Rupanya Bukan MCB Tapi Wiring Short!
Minggu lepas, kami dari Mr Electrician terima satu panggilan dari pelanggan di Kelana Jaya. Masalah nampak biasa – aircond tak boleh hidup. Tapi bila kami dengar betul-betul cerita dia, rupanya masalah ni dah ganggu satu keluarga kecil selama beberapa hari. Anak umur 4 tahun langsung tak boleh tidur malam sebab panas, sampai pagi esok tak dapat pergi sekolah. Memang kesian.
Sebelum itu pelanggan dah panggil seorang wireman lain untuk tengok masalah tu. Wireman tu cakap MCB rosak dan terus tukar dengan yang baru. Tapi lepas tukar MCB, masalah jadi balik, bukan je aircond masih tak boleh guna, water heater pun terus tak boleh ON langsung, mesti satu rumah trip. Rumah makin banyak masalah elektrik. Tiga hari mereka tunggu dengan harapan semua akan okey, tapi makin stress dibuatnya.
Kami Datang, Kami Siasat – Rupanya Bukan Salah MCB !
Bila pelanggan hubungi kami, kami terus ke lokasi dan mula troubleshooting satu-satu. Kami tak terus tukar apa-apa sebab kami percaya setiap masalah elektrik kena cari punca sebenar dulu, bukan main agak-agak.
Lepas kami buat pemeriksaan, kami dapati masalah sebenar bukan dari MCB langsung. Tapi rupa-rupanya ada short antara wayar live dan sistem earthing rumah tu. Bila wayar live (wayar yang ada arus elektrik) bersambung terus dengan earth, ia akan buat sistem elektrik trip setiap kali ada beban macam aircond atau water heater cuba nak hidup. Ini sangat bahaya — boleh sebabkan kerosakan alat elektrik dan juga bahaya renjatan elektrik.
Apa Maksud “Earthing Short dengan Live”?
Dalam sistem elektrik rumah, wayar ‘live’ bawa arus elektrik masuk, manakala ‘earth’ ialah laluan keselamatan kalau ada arus bocor. Tapi bila dua-dua ni tersambung atau bersentuhan secara langsung (biasanya disebabkan wayar rosak atau sambungan lama dah longgar), itu dipanggil “earthing short dengan live”. Arus akan cari jalan mudah ke bumi dan itu akan buat MCB sentiasa trip. Jadi bukan salah MCB, tapi sistem keselamatan yang aktif sebab ada masalah besar di belakang.
Penyelesaian Kami – Buat Semula Sistem Earthing Yang Betul dan Selamat
Kami terus buat kerja baik pulih semula sistem earthing rumah tu. Kami pastikan sambungan dibuat ikut cara yang betul dan selamat. Kami guna kaedah profesional untuk pastikan sistem bumi kembali stabil dan tak ada lagi sambungan yang tak sepatutnya antara live dengan earth. Setiap kerja yang kami buat, kami akan pastikan bacaan earthing tak lebih daripada 10 ohm – ini standard yang kami pegang untuk pastikan sistem elektrik selamat dan berfungsi dengan baik.
Lepas kerja siap, kami test semula semua peralatan — aircond boleh hidup tanpa trip, water heater pun berfungsi macam biasa. Paling penting, anak kecil tu dah boleh tidur lena malam-malam dan tak perlu ponteng sekolah lagi.

Pengajaran Daripada Kes Ini
Kalau rumah anda alami masalah elektrik, contohnya aircond trip, suis selalu jatuh, atau peralatan tak boleh ON — jangan terus anggap salah MCB atau tukar barang secara rawak. Kadang-kadang punca sebenar lebih dalam, macam kes ni – earthing short dengan live. Panggil profesional yang betul-betul tahu troubleshooting, bukan yang main tukar je.
Kalau anda perlukan bantuan atau nak buat pemeriksaan sistem elektrik rumah, kami di Mr Electrician sedia bantu. Keselamatan rumah dan keluarga anda adalah keutamaan kami.
Hubungi Mr Electrician Hari Ini
Jika anda sedang menghadapi masalah elektrik atau merancang untuk naik taraf sistem anda, hubungi kami terlebih dahulu. Hubungi 012-870 2699 atau boleh WhatsApp juga www.wasap.my/60128702699
Biarkan pasukan juruelektrik profesional kami di Klang Valley membantu anda membaiki, menaik taraf, dan melindungi sistem elektrik anda—secara cekap dan boleh dipercayai.