Masalah Sistem Bumi (Earthing) Punca DB Selalu Trip di Subang Jaya
Semalam, kami terima panggilan daripada seorang pelanggan di Wangsa Baiduri, Subang Jaya. Dia beritahu yang DB rumahnya selalu trip setiap kali hujan lebat dan benda ni dah jadi satu masalah besar untuk dia. Lepas kami dengar cerita dia, nampak macam punca utama datang dari sistem bumi (earthing system) rumah tu. Tapi wireman yang dia guna sekarang tak dapat kesan di mana lokasi earthing pit dan juga tak ada alat yang sesuai untuk jejak dan uji sistem tersebut. Disebabkan itu, pelanggan ni mencari servis elektrik yang betul-betul profesional, yang boleh kesan semula earthing chamber dan ukur bacaan earth resistance dengan tepat. Dia nak pastikan bacaan tu kurang daripada 10 ohm, sebab itu tahap keselamatan yang disyorkan.
Sekiranya nanti bacaan earth resistance tu terlalu tinggi, dia memang nak buat semula sistem bumi yang baru supaya rumah dia lebih selamat dan DB tak trip lagi bila hujan lebat. Jelas dia nak penyelesaian yang betul-betul berkesan dan tahan lama.

Cucunya Kena Renjatan Elektrik dari Peti Sejuk atau Mesin Basuh
Kadang-kadang, bila pelanggan sentuh peti sejuk, mesin basuh atau komputer, dia rasa macam ada renjatan elektrik kecil. Ini tanda jelas ada kebocoran arus elektrik (leakage current) dalam sistem rumah. Biasanya benda ni berlaku bila earthing tak bagus, wayar penebat dah rosak atau komponen dalam Kotak DB macam RCD atau main switch dah lama dan tak berfungsi dengan baik.
Walaupun renjatan tu rasa ringan, jangan pandang mudah, apabila itu berlaku maknanya ada arus elektrik bocor keluar melalui bahagian logam yang sepatutnya selamat disentuh. Kalau dibiarkan, ia boleh jadi bahaya serius. Jadi penting untuk kenalpasti punca sebenar dan baiki cepat sebelum buat apa-apa kerja naik taraf earthing atau pendawaian. Yang buat keadaan ni lagi risau, cucunya baru umur lima tahun. Dia takut sangat budak tu kena renjatan, sebab kanak-kanak memang suka pegang benda logam atau main dekat peralatan elektrik tanpa sedar bahaya. Lagi-lagi cucunya memang suka buka pintu peti sejuk, jadi risiko tu makin tinggi kalau ada arus bocor. Sebab tu penting untuk periksa dan baiki masalah elektrik secepat mungkin, pastikan semua sistem rumah betul-betul selamat dan cukup pembumian (grounding). Keselamatan keluarga, terutamanya kanak-kanak, memang tak boleh dibuat main.
RCD & Main Switch Dah 40 Tahun – Kena Tukar Segera
Kami minta pelanggan tu hantar beberapa gambar kotak DB dan kawasan porch rumahnya, supaya kami tak perlu agak-agak keadaan sebenar DB dan susun atur rumah. Dia beritahu yang dia dah tinggal di rumah tu hampir 40 tahun dan merupakan pemilik asal. Bila kami tengok gambar yang dia hantar, kami perasan dia masih guna RCD jenama Wylex model Neptun 2000 (63A, 100 mA) memang jenis lama. Double main switch/ pole isolator pula jenama F & S. Dari usia dan keadaan alat-alat tu, besar kemungkinan inilah punca DB rumah dia asyik trip bila hujan lebat. Gambar-gambar tu memang sangat membantu sebab kami boleh nampak situasi sebenar dengan lebih jelas. Dari situ, kami boleh rancang langkah seterusnya dengan lebih tepat termasuk jejak earthing chamber dan ukur bacaan earth resistance. Dengan maklumat tu, kami boleh bagi cadangan dan penyelesaian yang betul-betul sesuai supaya sistem elektrik rumah dia kembali selamat dan stabil.
Sebagai langkah pertama, kami syorkan supaya tukar main switch, RCD dan semua MCB jenama ABB yang ada, sebab semua komponen tu dah terlalu lama dan mungkin jadi punca utama DB trip. Tukar alat-alat ni dulu sangat penting supaya sistem elektrik rumah tu betul-betul stabil dan selamat sebelum kami teruskan kerja jejak atau naik taraf sistem bumi. Pada mulanya, pelanggan tu salah faham. Dia ingat kalau pasang copper earth rod baru dan dapat bacaan bawah 10 ohm, DB rumah dia akan terus ok. Tapi hasil pemeriksaan kami, punca utama kemungkinan besar datang daripada RCD, main switch dan MCB lama tu. Jadi, komponen lama ni mesti diganti dulu sebelum kerja sistem bumi boleh beri kesan sebenar.

Pantau Selepas Tukar RCCB, Isolator dan MCB
Lepas main switch dan RCD/ELCB ditukar, pelanggan boleh guna sistem tu macam biasa dulu untuk pantau sama ada DB masih trip bila hujan. Kadang-kadang masalah trip ni bukan datang dari DB semata-mata tapi dari wayar bawah tanah macam wayar autogate, lampu tiang (pillar light), atau wayar kolam ikan. Masalah ni selalu jadi sebab ada tukang wayar yang ambil jalan mudah, guna wayar biasa 1.5mm atau 2.5mm (jenis untuk dalam rumah) untuk sambungan luar rumah. Sebenarnya, untuk pemasangan luar atau bawah tanah, kena guna kabel jenis “armoured” (kabel berperisai) sebab ia tahan air dan cuaca. Bila guna wayar biasa, air hujan boleh masuk dan menyebabkan arus bocor (leakage current) sebab tu DB kerap trip masa hujan.
Berdasarkan pengalaman kami, bila tukang wayar bagi harga guna kabel armoured, ramai pelanggan akan terkejut dengan kosnya. Jadi ramai pilih cara murah guna wayar biasa. Memang jimat masa pasang, tapi lama-lama akan timbul masalah lebih besar, terutama bila wayar tu terdedah pada air atau ditanam dalam tanah. Lembapan boleh meresap masuk ke dalam wayar, menyebabkan kebocoran arus dan DB asyik trip. Kalau dari awal guna kabel yang betul, semua masalah ni boleh dielakkan. Pendek kata, guna kabel armoured lebih selamat dan tahan lama, walaupun kos awalnya tinggi sedikit.
Kalau selepas beberapa hari guna sistem baru dan DB tak trip lagi, itu tanda bagus. Tapi kalau masih trip, langkah seterusnya ialah jejak lokasi earthing pit dan ukur bacaan earth resistance. Kalau bacaan terlalu tinggi atau lubang bumi dah tak boleh dikesan, kena pasang sistem bumi baru dengan tanam rod bumi (earth rod) baru ke dalam tanah dan sambung balik ke kotak DB guna wayar bumi bersaiz 10mm atau 16mm. Ada kalanya, walaupun dah pasang 10 batang rod bumi atau lebih, bacaan tetap susah nak capai bawah 10 ohm. Ini sebab keadaan tanah, tahap kelembapan dan kadang-kadang, nasib juga main peranan.
Biasanya kami caj antara RM3,000 hingga RM4,000 untuk pemasangan lengkap 10 batang rod bumi jenama Taipoly, siap dengan klip dan aksesori berkualiti tinggi. Untuk kabel bumi, kami guna Mega Kabel saiz 10mm atau 16mm supaya tahan lasak dan bagi prestasi yang baik. Kos akhir bergantung pada jarak antara lubang bumi dengan Kotak DB kalau jauh, kos akan meningkat sebab lebih banyak bahan dan tenaga kerja diperlukan.
Servis Pemeriksaan & Penggantian RCCB, MCB & Sistem Bumi (Earthing System)
Sekiranya rumah anda ada masalah elektrik atau nak tukar DB box serta pasang sistem bumi (earthing system) yang betul, anda boleh terus hubungi Alex di 012-870 2699. Kami menyediakan servis pemeriksaan dan penggantian RCCB, MCB serta sistem bumi dengan cara yang selamat dan profesional. Antara masalah yang kami selalu bantu selesaikan termasuk DB yang asyik trip, RCCB yang gagal trip atau trip tanpa sebab, bekalan elektrik tiba-tiba terputus, serta wayar alarm atau autogate yang rosak. Kami juga baiki masalah seperti aircond atau pemanas air yang tak berfungsi, soket yang longgar atau tak ada kuasa, serta alat elektrik yang menyebabkan DB trip bila dicucuk.
Selain itu, kami baiki juga MCB atau main switch yang tak boleh hidup, lampu berkelip atau jadi malap, suis panas atau keluar percikan api, kipas siling yang berhenti tiba-tiba, voltan tak stabil, DB trip waktu hujan, dan gangguan elektrik satu rumah. Pendek kata, apa sahaja masalah elektrik di rumah anda kecil atau besar, kami boleh bantu periksa dan baiki dengan cepat serta selamat. Untuk servis yang boleh dipercayai dan tahan lama, hubungi Alex di 012-870 2699 hari ini.




