Masalah Elektrik Rumah Kejap Ada, Kejap Tak Ada di Taman Tasik Puchong

House Power Keeps Going On and Off in Taman Tasik Puchong
October 8, 2025
Taman Tasik Puchong花园住宅电源时断时续
October 8, 2025

Masalah Elektrik Rumah Kejap Ada, Kejap Tak Ada di Taman Tasik Puchong

Masalah Elektrik Rumah Kejap Ada, Kejap Tak Ada di Taman Tasik Puchong

October 8, 2025

Elektrik Rumah Kejap Ada, Kejap Tak Ada di Taman Tasik Puchong

Semalam kami dapat panggilan dari seorang pelanggan di Taman Tasik Puchong Prima yang tengah hadapi masalah betul-betul menyakitkan hati. Katanya, elektrik rumah dia kejap ada, kejap tak ada sepanjang hari. Kadang tengah tengok TV, tiba-tiba blackout. Lepas tu menyala balik. Dia pula kerja dari rumah, jadi setiap kali elektrik terputus, komputer terus mati dan meeting Zoom pun disconnect. Bayangkan nak fokus kerja pun susah bila lampu asyik berkelip dan Wi-Fi kena reset je.

Katanya lagi, masalah ni dah mula dari minggu lepas, tapi baru-baru ni dia dah mula terbau macam benda terbakar. Masa tu baru dia decide nak panggil kami datang tengok apa sebenarnya yang jadi sebab reset suis pun dah tak boleh guna. Bila dia cerita semua tu, saya dah boleh agak masalahnya mungkin datang dari kabel utama TNB yang masuk ke rumah. Berdasarkan pengalaman, bila elektrik asyik on off macam ni, selalunya wayar neutral longgar atau sambungan wayar hidup (live wire) tak stabil. Bila sambungan kat point utama tu longgar, voltan akan naik turun dan kadang terus hilang. Itu yang buat lampu, komputer dan peralatan elektrik lain hidup-mati sendiri tanpa sebab yang jelas.

TNB Tukar Fius dan Kabel Lepas Kegagalan Elektrik di Rumah Pelanggan

Saya nasihatkan pelanggan tu supaya terus hubungi TNB dan buat laporan, sebab dari cara masalah tu berlaku, nampak jelas ia datang dari bekalan utama TNB, bukan dari dalam rumah. Tak lama lepas tu, TNB beritahu yang technician mereka akan datang dalam beberapa jam.

Tapi lebih kurang sejam kemudian, pelanggan tu call balik dan cakap meter TNB dah langsung tak tunjuk bacaan. Maksudnya, bekalan elektrik memang dah terputus sepenuhnya satu rumah terus tak ada elektrik.

Dalam pukul 6 petang, pelanggan tu WhatsApp saya semula dan beritahu yang technician TNB dah datang dan dah tukar fiuz (cut-out fuse) serta kabel masuk ke rumah. Lepas kerja tu siap, elektrik terus kembali normal.

Technician TNB tu pun sempat pesan, kalau fius TNB boleh terbakar, mesti ada sebab. Jadi dia nasihatkan pelanggan tu supaya panggil juruelektrik untuk periksa pendawaian dalam rumah. Mungkin ada masalah dalaman yang menyebabkan beban berlebihan atau arus bocor. Disebabkan dia memang risau pasal keselamatan, pelanggan tu tetap nak kami datang buat pemeriksaan penuh. Dia nak pastikan semua wiring dalam rumah masih selamat dan tak ada kesan dari masalah sebelum ni. Dia juga takut kalau ada kerosakan tersembunyi yang boleh sebabkan masalah sama berulang atau lebih teruk jadi punca kebakaran.

Ikut nasihat TNB, pelanggan tu terus buat temujanji dengan kami untuk pemeriksaan penuh keesokan harinya.

Pelanggan Minta Kami Buat Pemeriksaan Masalah Elektrik di Rumah

Keesokan harinya, lebih kurang pukul 1 tengah hari, kami sampai di rumah pelanggan tu dan terus mula buat pemeriksaan. Kami buka kotak DB (distribution board) untuk tengok keadaan pendawaian didalam nak pastikan tak ada kesan wayar terbakar atau sambungan longgar. Sebab sebelum ni fiuz TNB dah terbakar, kami memang nak pastikan sama ada wiring dalam rumah ada rosak atau tak dan kalau ada bahagian yang lemah, boleh kami kesan sebelum jadi masalah semula.

Bila kami pusing satu rumah, kami perasan ruang dapur dah banyak diubahsuai dan dibesarkan. Bahagian bilik kerja, ruang dobi, ruang tamu dan ruang makan pun dah ada banyak plug dan suis tambahan nampak memang banyak peralatan baru dipasang. Tapi bila kami tengok dalam DB box, hanya ada 19 MCB saja. Terus kami rasa pelik. Dari situ kami dah boleh agak mungkin tukang wireman lama ada buat kerja shortcut masa renovation dulu.

Bila kami semak betul-betul dalam DB box tu, kami nampak bilangan wayar bumi (earth wire) dan wayar neutral tak seimbang. Sepatutnya dua-dua kena sepadan. Tapi bila tak sama, arus elektrik boleh jadi tak stabil, voltan naik turun dan boleh sebabkan suis trip, fiuz terbakar atau wayar panas melampau. Kalau tak diperbetulkan, benda ni memang boleh jadi bahaya dalam jangka masa panjang.

Bunyi Berdengung Kuat & Masalah RCCB dan Suis Utama Terlalu Panas

Bila kami buka Kotak DB rumah pelanggan tu, terus dengar bunyi berdengung kuat datang dari suis utama dan RCCB. Bila kami sentuh, permukaannya panas gila sampai tak boleh pegang langsung. Dari situ kami dah tahu memang ada sesuatu yang tak kena.

Kami ambil alat pengesan suhu (thermographic meter) untuk pastikan dan memang betul suhu suis utama dan RCCB terlalu tinggi, jauh dari tahap normal. Untuk uji lebih lanjut, kami hidupkan semua peralatan elektrik dalam rumah termasuk aircond, water heater, oven, microwave, lampu dan TV dan biarkan berjalan lebih kurang 15 minit.

Tak lama lepas tu, kami nampak wayar dalam DB box makin panas dan RCCB serta suis utama jadi semakin panas sampai langsung tak boleh sentuh. Masa tu kami dah tahu, masalah ni memang serius dan kena betulkan segera sebelum rosakkan peralatan lain atau jadi punca kebakaran. Beberapa MCB pun mula panas dengan cepat, menandakan masalah bukan dari bekalan TNB saja, tapi juga dari pendawaian dalam rumah dan pengagihan beban yang tak seimbang.

Lepas tu, kami guna alat ELCB socket tester untuk periksa semua soket dalam rumah. Hasilnya, ada beberapa soket tak ada sambungan bumi (earth) dan ada juga yang tersilap sambungan antara wayar hidup (live) dan neutral. Kesilapan macam ni sangat bahaya sebab boleh sebabkan kejutan elektrik atau rosakkan peralatan elektrik. Ini jugalah punca utama kenapa RCCB dan suis utama berdengung serta terlalu panas sebab wiring dalam rumah tak seimbang dan tak disambung dengan betul.

Kami juga jumpa beberapa soket yang langsung tak berfungsi, jadi kami terus baiki dan sambung semula dengan betul supaya semua plug point boleh berfungsi dengan selamat. Akhir sekali, kami pastikan semua soket beroperasi dengan betul dan sistem elektrik rumah kembali stabil serta selamat digunakan.

Penyelesaian: Tukar Suis Utama dan RCCB Baru

Lepas kami siap periksa semua bahagian, kami beritahu pelanggan yang lebih baik tukar semua MCB, RCCB dan suis utama sekali supaya sistem elektrik betul-betul selamat. Sebab MCB yang dia guna sekarang dah lama dan bercampur-campur jenama, jadi tahap keselamatan pun tak seimbang.

Tapi pelanggan tu cakap dia nak tukar RCCB dan suis utama dulu saja buat masa ni. Jadi kami ikut je permintaan dia.

Bila kami dah ganti kedua-dua komponen tu, terus nampak perubahan bunyi berdengung kuat yang sebelum ni hilang terus, DB box pun dah senyap dan suhu turun ke tahap normal. Sekarang suis utama dan RCCB cuma suam-suam je, boleh pegang dengan tangan tanpa rasa panas. Rumah pun dah stabil semula, tak ada lagi bunyi pelik atau overheating.

Lampu Berkelip? Suis DB Asyik Trip? Hubungi Pakar Elektrik KL & Selangor Sekarang!

Jangan abaikan masalah elektrik di rumah anda! Kalau anda perasan lampu asyik berkelip, aircond tak hidup, soket tak berfungsi, suis utama tak boleh on, atau RCCB trip sendiri tanpa sebab, itu semua tanda ada masalah elektrik tersembunyi yang perlu diperiksa segera sebelum jadi lebih teruk. Kadang-kadang nampak macam masalah kecil, tapi kalau dibiarkan, boleh sebabkan kebakaran atau kerosakan besar pada peralatan elektrik.

Hubungi Alex di 012-870 2699 untuk servis pemeriksaan dan pembaikan elektrik profesional di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam troubleshooting elektrik, kami boleh kesan punca sebenar masalah dengan cepat dan pastikan sistem elektrik rumah anda kembali selamat, stabil dan berfungsi dengan baik.

Kami berpengalaman menangani pelbagai jenis masalah elektrik seperti MCB atau RCCB selalu trip, RCCB tak trip bila patut, elektrik tiba-tiba terputus, sistem alarm berbunyi sendiri, peralatan elektrik tak hidup, aircond atau water heater rosak, soket mati atau terbakar, DB box tak boleh hidup, lampu berkelip, suis panas atau berasap, kipas siling berhenti tiba-tiba, voltan tak stabil, trip masa hujan lebat, dan juga blackout bila guna peralatan tertentu.

Untuk servis pemeriksaan dan troubleshooting elektrik yang pantas, selamat dan boleh dipercayai, jangan tunggu sampai masalah jadi lebih serius. Call atau WhatsApp Alex di 012-870 2699 sekarang untuk tempah pemeriksaan rumah anda hari ini!

Related Post

October 8, 2025

Taman Tasik Puchong花园住宅电源时断时续

昨天,我们接到一位来自蒲种塔西花园(Taman Tasik Puchong)屋主的电话,他遇到了非常烦恼的情况:家里的电源整天开开关关,一下有电、一下没电。屋主在家办公,每次断电,电脑就自动关机,Zoom 会议也被中断。