintas atau beban berlebihan, ada kemungkinan MCB tak ‘trip’ macam sepatutnya dan ini boleh buat arus berbahaya terus mengalir. Hasilnya? Kebakaran elektrik yang tak disedari sampai dah terlambat.

Soket Terlalu Sikit = Bahaya Pendam

Satu lagi masalah rumah lama tak cukup soket. Ramai orang guna sambungan berganda (extension plug) dengan 5 atau 6 lubang. Kadang-kadang sampai 10 peranti disambung ke satu soket dinding!

Nampak praktikal, tapi sebenarnya sangat bahaya. Soket boleh terlebih beban, jadi panas, wayar cair, dan akhirnya boleh menyebabkan kebakaran elektrik lebih-lebih lagi kalau DB box pun dah lama dan uzur.

Kenapa Penting Sangat Nak Upgrade DB Box?

Bayangkan kalau kebakaran berlaku waktu semua tengah tidur malam-malam. Bila perasan, mungkin dah terlambat nak buat apa-apa.

Tukar DB box lama kepada yang moden di Bukit Jalil bukan sekadar naik taraf ini tentang keselamatan keluarga dan rumah anda.

Apa Ada Dalam Kotak DB Moden?

Naik taraf DB box sekarang biasanya lengkap dengan komponen moden untuk jaga keselamatan dan prestasi:

  1. MCB (Miniature Circuit Breaker)
    • Jenis: C6 untuk lampu/kipas, C16 untuk soket kuasa
    • Fungsi: Tutup arus secara automatik bila berlaku litar pintas atau beban berlebihan.
  1. RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
    • Ganti ELCB lama yang dah tak digunakan lagi
    • Rating: 40A 30mA (untuk soket), 40A 100mA (untuk lampu & kipas)
    • Fungsi: Keselamatan dari kejutan elektrik & kebocoran arus.
  1. Suis Utama (63A Double Pole Isolator)
    • Untuk matikan keseluruhan DB box masa servis atau kecemasan.
  1. Busbar (Tembaga)
    • Sebar arus dari suis utama ke setiap MCB.
  1. SPD (Surge Protection Device)
    • Lindungi peralatan elektrik dari kilat atau lonjakan arus.
  1. Enclosure (Kotak DB Metal)
    • Jenama yang kami biasa guna: EPS, Maxguard, Hager, ABB
    • Lebih tahan haba dan selamat berbanding plastik.

Jangan Main-Main Dengan Kualiti & Keselamatan

Kami tak buat kerja campur komponen cap ayam. Ada sesetengah orang nak jimat kos, tapi akhirnya buat DB box ‘rojak’ campur produk dari pelbagai jenama yang tak serasi.

Nampak okay di luar, tapi bila overload sikit je, boleh gagal berfungsi dan jadi punca bahaya. Gunakan produk berkualiti & pemasangan yang betul, DB box anda boleh tahan sampai 20 tahun atau lebih.

Kerja Dari Rumah = Lagi Banyak Beban Elektrik

Lepas PKP, ramai dah biasa kerja dari rumah. Bayangkan 1 rumah ada 4 orang mak, ayah & anak-anak semua guna aircond, komputer, printer, charger, dan macam-macam peranti serentak dalam bilik masing-masing.

Kalau semua sambung pada satu soket pakai extension, dan DB box pula tak cukup power boleh jadi overload, trip berulang kali atau lebih teruk, terbakar.

Masalah Yang Selalu Kami Jumpa di Bukit Jalil

Ramai pemilik rumah di Bukit Jalil dah kami bantu untuk upgrade DB box. Masalah yang biasa timbul bila guna DB box lama termasuk:

  • Wiring tak selamat
  • Trip elektrik kerap sangat
  • DB box tak boleh tampung peralatan moden
  • Risiko kebakaran makin tinggi

12 Tanda DB Box Anda Perlu Dinaik Taraf

  1. Rumah dah lebih 20 tahun
  2. Elektrik selalu terputus bila hujan/lebat
  3. Pasang aircond je terus trip
  4. Guna mesin basuh pun DB terus off
  5. Oven atau hood dapur tripkan DB
  6. Vacuum pun boleh buat DB shutdown
  7. Semakin banyak alat elektrik ditambah
  8. Wayar dalam DB box berserabut
  9. Tiada label untuk setiap suis
  10. Tak ada ELCB atau RCCB
  11. Satu breaker sambung banyak wayar
  12. Bau hangit/bakar dari DB box

Perlukan Servis DB Box atau Elektrik di Bukit Jalil?

Kalau DB box anda asyik trip, nampak uzur, atau tak cukup kapasiti untuk peralatan sekarang jangan tunggu sampai berlaku masalah.

Kami sedia bantu dari repair kecil sampai tukar DB box penuh semuanya dengan cara selamat, cepat dan profesional.

Servis Elektrik Lengkap di Bukit Jalil

Kami bukan setakat buat DB box je. Antara servis lain:

  • Troubleshooting elektrik
  • Sistem pembumian (earthing & grounding)
  • Pemeriksaan & baik pulih masalah wiring
  • Pendawaian semula rumah (full atau separa)
  • Wiring autogate & outdoor
  • Ujian penebat (Megger insulation test)
  • Pasang Lightning Strike Trap (LST)
  • Surge protection untuk alat sensitif

Hubungi Ahli Elektrik Sekarang

Ada soalan atau nak semak DB box rumah anda? Kami sedia bantu.

Hubungi Alex di 012-870 2699 untuk:

  • Naik taraf DB box di Bukit Jalil
  • Pemeriksaan & troubleshooting elektrik
  • Pemasangan sistem grounding & earthing yang selamat

Dapatkan nasihat profesional & sebutharga jujur. Keselamatan rumah anda bermula dari sistem elektrik yang dipercayai. Jangan tunggu sampai ada masalah.

Related Post