Pasang & Baiki Autogate Di Selangor & KL
May 8, 2025

Pemasangan Kipas Siling

Pemasangan Kipas Siling

May 8, 2025

Pemasangan Kipas Siling

 

Di Malaysia, cuaca panas dan lembap boleh menyebabkan rasa tidak selesa jika tiada kipas siling. Walaupun penyaman udara/ air cond sudah ada, bil elektrik akan jadi tinggi sebab terlalu kerap menggunakannya, terutama pada suhu yang rendah. Pemasangan kipas siling yang jimat tenaga adalah pilihan yang baik untuk kekal selesa dan menjimatkan kos elektrik. Ramai pemilik rumah memilih untuk memasang kipas siling di setiap bilik, termasuk dapur, ruang tamu dan ruang makan. Kipas moden kini didatangkan dengan pelbagai bilah, seperti empat, lima atau tujuh bilah. Selain itu, kebanyakan kipas ini juga dilengkapi dengan remote control untuk kemudahan tambahan.

 

Harga Pasang Kipas Siling

Harga Pasang Kipas Siling

 

Kebaikan Kipas Sliding

 

Sistem Penyejukan Jimat Kos: Kipas siling jauh lebih murah berbanding air cond. Ia menggunakan tenaga elektrik yang lebih sedikit, serta membantu mengurangkan bil elektrik bulanan anda.

Jadikan Udara Lebih Baik: Kipas siling membantu menarik udara segar dari tingkap yang terbuka dan menolak keluar udara panas. Ini sangat berguna di kawasan beriklim lembap seperti Malaysia, di mana kelembapan tinggi boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan pertumbuhan kulat.

Lebih Sihat: Air cond biasanya mengurangkan kelembapan dalam udara, yang boleh menyebabkan kulit kering, mata pedih, dan hidung kering. Sebaliknya, kipas siling mengekalkan kelembapan semula jadi dan mengurangkan masalah kesihatan seperti ini.

Kesan Terhadap Alam Sekitar: Guna kipas siling dengan kerap boleh jimat tenaga dan kurangkan pencemaran. Ini baik untuk alam sekitar dan bantu jaga bumi kita.

 

Tanda-Tanda Kipas Siling Anda Perlu Ditukar

 

Kipas siling mempunyai jangka hayat yang terhad dan boleh mula rosak dari masa ke masa. Jika kipas anda mula bermasalah, mungkin sudah tiba masanya untuk tukar kipas baru. Berikut adalah tanda-tanda anda perlu menggantikan kipas siling:

1. Kipas Siling Bergoyang-goyang
Kipas siling sepatutnya beroperasi dengan lancar. Jika ia mula bergoyang-goyang, dimana komponen yang menggantungkan kipas tersebut mungkin rosak atau patah, yang boleh menyebabkan kipas jatuh pada bila-bila masa. Matikan kipas dengan segera dan elakkan menggunakannya sehingga juruelektrik dapat menanggalkan dan menggantikannya dengan selamat.

2. Bilah Kipas Perlahan
Apabila bilah kipas siling bergerak perlahan, ia tidak pengeluarkan angin dengan baik, seperti sepatutnya. Masalah ini biasanya disebabkan oleh komponen yang rosak atau pecah. Jika ia tidak boleh dibaiki, anda perlu menggantikan keseluruhan kipas siling tersebut supaya dapat penyejukan ruang anda kembali.

3. Bunyi Bising
Jika anda mendengar bunyi pelik dari kipas siling, jangan abaikan. Bunyi itu mungkin menandakan bahawa bearing atau komponen lain dalam kipas telah haus atau rosak. Terutama jika ia mengeluarkan bunyi yang kuat, ia boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam.

4. Kipas Siling Sangat Lama
Lama kelamaan kipas siling akan rosak dan tidak dapat berfungsi lagi. Jalan terbaik adalah pasang kipas siling yang baru.

5. Jimat Tenaga
Menggantikan kipas lama dengan model yang lebih baru boleh jimatkan banyak elektrik. Kipas siling baru biasanya ada teknologi canggih yang direka untuk kurangkan penggunaan tenaga elektrik. Dari motor yang lebih cekap hingga reka bentuk bilah yang aerodinamik, semua ciri ini berfungsi untuk jimatkan tenaga. Menukar kepada kipas moden bukan sahaja buat anda lebih selesa, tapi juga bantu menjaga alam sekitar dengan menjimatkan sumber tenaga.

6. Selalu Kena Baiki
Kalau baiki kipas siling sekali sekala tak apalah, tetapi jika kerap rosak dan selalu kena baiki boleh jadi lebih mahal daripada harga kipas baru. Jika kipas siling anda sentiasa rosak dan perlu dibaiki, lama kelamaan anda akan belanja lebih banyak. Walaupun pada awalnya anda rasa perlu bayar lebih untuk kipas baru, tetapi dalam jangka masa panjang pasti berbaloi.

 

 

Kontraktor Pasang KIpas Siling

Kontraktor Pasang KIpas Siling

 

 

Jenama Kipas Di Malaysia

 

  • Panasonic
  • KDK
  • Rezo
  • Deka
  • Alpha
  • Midea
  • Elmark
  • Khind
  • Milux
  • Sharp
  • Elba
  • FANZO
  • Ecoluxe
  • Kimviento
  • INOVO
  • Eurowind
  • Alpha Alkova
  • Pensonic

 

Jadualkan Pemasangan Kipas Anda Sekarang

 

Jika kipas siling anda bergerak perlahan, tak berfungsi dengan baik, atau sudah digunakan bertahun-tahun, mungkin tiba masanya untuk pasang kipas siling yang baru. Sama ada disebabkan oleh lusuh atau reka bentuk yang lama, Mr. Electrician boleh bantu anda pilih dan pasang kipas siling baru yang sesuai dengan keperluan dan pilihan anda. Hubungi kami sekarang di 012 – 870 2699.

Related Post