Penyelesaian Masalah Fius Rumah Selalu Trip Oleh Tronica Engineering

Kenapa Rumah Anda Selalu “Trip” Bila Hujan atau Kilat?
April 3, 2026

Penyelesaian Masalah Fius Rumah Selalu Trip Oleh Tronica Engineering

Penyelesaian Masalah Fius Rumah Selalu Trip Oleh Tronica Engineering

April 6, 2026

Penyelesaian Masalah Fius Rumah Selalu Trip Oleh Tronica Engineering

Kebanyakan rumah ada masalah fius rumah selalu trip secara tiba-tiba. Kadang masa hujan lebat, ada masa tengah tidur malam tahu-tahu satu rumah dah gelap, bila periksa ada fius jatuh.

Ramai yang tidak tahu punca sebenar power trip dan tidak pasti bagaimana untuk menyelesaikannya. Sistem wiring elektrik dirumah memang complex dan saling berkaitan, serta tersembunyi di sebalik dinding. Oleh itu, mengesan punca sebenar masalah ini bukan sesuatu yang mudah tanpa bantuan profesional.

Power trip berlaku kerana circuit breaker direka untuk memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku sesuatu yang tidak normal seperti litar pintas, beban berlebihan, atau sambungan yang rosak. Ia sebenarnya bertindak sebagai sistem keselamatan untuk mengelakkan kerosakan peralatan atau risiko kebakaran.

Punca Utama Fius Rumah Trip

Masalah fius rumah trip sering berlaku secara tiba-tiba dan boleh mengganggu aktiviti harian. Untuk menangani masalah ini dengan berkesan, penting untuk anda faham beberapa punca utama kenapa kotak DB anda boleh terputus secara automatik.

1. Litar Terlebih Beban (Overload Circuit)

Ini adalah salah satu punca paling biasa fius trip. Ia berlaku apabila terlalu banyak peralatan elektrik digunakan serentak pada satu litar melebihi kapasiti yang sepatutnya.

Setiap mcb elektrik direka dengan nilai kapasiti arus tertentu dan apabila arus elektrik melebihi had ini, ia akan automatik terputus untuk mengelakkan litar menjadi terlalu panas dan menyebabkan kebakaran.

Contoh: Pasang microwave, cerek air dan mesin basuh pada soket yang sama.

2. Litar Pintas (Short Circuit)

Litar pintas lebih serius daripada litar terlebih beban. Ia berlaku apabila wayar hidup (live/hot wire) bersentuhan dengan wayar neutral atau sesama wayar hidup.

Keadaan ini menyebabkan lonjakan arus yang sangat tinggi dan boleh menyebabkan bau hangit, percikan api atau pemutus litar trip secara serta-merta.

Masalah ini sukar dikenal pasti kerana ia boleh berpunca daripada:

  • Pendawaian rumah yang rosak
  • Komponen dalam peralatan elektrik yang bermasalah

3. Ground Fault (Kesalahan Pembumian)

Ground fault berlaku apabila wayar hidup (biasanya warna hitam) bersentuhan dengan wayar bumi atau permukaan logam seperti casing kotak suis. Ini akan menyebabkan arus bocor ke bumi situasi ini juga sangat berbahaya terutama di kawasan basah seperti bilik air atau dapur.

Secara teknikalnya, ground fault juga adalah sejenis litar pintas, tapi melibatkan laluan arus ke bumi. Ia boleh mengakibatkan renjatan elektrik atau kerosakan pada peralatan jika tidak dibaiki segera.

Bila Perlu Hubungi Tronica Engineering?

Kalau power trip berlaku secara kerap, jangan terus anggap ia perkara biasa. Ia mungkin petanda ada masalah serius dalam sistem elektrik rumah anda.

Hubungi Tronica Engineering di 012-870 2699
Servis pantas, selamat & profesional
Kawasan liputan: Puchong, Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Bangi Kajang, Semenyih Sepang Selangor & Ampang, Cheras, Batu Caves, Taman Melawati, Wangsa Maju Kuala Lumpur

Tronica Engineering – Pakar Power Trip & Masalah Elektrik Anda!

Related Post