你想要便宜的电工,但又不放心?
August 22, 2025
Burning Smell from Sockets in Kuchai Lama Condominium
August 23, 2025

Nak Wireman Murah, Tapi Tak Yakin

Nak Wireman Murah, Tapi Tak Yakin

August 22, 2025

Nak Wireman Murah, Tapi Tak Yakin

Baru-baru ini, kami terima panggilan daripada seorang pelanggan di Damansara dimana rumahnya tengah buat renovation dan besarkan dapur. Dia upah pekerja Myanmar untuk buat wiring, tapi tak lama lepas tu dia sedar yang kerja elektrik tu tak selamat. Suis lampu tak berfungsi dengan betul, ada wayar jadi panas dan dia mula risau tentang keselamatan. Masa tu lah dia ambil keputusan untuk panggil wireman profesional untuk periksa dan betulkan balik semua.

Pendawaian elektrik mesti ikut standard yang betul: saiz kabel kena tepat, sistem pembumian (earthing) kena kukuh dan perlindungan keselamatan macam MCB, RCCB dan SPD wajib ada. Kalau wiring dibuat secara cincai masa renovation, masalah kecil boleh jadi bahaya besar dalam sekelip mata.

Masa dia mula call saya, saya dah boleh agak yang ada benda tak kena. Dari cara dia tanya soalan pun dah boleh rasa macam “macam tak betul je orang ni”. Tak jelas apa yang dia nak dan langsung tak yakin pasal wiring rumah dia. Dari situ saya dah agak yang wiring kerja renovation dia mungkin memang tak ikut cara yang betul. Betul pun, lepas tu dia sendiri mengaku yang pekerja Myanmar tu tak tahu sangat pasal kerja wiring ni. Biasalah… kat Malaysia ni ramai orang tak terus terang. Tapi kita boleh tahu bila mereka mula tanya soalan pelik-pelik. Sebab orang yang memang buat kerja wiring takkan tanya soalan macam tu kecuali memang ada benda yang tak kena.

Asyik Tanya Soalan Elektrik Je…

Saya pun teruskan tanya dia balik, nak confirmkan lagi. Dari jawapan-jawapan dia, memang jelas dia tak tahu sangat pasal wiring. Masa tu saya tahu saya kena masuk campur, sebab kalau saya biarkan je, wiring dapur rumah dia tu mungkin akan jadi bahaya untuk keluarga.

Antara soalan yang dia tanya:

  • “Berapa harga grounding satu rod?”
  • “Boleh ke guna 2.5mm untuk wayar bumi?”
  • “Soket dapur boleh loop berapa point satu line?”
  • “Lampu boleh loop berapa point?”
  • “Wireman dah buat kerja rumah saya, boleh tak awak ambil alih?”
  • “Kalau grounding resistance lama lebih 10 ohm, macam 25 ohm, masih selamat tak kalau sambung DB baru ke sana?”
  • “Saya nak wireman guna jenama ABB, tapi jangan ubah harga boleh tak?”
  • “Macam mana nak tahu Myanmar tu buat wiring betul ke tak?”

Tengah saya tulis post ni pun dia call lagi, tanya pasal bacaan earthing resistance. Dia kata wireman dia guna kabel hijau 2.5mm² untuk sambung dari chamber bumi ke DB. Saya terus cakap kat dia, ikut peraturan Malaysia, minimum kena guna 10mm² dan kalau boleh guna 16mm² lagi bagus. 2.5mm²? Memang tak sesuai la.

Saya boleh nampak niat dia nak korek info dari saya, lepas tu paksa si Myanmar tu ikut apa yang saya cakap.

Saya Terus Tolak Job Tu

Saya terus cakap saya tak nak terlibat. Sebab dia dah ada orang yang tengah buat kerja wiring tu. Saya bukan nak jadi consultant percuma untuk dia. Dia nak ambil info dari saya, lepas tu bagi orang lain buat kerja ikut standard saya tapi dia tak nak bayar saya pun.

Kami Wireman Bekerja Sama, Bukan Lawan-Lawan

Tolong jangan tanya kami macam-macam soalan semata-mata nak tekan wireman awak atau korek info untuk bagi arahan kat orang lain. Ini bukan cara yang betul. Untuk makluman, saya dah berkhidmat dengan ribuan pelanggan, dah angkat beribu-ribu panggilan. Dari cara seseorang cakap beberapa saat je, saya dah boleh agak niat dan karakter dia. Terus terang la, senang.

Kalau betul-betul nak bantuan, nak servis profesional atau nak nasihat, saya sedia bantu. Tapi kalau niat cuma nak dapatkan consultation free baik tak payah. Dalam bidang elektrik ni, keselamatan paling utama. Kita perlukan kepercayaan dan komunikasi yang jelas, barulah semua selamat dan lancar.

Masalah Elektrik Biasa Yang Kami Boleh Selesaikan

Kalau ELCB atau MCB rumah anda suka trip, kami boleh cari punca dan baiki supaya rumah anda selamat. Kalau ada alat elektrik atau wayar yang panas sangat sampai main switch terbakar? Jangan risau, kami ada servis pemeriksaan Termografik (Thermographic Inspection) boleh kesan masalah sebelum benda tu terbakar.

Lampu LED tak padam lepas tutup suis? Autogate selalu rosak? Wayar short circuit? Kami boleh kesan dan baiki dengan cepat dan selamat.

Antara masalah lain yang kami boleh bantu:

  • MCB atau ELCB Trip Selalu – Trip secara rawak atau tak menentu.
  • RCCB Tak Trip – Alat keselamatan gagal berfungsi.
  • Wayar atau Alat Panas – Risiko tinggi untuk terbakar.
  • Bau Hangit atau Percikan Api – Petanda wiring overload.
  • Lampu Tak Padam – Lampu LED masih menyala walaupun suis tutup.
  • Voltan Tak Stabil – Lampu berkelip-kelip.
  • Pendek Litar (Short) – Wayar sentuh dan menyebabkan masalah.
  • Sebahagian Rumah Tak Ada Elektrik – Soket atau lampu tak berfungsi.
  • Masalah Wiring Autogate – Pintu pagar tak gerak atau rosak.
  • Suis atau Soket Rosak – Longgar, terbakar, atau tak berfungsi.
  • Masalah Earthing – Rintangan tinggi atau sambungan tak baik.
  • Litar Terlebih Beban (Overload) – Terlalu banyak peralatan dalam satu litar.
  • Kerosakan Akibat Kilat – Alat rosak akibat surge.
  • Wayar Lama atau Rosak – Penebat dah haus, wayar reput, berkarat.
  • Masalah Tersembunyi – Boleh dikesan melalui pemeriksaan termografik.

Kami sedia bantu kesan, periksa, dan baiki masalah elektrik sebelum jadi lebih teruk. Untuk pemeriksaan atau pembaikan, hubungi Wireman Alex hari ini:

012-870 2699

Related Post

March 3, 2026

🏮 家庭幸福团圆、元宵节快乐

🏮 家庭幸福团圆、元宵节快乐 元宵节象征着团圆与圆满,也代表新一年的美好开始。在这个传统节日里,家家户户张灯结彩,共同分享喜悦与祝福。 Tronica Engineering 在此祝大家事业顺利、家庭幸福、财源广进!愿灯火长明,好运常伴。同时,我们也提醒大家关注电力系统的安全与稳定。节日期间用电设备增加,电路负荷上升,如果发现电箱跳闸、电压不稳、电线发热或电器异常等情况,请及时进行检查与维修。小问题若忽视,可能带来更大的安全隐患。 我们提供专业电力系统检测、维修与紧急抢修服务,团队经验丰富,随时准备上门检查与处理问题,确保用电安全无忧。 📞 电话:012-870 2699📲 WhatsApp:https://wa.me/60128702699🌐 www.mrelectrician.com.my感谢大家一直以来的信任与支持!