Servis Baiki Elektrik
Di Mr Electrician, kami menyediakan pelbagai perkhidmatan servis elektrik untuk memenuhi keperluan harian anda dengan mudah dan cepat. Antara servis yang kami tawarkan termasuklah baiki masalah elektrik, naik taraf kotak agihan, baiki litar pintas, pasang alat perlindungan surge/ surge protection, pemeriksaan sistem dan keselamatan elektrik, penyelesaian jimat tenaga, servis dan pemasangan autogate, pemasangan lampu solar, pemanas air/ water heater, pendawaian elektrik, pemasangan pengecas EV/ EV charger, serta kenalpasti dan selesaikan masalah elektrik. Kami komited untuk memberikan servis berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan mesra pelanggan.
Berita baik untuk anda yang berada di kawasan Selangor dan KL! Kami dah berjaya bantu ribuan pelanggan dengan pelbagai keperluan elektrik mereka, semuanya dengan servis yang berkualiti dan hasil kerja yang mahir. Jom tengok senarai perkhidmatan elektrik lengkap yang kami tawarkan di bawah.
Baiki Elektrik
Pemeriksaan Keselamatan Elektrik
Kenalpasti Masalah Elektrik
Baiki Litar Pintas Elektrik
Pendawaian Elektrik
Seiring waktu, bahan dalam pendawaian elektrik rumah anda boleh mengalami terhakis secara semula jadi. Apabila getah luaran wayar sudah lama, ia menjadi rapuh dan mudah rosak. Ini adalah masalah besar kerana apabila getah tersebut reput terdedah kepada panas, ia sangat mudah terbakar. Selain itu, apabila getah luaran koyak, wayar dalam akan terdedah, meningkatkan risiko kejutan elektrik dengan ketara.Kejutan elektrik ini boleh menjadi dari ringan hingga teruk malah boleh membawa maut dalam sesetengah kes.
Jangan biarkan wiring lama membahayakan rumah dan keluarga anda. Di Mr. Electrician, kami mempunyai peralatan lengkap dan juruteknik mahir memeriksa, menaik taraf, dan menggantikan wiring lama untuk memastikan sistem elektrik anda selamat dan boleh dipercayai. Lindungi rumah anda daripada kebakaran dan kejutan elektrik dengan Mr. Electrician—rakan dipercayai anda dalam keselamatan rumah!
Naik Taraf Kotak Agihan
Jimat Tenaga
Penggunaan elektrik adalah salah satu perbelanjaan bulanan utama bagi pemilik rumah di Malaysia, terutamanya kerana adanya aircond yang kerap disebabkan oleh cuaca panas. Selain itu, rumah teres yang biasanya agak gelap di bahagian dalam memerlukan cahaya lampu sepanjang masa, sekali gus menambah lagi kos tenaga. Dengan ahli keluarga yang ramai menggunakan aircond, pemanas air, mesin basuh dan peralatan elektrik lain, jumlah penggunaan elektrik jadi sangat tinggi. Ini menyebabkan bil elektrik melambung, dan ramai mula mencari cara jimat tenaga untuk kurangkan beban kewangan.
Penat tengok bil elektrik yang makin tinggi? Dah bersedia nak buat perubahan? Hubungi Mr. Electrician di 012-8702699 dan ketahui bagaimana anda boleh mula jimat tenaga hari ini! Pakar kami sedia bantu jawab semua soalan anda dan cadangkan cara jimat tenaga elektrik yang terbaik. Jangan tunggu lagi—ambil langkah sekarang untuk kawal penggunaan elektrik dan lihat sendiri penurunan bil anda. Jom kita sama-sama jimat bil dan bantu.
Pemasangan Cas EV
Caj Kereta Anda di Rumah dengan Pemasangan EV Charger oleh Mr. Electrician!
Kereta elektrik semakin popular di Malaysia, tapi nak cari stesen pengecas kadang-kadang leceh dan ambil masa. Jimat masa dan elakkan stres dengan pasang EV charger di rumah! Pasukan teknikal kami boleh siapkan pemasangan dalam masa dua jam atau kurang, jadi kereta elektrik anda sentiasa sedia untuk digunakan. Walaupun rumah anda ada wiring lama atau papan DB dah penuh, kami tetap boleh uruskan semuanya. Jangan biar masalah wayar menghalang anda—hubungi Mr. Electrician di 012-8702699 hari ini!
Pemasangan Solar Light
Dengan bil elektrik yang makin meningkat, ramai orang mula beralih kepada penyelesaian yang lebih jimat seperti lampu solar. Lampu ini sangat mudah – ia akan menyala dan padam secara automatik, serta dicas sendiri menggunakan tenaga matahari. Memang senang dan tak perlu risau pasal suis atau bateri habis!
Untuk pastikan lampu solar anda berfungsi dengan baik, panel solar perlu dipasang di tempat yang kena cahaya matahari terus. Elakkan kawasan yang terlindung dari cahaya, sebab ini boleh ganggu proses cas dan lampu mungkin tak cukup tenaga untuk menyala waktu malam.
Berminat nak pasang lampu solar? Ambil gambar kawasan yang anda nak pasang, dan hantar ke WhatsApp kami. Kami sedia bantu anda dari A sampai Z! Hubungi Mr. Electrician di 012-870 2699 hari ini dan mula nikmati kelebihan lampu solar di rumah anda!
Pasang Dan Baiki Autogate
Sedang cari sistem autogate yang berkualiti tinggi? Di Mr. Electrician, kami menawarkan pelbagai jenama autogate yang dipercayai seperti Tronica, KRON, DEA, Valet, FBM, Mexigate, Dnor, Jackpro, OAE, Ranger, Cougar, Gforce, Mag, Power Gates, Comex, Victor, BSM, Beninca dan banyak lagi. Kami pakar dalam pemasangan dan baiki autogate yang dipercayai— dari motherboard,remote autogate, arm autogate hingga ke motor. Berbeza dengan yang lain, kami sangat pentingkan kualiti dengan tidak guna spare parts autogate murah. Kalau autogate jenis folding akan berlaku pengerakkan tidak lancar atau terkeluar dari landasan, mungkin roda yang dah lama jadi punca. Jangan risau — team pakar kami boleh baiki atau ganti roda pagar autogate anda dengan cepat supaya semuanya kembali lancar.
Team juruteknik autogate kami sentiasa bersedia untuk bantu anda dengan pelbagai masalah autogate. Sama ada roda tercabut, remote tak berfungsi, autogate tak boleh buka, motor tersangkut, masalah welding, atau bateri tak hidup masa blackout — kami boleh bantu selesaikan.
Di kawasan seperti Subang, kilat memang kerap berlaku dan boleh merosakkan sistem autogate. Kalau anda rasa autogate anda rosak akibat kilat atau power surge, hubungi Mr. Electrician di 012-870 2699. Kami ada peralatan dan kepakaran untuk periksa serta baiki kerosakan, supaya autogate anda kembali berfungsi dengan lancar dan selamat.
Pasang Dan Baiki Lampu
Sedang cari servis baiki dan pemasangan lampu yang terbaik di Kuala Lumpur (KL) dan Selangor? Mr. Electrician adalah pilihan yang tepat! Dikenali dengan kepakaran dan profesionalisme, kami berkhidmat di banyak kawasan seperti Subang Jaya, Damansara, Kepong dan banyak lagi. Sejak tahun 2002, kami telah menyediakan pemasangan lampu dalaman dan luaran yang berkualiti tinggi, dengan keutamaan kepada kepuasan pelanggan. Sama ada anda nak tukar lampu lama atau pasang lampu baru, percayakan Mr. Electrician untuk hasil yang selamat dan kemas. Tingkatkan pencahayaan rumah atau premis anda dengan kami—hubungi sekarang!
Di Mr. Electrician, kami juga pakar dalam lampu LED yang tahan lama, jimat tenaga, tahan lasak, pencahayaan lebih terang dan dapat kurangkan kos elektrik dalam jangka masa panjang. Kami juga berpengalaman menangani masalah biasa seperti suis rosak, lampu berkelip-kelip, bunyi berdengung, mentol selalu terbakar, lampu terlalu panas, dan circuit breaker asyik trip. Dengan langkah pencegahan dan amalan terbaik seperti servis berkala, penggunaan mentol yang sesuai, bantuan profesional, naik taraf lampu dan perlindungan dari lonjakan elektrik, kami pastikan sistem pencahayaan anda berjalan lancar dan selamat. Jangan tunggu sampai masalah jadi besar—buat janji temu pembaikan elektrik dengan Mr. Electrician hari ini, hubungi 012-870 2699!
Pemasangan Kipas Siling
Dalam cuaca tropika Malaysia, hidup tanpa kipas siling memang boleh rasa tak selesa—lebih-lebih lagi bila nak jimat kos dari guna aircond setiap masa, terutama pada suhu rendah. Kipas siling yang jimat tenaga adalah pilihan yang bijak untuk kekalkan keselesaan sambil kawal penggunaan elektrik. Ramai pemilik rumah di Malaysia pasang kipas siling di setiap ruang—termasuk dapur, ruang tamu dan ruang makan. Kipas moden pula datang dengan pelbagai bilah, dari 4 hingga 7 bilah, dan kebanyakannya ada fungsi kawalan jauh untuk lebih mudah digunakan.
Selain bantu sejukkan rumah dengan lebih jimat, kipas siling juga bantu edarkan udara dengan lebih baik. Ia sedut udara segar dari tingkap terbuka dan keluarkan udara panas. Kipas siling juga bantu kekalkan kelembapan semula jadi, berbeza dengan aircond yang buat udara jadi kering dan boleh sebabkan masalah kesihatan. Dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah, kipas siling juga bantu kurangkan jejak karbon—sesuai untuk anda yang nak rumah lebih mesra alam. Nak pasang atau baiki kipas siling? Hubungi Mr. Electrician sekarang di 012 – 870 2699.
Pemasangan Pemanas Air
Siasatan terkini menunjukkan banyak kejadian maut berkaitan elektrik berpunca daripada RCCB (Residual Current Circuit Breaker) yang gagal berfungsi dan sambungan bumi (earth) yang lemah selalunya berpunca daripada wiring rumah yang tidak selamat. Masalah biasa termasuk earth rod clamps berkualiti rendah yang berkarat atau terputus, earth chamber rosak akibat renovate dan pemasangan yang salah oleh juruelektrik tidak berpengalaman yang guna wayar terlalu kecil. Semua ini boleh jadi sangat berbahaya, terutama di kawasan basah seperti bilik air. Untuk elakkan risiko ini, pihak Suruhanjaya Tenaga sekarang mewajibkan setiap pemanas air dipasang dengan RCCB khas dengan tahap sensitiviti 10mA. Kalau rumah anda dibina sebelum tahun 2015 dan belum ada ciri keselamatan ini, sangat penting untuk naik taraf sistem elektrik demi keselamatan keluarga anda.
Di Mr. Electrician, kami pakar dalam pemasangan RCCB khas untuk pemanas air bagi memastikan keselamatan elektrik maksimum di rumah anda. Kami juga sediakan pelbagai servis elektrik lain termasuk pembaikan, pemeriksaan keselamatan, pemasangan lampu solar dan pengecas EV. Dengan pengalaman lebih 25 tahun berkhidmat di Selangor dan Kuala Lumpur, kami adalah penyedia servis elektrik yang boleh anda percaya. Jangan tunggu sampai berlaku kejadian—hubungi kami di 012-870 2699 untuk bantuan elektrik yang profesional dan boleh diharap. Keselamatan anda adalah keutamaan kami!
Perlindungan Daripada Lonjakan Voltan (Surge Protection)
Pemasangan Pembumian (Earthing)
Adakah anda sering mengalami kejutan elektrik dari peralatan rumah? Atau kotak agihan elektrik anda kerap terputus semasa kilat kuat? Ini adalah tanda-tanda bahawa sistem pembumian anda tidak mencukupi. Lindungi diri anda dan peralatan elektronik dengan penyelesaian pembumian yang boleh dipercayai. Kami pakar dalam pemasangan rod bumi dan memastikan sistem pembumian anda mematuhi peraturan Malaysia, dengan memastikan rintangan di bawah 10 ohm.
Kami menggunakan alat penguji rintangan bumi untuk mengukur secara tepat, dengan memasukkan rod tembaga ke dalam tanah menggunakan alat khas dan mendapatkan nilai rintangan di tempat. Hubungi kami hari ini di 012-870 2699 untuk membuat janji temu dan melindungi rumah anda dari bahaya elektrik dengan berkesan.
Dapatkan Baiki Elektrik Profesional dengan Mr. Electrician Sekarang!
Ada Masalah Elektrik? Kami Sedia Membantu
Jika anda menghadapi masalah elektrik di rumah, pejabat, atau premis komersial, jangan risau — kami ada penyelesaian untuk anda. Di Mr. Electrician, kami pakar dalam mendiagnosis dan membaiki semua jenis masalah elektrik dengan cepat, selamat, dan profesional.
Sama ada lampu berkelip, DB trip, atau tiada eletrik langsung, juruelektrik berpengalaman kami dilengkapi dengan kemahiran, alat ujian yang canggih, multimeter, dan peralatan keselamatan untuk mengenal pasti punca masalah dan menyediakan penyelesaian yang berkesan dan tahan lama.
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan elektrik, termasuk:
✅ Pemeriksaan Keselamatan Elektrik untuk memastikan pemasangan anda mematuhi piawaian keselamatan
✅ Pengesanan Masalah Elektrik dan cari punca untuk masalah eletrik tak ada secara tiba-tiba atau isu berulang
✅ Baiki Lintas Pintas untuk mencegah bahaya dan kerosakan pada peralatan
✅ Perkhidmatan Pemasangan dan Pemasangan Semula Sistem Wiring Elektrik baru sepenuhnya dan separuh untuk rumah, pejabat, dan bangunan komersial
✅ Naik Taraf dan Tukar Kotak DB (Kotak Agihan) untuk prestasi dan keselamatan yang lebih baik
✅ Sesi Rundingan dan Penyelesaian Penjimatan Tenaga untuk mengurangkan bil elektrik anda
✅ Pemasangan Pengecas EV (Kenderaan Elektrik) untuk rumah atau pejabat
✅ Pemasangan Lampu Taman Solar untuk menerangi ruang luar anda dengan cekap
✅ Perkhidmatan Baiki dan Pemasangan Autogate untuk memastikan keselamatan dan keselesaan hartanah anda
✅ Pemasangan & Baiki Lampu Dalam dan Luar Bangunan untuk semua jenis lampu
✅ Pemasangan Kipas Siling, termasuk kipas dinding, remote control dan kipas reka bentuk
✅ Pemasangan Pemanas Air, sama ada jenis segera atau jenis simpanan, dengan langkah keselamatan yang betul
Tidak kira masalah anda kecil atau rumit, kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan perhatian kepada setiap butiran dan kepuasan pelanggan. Anda boleh bergantung kepada Mr. Electrician untuk perkhidmatan elektrik yang cepat, boleh dipercayai, dan berpatutan yang mematuhi peraturan elektrik tempatan.
Hubungi kami sekarang di 012-870 2699 dan biarkan pasukan pakar kami menyelesaikan masalah elektrik anda. Keselamatan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami!
Perkhidmatan Kami
Kami Menjaga Semua Jenis Masalah Elektrik
Pembaikan Elektrik
Pemeriksaan Keselamatan Elektrik
Penyelesaian Masalah Elektrik
Baiki Litar Pintas
Pendawaian Elektrik
Perlindungan Lonjakan Voltan
Naik Taraf Kotak Agihan
Penjimatan Elektrik
Pemasangan Pengecas EV
Pemasangan Lampu Solar
Pemasangan Autogate
Pemasangan Lampu
Pemasangan Kipas Siling
Pemasangan Pemanas Air
