Tukar Kotak DB Lama di TTDI KL: Lindungi Rumah Anda dari Risiko Kebakaran
Bila kali terakhir anda periksa Kotak DB (kotak agihan elektrik) rumah anda? Kalau anda tinggal di kawasan TTDI, Kuala Lumpur dan rumah dibina sejak berpuluh tahun lalu, besar kemungkinan DB box tu dah terlalu lama dan tak lagi sesuai untuk keperluan elektrik masa sekarang.
Ramai pemilik rumah tak sedar bahawa Kotak DB lama boleh jadi punca risiko kebakaran, terutamanya bila sistem elektrik dah tak mampu tanggung beban peralatan moden.
DB Box Lama – Bahaya Yang Ramai Tak Nampak
Tahukah anda, banyak kes kebakaran rumah di Malaysia berpunca daripada Kotak DB yang dah lama dan terlebih beban?Rumah-rumah lama di kawasan macam TTDI biasanya dibina sekitar tahun 60-an atau 70-an. Kebanyakan masih guna MCB dan ELCB lama, serta kotak plastik yang dah tak ikut piawaian keselamatan sekarang. Lagi teruk, MCB lama kadang-kadang gagal ‘trip’ bila berlaku overload, menyebabkan arus berbahaya terus mengalir tanpa henti.
Dalam rumah lama, biasanya ada satu soket je dalam satu bilik. Jadi ramai guna extension plug atau adapter “octopus” untuk sambung banyak peralatan sekaligus kadang-kadang sampai 10 peranti guna satu soket! Bila overload macam ni, wayar boleh panas, cair, dan paling bahaya boleh jadi punca kebakaran.
Tukar DB box baru boleh bantu agih tenaga dengan lebih selamat dan elakkan risiko litar pintas atau kebakaran.

Apa Itu Kotak DB dan Kenapa Penting?
Kotak DB ni tempat utama agihan elektrik dalam rumah. Dalamnya ada komponen penting yang kawal keselamatan sistem elektrik rumah anda, antaranya:
MCB (Miniature Circuit Breaker)
- Fungsi: Trip secara automatik bila berlaku overload atau short circuit.
- Kami guna: C6 untuk lampu/kipas, C16 untuk soket elektrik.
RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
- Fungsi: Ganti ELCB lama. Trip bila ada kebocoran arus yang boleh sebabkan renjatan atau kebakaran.
- Kami guna: 40A 30mA untuk soket, 40A 100mA untuk lampu/kipas.
Main Switch (63A Double Pole Isolator)
- Fungsi: Tutup keseluruhan sistem elektrik secara manual bila perlu buat servis atau dalam kecemasan.
Busbar (Biasanya Tembaga)
- Fungsi: Salurkan kuasa dari main switch ke setiap MCB dengan lebih efisien.
SPD (Surge Protection Device)
- Fungsi: Lindungi sistem elektrik daripada lonjakan voltan, contohnya masa kilat atau gangguan bekalan elektrik.
- Nota: Perlu dipasang bersama sistem grounding yang betul.
Enclosure (Kotak DB jenis Metal Clad)
- Fungsi: Lindungi semua komponen dalaman daripada habuk, lembap, dan panas.
- Cadangan: Kami guna DB box jenis logam (metal clad) sebab lebih tahan panas dan selamat.
Kami Hanya Guna Jenama Terbaik
Kami hanya pasang jenama berkualiti dan dipercayai seperti EPS, Maxguard, Hager, ABB, dan beberapa lagi yang ikut standard keselamatan Malaysia.
Dengan pemasangan yang betul dan penyelenggaraan yang baik, komponen macam ni boleh tahan sehingga 20 tahun atau lebih.
Di Mr Electrical, Kami Utamakan Keselamatan
Kami tak buat kerja cincai dan tak campur komponen murah semata-mata nak jimat kos. Kami tolak projek yang paksa kami kompromi dari segi kualiti.
Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami takkan ambil risiko dengan DB box yang ‘rojak’ atau komponen tak serasi.
Rumah Moden Perlu Kotak DB Moden – Rumah Anda Dah Sedia Ke?
Sekarang ni, setiap rumah guna lebih banyak tenaga elektrik berbanding dulu. Di kawasan macam TTDI, Kuala Lumpur, ramai yang masih tinggal di rumah-rumah lama yang dibina berpuluh tahun lalu dan ramai masih guna DB box (kotak agihan elektrik) asal, yang sebenarnya dah tak mampu tampung penggunaan elektrik zaman sekarang.
Kalau dulu satu keluarga kongsi satu bilik, sekarang setiap orang ada bilik sendiri siap dengan aircond, laptop, telefon, TV pintar, dan pelbagai alat elektrik lain. Kalau sistem elektrik rumah tak pernah dinaik taraf, DB box lama anda mungkin dah terlalu terbeban.
Sejak PKP, kerja dari rumah dah jadi kebiasaan. Dalam satu rumah di TTDI, setiap ahli keluarga mungkin duduk di bilik masing-masing semua guna komputer, aircond, printer, dan banyak lagi peranti serentak. Beban ni sangat berat untuk sistem elektrik lama.
Kalau DB box tak dinaik taraf, anda akan mula alami masalah seperti:
- Trip elektrik berulang kali
- Wayar cepat panas atau cair
- Risiko kebakaran sebab beban berlebihan
Ramai cuba “selesaikan” masalah dengan guna extension plug atau adapter banyak cabang sampai 10 peranti guna satu soket. Tapi sebenarnya ini sangat bahaya. Soket boleh jadi panas, plug boleh cair, dan paling serius, boleh jadi punca kebakaran.
Lagi-lagi bila rumah ada banyak peralatan moden macam air fryer, oven, autogate, penapis air, mesin basuh besar, pengecas dan lain-lain. Semua ni tambah tekanan pada DB box lama yang memang dah tak cukup kapasiti.
Masalah Biasa Kotak DB di Rumah-Rumah TTDI
Kami dah bantu ramai pemilik rumah di TTDI dan seluruh Lembah Klang selesaikan masalah elektrik disebabkan Kotak DB lama atau pemasangan tak ikut standard.
Kalau anda perasan mana-mana tanda di bawah ni, mungkin dah sampai masa untuk tukar DB box baru:
12 Tanda DB Box Rumah Anda Perlu Dinaik Taraf
- Rumah dah lebih 20 tahun
Sistem lama tak mampu tampung peralatan moden.
- Elektrik kerap trip masa hujan/petir
Mungkin tak ada perlindungan surge atau sistem grounding yang betul.
- Buka aircond, terus trip
Breaker dah lemah atau litar dah terlebih beban.
- Mesin basuh buat satu rumah blackout
DB box lama tak tahan beban tinggi.
- Alat dapur macam oven, hood, blender buat DB trip
Ini tanda sistem tak mampu tampung beban.
- Guna vacuum, terus power off
Arus tinggi tiba-tiba boleh buat breaker gagal.
- Semakin banyak peranti dalam rumah
TV, pengecas, router, semua guna elektrik beban makin bertambah.
- Wayar dalam DB box berselerak
Susah nak kesan masalah, risiko kebakaran meningkat.
- Tiada label atau susunan litar yang betul
Bahaya bila nak buat servis atau penyelenggaraan.
- Tiada ELCB / RCCB
Tingkatkan risiko renjatan elektrik, terutama di tempat basah.
- Beberapa wayar sambung pada satu MCB
Cara ni sangat tak selamat boleh sebabkan wayar panas atau terbakar.
- Bau hangit atau DB box panas
Ini tanda serius perlu periksa segera sebelum jadi lebih teruk.
Kenapa Anda Patut Tukar Kotak DB di TTDI?
Naik taraf Kotak DB di TTDI bukan sekadar nak elak power trip. Ia sebenarnya langkah penting untuk lindungi rumah, keluarga dan semua peralatan elektrik anda.
Kotak DB baru datang dengan ciri keselamatan moden seperti:
- RCCB (pengganti ELCB lama)
- Surge Protection Device (SPD)
- Enclosure jenis logam tahan panas dan api
- MCB kapasiti tinggi untuk beban moden
Kami hanya guna jenama berkualiti seperti EPS, Hager, ABB, Maxguard tak campur komponen murah atau barang cap ayam. Bila dipasang dengan betul, sistem ni boleh tahan 20 tahun atau lebih.
Servis Elektrik di TTDI – Bukan Sekadar Tukar Kotak DB
Selain naik taraf DB box, kami juga tawarkan servis elektrik lengkap di TTDI dan kawasan sekitar:
- Pemeriksaan dan penyelesaian masalah elektrik
- Sistem grounding & earthing
- Perlindungan kilat dan lonjakan voltan
- Pendawaian autogate & kawasan luar rumah
- Pendawaian semula rumah (separa atau penuh)
- Ujian penebat wayar (Megger test)
- Pemeriksaan pendawaian untuk ubah suai atau beli rumah baru
Nak Tukar DB Box? Hubungi Kami Hari Ini
Kalau DB box rumah anda dah mula tunjuk tanda-tanda bermasalah, jangan tunggu sampai berlaku kebakaran atau kerosakan. Dapatkan pemeriksaan profesional dan upgrade dari pakar.
Hubungi Alex di 012-870 2699 untuk nasihat, pemeriksaan tapak, dan kerja-kerja elektrik yang selamat & boleh dipercayai di kawasan TTDI, Kuala Lumpur.




