Pasang & Baiki Autogate Di Selangor & KL

Pemasangan Kipas Siling
May 8, 2025
Baiki Elektrik Rumah
Reasons Why You Should Avoid DIY Electrical Repair
May 14, 2025

Pasang & Baiki Autogate Di Selangor & KL

Pasang & Baiki Autogate Di Selangor & KL

May 8, 2025

Pasang & Baiki Autogate Di Selangor & KL

 

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana kami begitu berpengalaman dalam sistem autogate. Semuanya bermula daripada bisnes keluarga sejak tahun 80-an. Sejak zaman sekolah menengah, kami sudah ikut pakcik ke tapak kerja dan belajar sendiri cara memasang serta membaiki autogate. Bermula dengan membantu pada hujung minggu, lama-kelamaan kami mahir dan benar-benar faham cara sistem autogate berfungsi — dari pemasangan hingga penyelenggaraan yang betul.

Kami pakar dalam pemasangan autogate dan servis baiki autogate dengan menawarkan penyelesaian yang dipercayai untuk pastikan autogate anda berfungsi dengan baik. Pasukan kami berpengalaman membaiki pelbagai komponen seperti motor autogate, roller, trek, control panel, bearing, tayar pagar, bateri autogate dan remote control. Sama ada autogate anda tidak berfungsi, berbunyi pelik atau sudah terlalu lama, kami boleh kesan punca dengan cepat dan baiki secara menyeluruh. Dengan servis yang cekap dan teliti, kami pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan selamat dan lancar.

Kami dengan bangganya kerana menyediakan pelbagai jenama autogate seperti Tronica, KRON, DEA, Valet, FBM, Mexigate, Dnor, Telcoma, FAAC, Jackpro, OAE, Ranger, Cougar, Gforce, Mag, Power Gates, Comex, Victor, BSM, Beninca dan banyak lagi. Sama ada anda perlukan sistem autogate baru atau nak baiki autogate sedia ada, kami ada pilihan lengkap jenama dan model autogate yang berkualiti tinggi, termasuk spare parts seperti control panel, transformer, remote control, arm autogate, dan motor autogate untuk pelbagai jenis model.

Jika anda sedang mencari sistem autogate yang berkualiti dan tahan lama, anda berada di tempat yang betul. Kami hanya fokus pada produk yang terbukti kukuh dan boleh dipercayai, bukan sistem murah yang cepat rosak. Semua autogate yang kami tawarkan telah diuji dalam penggunaan sebenar selama bertahun-tahun, jadi anda boleh yakin dengan ketahanannya. Bagi kami, kualiti dan keselamatan jangka panjang jauh lebih penting daripada penjimatan sementara yang mungkin membawa lebih banyak masalah di kemudian hari.

 

 

Autogate Repair

Autogate Repair

 

 

Sistem Sliding Autogate Baru Untuk Rumah Anda

 

Sama ada anda ingin menaik taraf sistem autogate lama atau memasang autogate buat kali pertama, kami menyediakan pelbagai pilihan sistem autogate berkualiti tinggi dari Itali dan juga buatan Malaysia. Kami amat mengesyorkan Tronica Autogate, sebuah jenama yang menggunakan komponen premium dan teknologi canggih. Tronica Autogate menawarkan beberapa pilihan motor sliding mengikut keperluan dan spesifikasi pagar anda. Untuk keperluan rumah biasa dengan pagar bersaiz standard, berat sehingga 800kg, dan tiada pintu kecil (pedestrian gate), model Tronica 328 adalah pilihan terbaik. Ia dilengkapi dengan motor sliding berkualiti dan bateri autogate, membolehkan autogate berfungsi seperti biasa walaupun semasa gangguan elektrik.

Untuk pagar bersaiz sederhana sehingga 1500kg, Tronica 1500 ialah pilihan terbaik untuk kegunaan biasa. Model ini dibina untuk tahan lama dengan menggunakan coil motor tembaga penuh (full copper), gearbox besi solid, dan pinion gear jenis besi. Gabungan komponen berkualiti ini menjadikan motor kuat, tahan lasak dan sangat dipercayai. Jika pagar anda lebih berat, kami cadangkan Tronica 2000, sesuai untuk pagar sehingga 2000kg. Bagi pagar yang lebih besar dan sangat berat, Tronica 3000 pula direka khusus untuk menangani beban sehingga 3000kg dengan lancar dan tanpa masalah.

 

Sistem Autogate Baru Untuk Kilang Anda

 

Untuk kilang atau bangunan komersial yang menggunakan autogate secara kerap — buka tutup berulang kali setiap jam dengan banyak kenderaan keluar masuk — kami mencadangkan Tronica 3000 untuk pagar hingga 3000kg dan Tronica 4000 untuk pagar sehingga 4000kg. Kedua-dua model ini menggunakan bekalan elektrik single-phase, namun ia direka khas untuk tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan heavy-duty.

Jika anda memerlukan motor autogate berkuasa dengan prestasi lebih tinggi, model autogate three-phase seperti Tronica 3000T, 5000T, dan 6000T adalah pilihan terbaik. Model-model ini mampu menampung pagar besar dan berat sehingga 3000kg, 5000kg, dan 6000kg. Ia direka untuk pintu pagar industri yang besar dan tetap memberikan prestasi yang lancar dan boleh dipercayai walaupun di persekitaran kilang yang sibuk dan mencabar.

 

Swing Atau Folding Autogate Baru Untuk Rumah Anda

 

Jika anda ingin menaik taraf sistem autogate sedia ada atau memasang autogate baru, anda berada di tempat yang tepat. Kami dikenali kerana menyediakan sistem autogate berkualiti tinggi, sama ada buatan Malaysia atau diimport dari Itali. Untuk pintu jenis swing atau folding, kami syorkan Tronica 929 arm autogate system yang menggunakan batang skru besi yang kukuh, coupling tahan lasak, dan motor DC berkuasa bagi prestasi yang mantap. Bagi pintu folding yang lebih panjang (20 hingga 36 kaki) atau swing gate yang besar (lebih 18 kaki), Tronica 330 adalah pilihan terbaik — dengan batang skru besar, motor DC berkuasa tinggi, dan coupling bersaiz besar yang direka khusus untuk gate yang lebih berat dan besar.

Kalau anda cari pilihan yang lebih jimat, kami sangat syorkan Tronica 828. Model ni memang berbaloi dan tetap tahan lama sebab guna housing stainless steel, jadi tak berkarat dan sesuai untuk kegunaan jangka panjang dalam apa jua keadaan bersekitaran.

 

 

Autogate Installation

Autogate Installation

 

 

Baiki Roda Autogate

 

Sekiranya autogate folding anda susah nak bergerak lancar, kerap terkeluar dari trek, atau nampak tak stabil, kemungkinan besar masalahnya datang dari autogate roller atau roda autogate. Lama-kelamaan, roda autogate ni akan haus, terutamanya bila terdedah kepada hujan yang boleh menyebabkan bearingnya rosak dan berkarat. Bila bearing rosak, bola keluli dalam bearing tu akan jatuh, yang buatkan roda autogate tak bergerak dengan lancar. Bila roda autogate tak boleh bergerak dengan baik, ia memberi tekanan kepada arm autogate untuk buka atau tutup pagar, yang membuatkan pagar terkeluar dari trek. Dalam kes yang lebih teruk, pagar boleh jatuh. Jangan risau, kalau anda baca ni, anda berada di tempat yang betul. Kami lengkap dengan segala peralatan untuk baiki masalah roda pagar anda.

 

Autogate Rosak Disebabkan Kilat

 

Sambaran kilat boleh menyebabkan kerosakkan serius pada sistem elektronik termasuklah autogate. Apabila kilat menyambar dekat kawasan anda, lonjakan elektrik boleh masuk melalui talian elektrik, kemudian merosakkan motherboard autogate, motor, dan 433mhz remote receiver autogate. Ini boleh menjadi punca pagar autogate rosak, motor autogate tak berfungsi, remote control tak boleh guna, atau autogate buka separuh jalan.

Terdapat banyak kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor, terutamanya disekitar Subang, dimana sering terjejas oleh kilat. Setiap tahun, kami membantu ribuan penduduk Subang membaiki autogate mereka. Jika anda rasa autogate anda rosak akibat kilat atau lonjakan kuasa/ power surge, jangan tunggu lagi — hubungi Mr Electrician di 012-870 2699 untuk bantuan cepat dan boleh dipercayai.

 

Pakar Baiki Autogate Berdekatan Anda

 

Kami adalah juruteknik autogate yang dipercayai, sedia membantu anda dengan cepat untuk semua keperluan autogate anda. Kami membantu membaiki masalah pada pintu pagar automatik. Jika roda autogate terkeluar, remote autogate tak berfungsi, autogate tak boleh buka, motor autogate sangkut-sangkut, autogate ada bunyi tapi tak terbuka, autogate buka separuh, autogate perlu welding atau bateri rosak semasa black out, motor autogate jam, autogate tak buka langsung, sambungan welding autogate patah atau longgar, autogate tutup dan kemudian buka semula dengan sendirinya, autogate tak tutup sepenuhnya, masalah yang berulang, air masuk dalam motor atau kotak pvc autogate, lampu motherboard autogate berkelip kelip atau padam, autogate buka sendiri (hantu bukakan), arm autogate bergerak sangat perlahan, sliding pinion gear haus sudah makan, limit switch tak berfungsi, kami boleh baiki semua itu.

Kami lengkap dengan peralatan dan tester yang diperlukan untuk periksa dan baiki sebarang kerosakan yang mungkin berlaku. Call kami sekarang di 012 – 870 2699 untuk semua urusan autogate dan pendawaian elektrik anda. Kami sedia beri servis yang cepat dan boleh dipercayai!

 

 

Related Post