DB Box Upgrade Shah Alam
June 24, 2025
安装高品质耐用的配电箱
June 24, 2025

Tukar Kotak DB Shah Alam

Tukar Kotak DB Shah Alam

June 24, 2025

Pentingnya Tukar Kotak Agihan Anda Sebelum Mendatangkan Masalah

Tahukah anda bahawa banyak kebakaran rumah di Malaysia berpunca daripada kotak agihan elektrik yang lama dan terlebih beban? Di kawasan seperti Shah Alam, banyak rumah dibina pada tahun 1960-an dan 1970-an dan sekarang kita dah masuk tahun 2025. Mengejutkan, masih banyak rumah yang guna DB box asal yang dipasang sejak rumah dibina dulu. Cuba bayangkan betapa lama dan usangnya kotak agihan tersebut tersebut! Kebanyakan DB lama guna kotak plastik dan teknologi lama macam MCB dan ELCB yang dah ketinggalan zaman. Ada MCB yang langsung tak ‘trip’ bila arus terlalu kuat, jadi arus bahaya terus mengalir tanpa henti. Ini boleh jadi punca kebakaran tanpa kita sedar.

Banyak rumah juga hanya ada satu soket elektrik dalam satu bilik. Sebab tak cukup soket, ramai guna sambungan extension dengan 5 gang soket, yang mana boleh sambung sehingga 10 peranti eletrik/ elektronik sekali gus. Cara ini sangat berisiko sebab boleh menyebabkan soket terlalu panas, wayar atau palam meleleh dan dalam keadaan terburuk boleh menyebabkan kebakaran elektrik.

Bayangkan kalau kebakaran berlaku waktu malam semasa anda dan keluarga sedang lena tidur. Bila sedar, mungkin dah terlambat untuk selamatkan rumah dan nyawa. Jadi, menukar DB box lama bukan sekadar ikut piawaian elektrik terkini, tetapi lebih penting, ia langkah untuk lindungi keluarga anda pada waktu mereka paling lemah.

Apa Sebenarnya Fungsi Kotak Agihan Elektrik (DB Box) di Rumah?

Kotak DB, atau nama penuhnya Distribution Box (Kotak Agihan), adalah “pusat kawalan elektrik” untuk rumah anda. Semua bekalan kuasa yang masuk akan diagihkan melalui kotak ni ke setiap bahagian rumah seperti bilik, dapur, ruang tamu, dan lain-lain. Dalam kotak ni ada beberapa alat penting seperti Suis Utama, MCB, RCCB dan Surge Protection Device (SPD). Semua ni berfungsi untuk lindungi rumah dari kejutan elektrik, litar pintas, dan masalah beban lebih.

Untuk pemasangan yang tahan lama dan lebih selamat, kami selalunya guna kotak jenis logam (orang sini panggil metal clad). Kenapa logam? Sebab ia lebih tahan panas dan tak mudah terbakar berbanding kotak plastik. Dari segi jenama pula, kami memang cadangkan guna jenama dipercayai seperti EPS, Maxguard dan Hager dimana semuanya terbukti berkualiti, ikut standard keselamatan, dan boleh tahan bertahun-tahun tanpa masalah.

Komponen Penting Dalam Kotak DB Rumah Anda

  1. MCB (Miniature Circuit Breaker)
    Untuk lampu dan kipas, kami guna MCB jenis C6, manakala untuk soket elektrik kami guna C16.
    Apa fungsinya?
    MCB akan ‘trip’ (putuskan bekalan) secara automatik kalau ada litar pintas atau arus terlebih. Ini penting untuk elak kebakaran atau kerosakan peralatan.
  1. RCCB (Residual Current Circuit Breaker) / ELCB
    Ramai orang masih sebut ELCB, tapi versi moden yang betul sebenarnya RCCB. Ia lebih tepat dan selamat.
    Kami biasanya guna RCCB 40A 30mA untuk soket, dan 40A 100mA untuk lampu serta kipas.
    Fungsi:
    Kesan arus bocor – contohnya bila ada kebocoran, RCCB akan putuskan bekalan dengan serta-merta.
  1. Suis Utama (Main Switch)
    Kami pasang suis isolator 63A double pole sebagai suis utama.
    Apa guna dia?
    Untuk matikan semua bekalan dari kotak DB bila ada kerja baik pulih atau dalam kes kecemasan.
  1. Busbar
    Fungsi:
    Salurkan tenaga dari suis utama ke setiap MCB dalam kotak DB.
    Material:
    Selalunya guna tembaga sebab ia tahan lama dan sangat bagus dalam pengaliran elektrik.
  1. Surge Protection Device (SPD)
    SPD ni kami pasang bersama sistem pembumian (earthing).
    Kenapa penting?
    Ia lindungi rumah dari kejutan elektrik akibat kilat atau voltan mendadak. Jadi, barang elektrik anda macam TV, peti sejuk dan komputer tak mudah rosak.
  1. Enclosure (Kotak DB Plastik atau Metal Clad)
    Apa fungsinya?
    Sebagai pelindung untuk semua komponen dalam DB. Elak habuk, air, dan sentuhan terus dimana untuk keselamatan pengguna rumah.
    Material:
    Kami guna logam untuk tahan lama dan tahan panas, atau plastik berkualiti tinggi yang sesuai untuk penebat elektrik.

Dalam satu kotak DB, biasanya memang akan ada campuran komponen dari pelbagai jenama dan itu biasa. Kami sendiri selalunya guna jenama macam EPS, Maxguard, ABB atau Hager, bergantung pada bajet pelanggan. Tapi kalau bajet terlalu rendah sampai kena pakai barang murah, kami mohon maaf, kami takkan ambil projek tu. Sebab bagi kami, keselamatan dan kualiti tak boleh dikompromi.

Bila anda guna MCB dan RCCB yang original dan memang berkualiti, ia bukan saja tahan lama, tapi boleh berfungsi dengan baik sampai 15–20 tahun tanpa masalah besar.

Yang kami paling tak galakkan campur semua jenama murah tak tentu hala dalam satu kotak DB. Nampak macam jimat, tapi sebenarnya dah jadi “rojak elektrik”. Bahaya dia bukan main-main, boleh sebabkan litar pintas, alat tak berfungsi, atau paling teruk, kebakaran.

Kotak DB Lama Tak Lagi Cukup Untuk Gaya Hidup Sekarang

Zaman dulu, anak-anak kecil tidur sekali dengan mak ayah. Tapi sekarang, masing-masing dah besar, ada bilik sendiri lengkap dengan aircond, komputer, TV, tablet, telefon pintar, printer, dan macam-macam lagi. Bila semua ni digunakan serentak dalam rumah, beban elektrik pun makin bertambah. Tapi malangnya, ramai masih guna kotak DB lama yang tak direka untuk tampung keperluan moden. Bila dah terlalu banyak beban, risiko untuk MCB trip, wayar panas, atau lebih teruk kebakaran, makin tinggi.

Lepas zaman PKP, ramai dah terbiasa kerja dari rumah, suami, isteri, anak-anak, semua guna bilik sendiri dengan peralatan masing-masing. Cuba bayangkan bila empat orang dalam rumah guna aircond, laptop dan gajet lain serentak. Kalau DB box rumah tu masih yang lama sejak beli rumah dulu, memang dah tak cukup kapasiti. Beban makin berat, tapi sistem masih sama.

Selalunya, semua peralatan ni disambung guna extension plug, dan satu soket je kena tampung semua. Ini sangat berbahaya boleh buat soket terlalu panas, cepat trip, atau jadi punca api kalau sistem DB tak selamat. Tambah pula, sekarang rumah moden ada autogate, air fryer, penapis air, mesin basuh besar, oven, dan pelbagai alat elektrik lain. Semua ni guna tenaga tinggi dan bila semua dipakai serentak, kotak DB lama memang takkan mampu nak tanggung.

Kotak DB Lama Banyak Masalah? Jangan Tunggu Sampai Terbakar!

Ramai tuan rumah kat Shah Alam dan kawasan sekitar yang kami dah bantu semuanya alami masalah lebih kurang sama: kotak DB lama, penuh, atau dah tak mampu tampung beban elektrik sekarang. Bila rumah dah berpuluh tahun dan dalam masa sama kita guna lebih banyak barang elektrik, tak hairanlah kalau mula jadi isu.

Antara masalah biasa yang kami jumpa termasuklah MCB asyik trip, wayar dalam DB dah longgar atau rosak, dan yang paling bahaya risiko litar pintas atau kebakaran. Jadi kalau DB box rumah anda dah lama tak diperiksa atau dinaik taraf, elok mula ambil serius sekarang sebelum sesuatu yang tak diingini berlaku.

12 Petanda Kotak DB Rumah Anda Dah Lama & Perlu Tukar Baru

  1. Rumah Dah Lebih 20 Tahun
    Kalau rumah dah berusia, besar kemungkinan kotak DB pun masih versi lama dan tak sesuai untuk tampung barang elektrik moden yang makin banyak digunakan sekarang.
  1. Elektrik Asyik Trip Bila Hujan atau Kilat
    Mungkin tak ada RCCB atau SPD dalam kotak DB. Bila tak cukup perlindungan, senang sangat nak trip masa cuaca buruk.
  1. Buka Aircond Je Terus Trip
    Ini tanda litar elektrik dah terlalu penuh atau MCB dah lemah. Tak cukup kuat nak tahan beban tinggi.
  1. Guna Mesin Basuh, Elektrik Terputus
    Kotak DB lama memang tak stabil kalau guna alat berat macam ni — senang trip atau terputus.
  1. Dapur Baru Tapi DB Asyik Trip?
    Ramai upgrade dapur (pasang oven, cooker hood), tapi sistem elektrik tak dinaik taraf. Itu yang DB tak tahan.
  1. Vacuum Pun Boleh Buat Trip?
    Kalau vacuum je terus blackout, itu petanda MCB dah tak kuat atau sistem terlalu sensitif.
  1. Barang Elektrik Dah Bertambah
    Lagi ramai dalam rumah, lagi banyak guna TV, pengecas, PC, air fryer, Cuckoo, dan macam-macam lagi. DB lama tak larat nak tampung semua ni.
  1. Wayar Dalam DB Serabut & Berselirat
    Bila wayar dah berpintal-pintal, bukan je susah nak detect masalah risiko litar pintas pun makin tinggi.
  1. Tak Ada Label atau Suis Sendiri Untuk Setiap Bahagian
    Kalau nak buat servis atau betulkan litar, memang bahaya kalau tak tahu suis mana untuk bilik mana. Boleh salah tutup atau terkena kejutan.
  1. Tak Ada ELCB atau RCCB
    Alat ni penting untuk elakkan kejutan elektrik, terutamanya kat tempat basah macam dapur dan bilik air.
  1. Beberapa Wayar Masuk Kat Satu MCB
    Ramai tak sedar benda ni salah bila 2-3 wayar masuk kat satu suis, ia boleh buat sambungan longgar, cepat panas, dan tak selamat.
  1. Ada Bau Hangit Dekat Kotak DB
    Kalau bau macam bau plastik terbakar keluar dari DB, jangan tunggu! Tu mungkin tanda wayar tengah panas atau ada sambungan yang rosak.

Servis Tukar Kotak DB & Sistem Pembumian/Kilat Rumah Anda di Shah Alam

Kalau kotak DB rumah anda dekat Shah Alam asyik trip, nampak uzur, tak cukup ruang nak tambah soket, atau ada masalah-masalah macam yang kita dah senaraikan tadi ini tanda jelas yang DB tu dah tak selamat dan perlu diperiksa atau dinaik taraf segera.

Tak kira sama ada anda perlukan pembaikan segera atau nak buat penukaran penuh, kami ada di sekitar Shah Alam dan bersedia bantu dengan kerja yang kemas, selamat dan ikut standard profesional.

Kami juga buat macam-macam kerja elektrik lain, termasuk:

  • Sistem pembumian rumah (earthing)
  • Pemeriksaan wiring dan masalah elektrik
  • Pemeriksaan pendawaian untuk rumah baru
  • Pemasangan autogate wiring
  • Ujian Megger
  • Pendawaian semula seluruh rumah
  • Sistem perangkap kilat (LST)
  • Perlindungan kilat & surge
  • Dan pelbagai lagi kerja pemasangan berkaitan sistem elektrik & grounding

Call atau WhatsApp Alex di 012-870 2699 untuk sebarang pertanyaan atau nak dapatkan sebut harga.

Related Post