DB Box Upgrade Setia Alam
July 3, 2025
DB Box Upgrade
DB Box Upgrade Kelana Jaya
July 4, 2025

Kotak DB Setia Alam

Kotak DB Setia Alam

July 3, 2025

Kenapa Anda Kena Tukar Kotak DB Lama?

Ramai tak sedar yang kotak DB lama yang dah overload antara punca utama kebakaran rumah di Malaysia. Di Setia Alam masih banyak rumah yang dibina puluhan tahun lepas dan kebanyakannya masih guna DB box asal yang dipasang masa rumah dibina. Sistem lama macam ni memang tak mampu nak tampung penggunaan elektrik zaman sekarang yang jauh lebih tinggi.

Selalunya DB box lama ni masih guna bekas plastik dan komponen lama macam MCB dan ELCB yang dah outdated. Ada MCB yang langsung tak trip walaupun berlaku overload jadi arus berbahaya terus mengalir dalam wayar rumah. Ini sangat bahaya sebab risiko kebakaran boleh berlaku secara senyap tanpa kita sedar.

Kita juga selalu nampak rumah yang cuma ada satu soket dalam setiap bilik. Jadi ramai yang guna extension dengan 5-gang dan cucuk sampai 8 ke 10 peralatan serentak. Cara ni sangat tak selamat sebab boleh buat soket panas, meleleh atau terbakar dan ini antara punca kebakaran elektrik dalam rumah.

Bayangkan kalau benda ni berlaku tengah malam masa semua tengah tidur nyenyak. Bila sedar mungkin dah terlambat. Sebab tu tukar DB box lama bukan sekadar nak ikut standard terkini tapi sebenarnya untuk jaga keselamatan keluarga kita.

Kalau rumah anda di Setia Alam masih guna DB box lama atau terlalu banyak bergantung pada extension, ini masa terbaik untuk ambil tindakan. DB box moden yang dilengkapi RCCB berkualiti MCB yang boleh dipercayai sistem surge protection dan grounding yang betul boleh kurangkan risiko kebakaran dan pastikan sistem elektrik rumah lebih selamat dan tahan lama.

Apa Itu DB Box dan Kenapa Penting untuk Rumah di Setia Alam

Kalau anda tinggal di Setia Alam dan tengah rancang nak buat naik taraf atau kerja pendawaian elektrik, anda mungkin pernah dengar istilah “DB box”. DB box atau nama penuhnya Distribution Board ni sebenarnya komponen penting dalam sistem elektrik rumah. Ia berfungsi untuk agihkan elektrik ke seluruh rumah dengan cara yang selamat.

Dalam DB box ni ada beberapa komponen keselamatan utama seperti suis utama, alat perlindungan lonjakan (SPD), RCCB (Residual Current Circuit Breaker) dan MCB (Miniature Circuit Breaker). Setiap satu ada tugas penting, contohnya melindungi rumah daripada litar pintas, beban berlebihan dan kebocoran arus elektrik.

Untuk projek kami di Setia Alam, kami selalunya pasang DB box jenis logam yang orang panggil “metal clad”. Jenis ni lebih tahan lasak, tahan haba dan jauh lebih selamat daripada kotak plastik biasa. Dari segi keselamatan kebakaran, DB box logam memang pilihan terbaik.

Kami hanya guna jenama yang boleh dipercayai seperti EPS Maxguard dan Hager sebab jenama ni ikut piawaian keselamatan yang ketat dan tahan lama. Bila guna komponen berkualiti, sistem elektrik rumah anda akan jadi lebih stabil dan selamat untuk jangka masa panjang.

Sama ada anda tengah bina rumah baru atau nak tukar sistem lama di Setia Alam, pasang DB box yang betul adalah langkah penting untuk pastikan rumah selamat dan bekalan elektrik berjalan lancar setiap hari.

Apa Yang Ada Dalam DB Box dan Kenapa Penting Untuk Rumah di Setia Alam

Kalau anda tinggal di Setia Alam dan tengah rancang nak buat naik taraf elektrik, penting untuk tahu apa sebenarnya yang ada dalam DB box. DB box atau distribution board ni adalah pusat kawalan utama untuk agihan elektrik dalam rumah dan mengandungi beberapa komponen keselamatan yang sangat penting.

1. Miniature Circuit Breaker (MCB)
Kami biasanya guna MCB jenis C6 untuk lampu dan kipas serta C16 untuk soket kuasa.
Fungsi: MCB akan automatik ‘trip’ bila ada beban berlebihan atau litar pintas. Ini dapat lindungi wayar dan peralatan elektrik anda dari kerosakan.

2. Residual Current Circuit Breaker (RCCB)
Ramai orang masih panggil ELCB tapi sebenarnya nama yang betul sekarang ialah RCCB sebab ELCB dah tak digunakan dalam sistem moden.
Kami guna RCCB 40A 30mA untuk soket dan 40A 100mA untuk lampu dan kipas.
Fungsi: RCCB akan potong bekalan elektrik bila ada kebocoran arus seperti bila berlaku kejutan elektrik. Ia sangat penting untuk keselamatan ahli keluarga.

3. Suis Utama (Main Switch)
Kami pasang suis pemutus 63A dua kutub (double pole) sebagai suis utama dalam DB box.
Fungsi: Suis ni membolehkan anda matikan semua bekalan elektrik dalam rumah bila buat kerja penyelenggaraan atau masa kecemasan.

4. Busbar
Fungsi: Busbar ni tugas dia agihkan elektrik dari sumber utama ke semua MCB dalam DB box.
Bahan: Kami guna tembaga berkualiti tinggi sebab ia hantar tenaga dengan lebih efisien dan tahan lama.

5. Surge Protection Device (SPD)
Kami pasang SPD bersama sistem pembumian untuk lindungi rumah dari lonjakan voltan dan sambaran kilat.
Fungsi: SPD ni bantu elak kerosakan pada peralatan elektrik seperti TV komputer dan peti sejuk bila berlaku lonjakan kuasa.

6. Kotak DB (Enclosure)
Fungsi: Ini adalah tempat yang menempatkan semua komponen tadi dan berfungsi untuk lindungi dari habuk lembapan serta elakkan renjatan elektrik.
Bahan: Kami guna plastik berkualiti tinggi atau logam (metal clad) yang lebih tahan panas dan selamat dari risiko kebakaran.

Untuk rumah di Setia Alam kami selalu sarankan guna jenama yang terbukti selamat seperti EPS Maxguard ABB dan Hager. Kami faham setiap orang ada bajet berbeza tapi kami tak buat kerja yang terpaksa abaikan kualiti atau keselamatan.

Bila anda guna MCB RCCB dan SPD yang original dan berkualiti, DB box boleh tahan sampai 20 tahun dengan prestasi yang stabil. Elakkan campur barang murah dari jenama tak dikenali sebab walaupun nampak okay dari luar, sistem macam ni sebenarnya boleh jadi “rojak” yang bahaya dan senang rosak atau terbakar.

Kalau anda tengah upgrade sistem elektrik rumah di Setia Alam, pasang DB box dengan komponen yang betul adalah salah satu pelaburan keselamatan terbaik untuk keluarga anda.

Kenapa DB Box Lama Tak Lagi Sesuai Untuk Rumah di Setia Alam

Dulu masa anak-anak masih kecil, mereka tidur sekali dalam bilik mak ayah. Tapi bila dah besar masing-masing ada bilik sendiri dan bawa sekali semua barang elektrik – aircond, laptop, tablet, TV, telefon, printer, malah sound system. Gaya hidup sekarang ni guna lebih banyak peralatan elektrik dalam masa yang sama, dan semua tu beri beban besar pada sistem elektrik rumah.

Dekat Setia Alam, masih ramai yang belum tukar atau naik taraf DB box rumah sejak bertahun-tahun. Sistem lama ni memang tak direka untuk tampung permintaan elektrik zaman sekarang. Bila DB box dah lama dan tak cukup kapasiti, memang senang berlaku masalah macam kerap trip, panas melampau atau paling teruk, kebakaran elektrik.

Lepas zaman MCO, ramai dah biasa kerja dari rumah. Cuba bayangkan satu keluarga dekat Setia Alam – mak ayah kerja online, anak pula tengah belajar atau main game dalam bilik masing-masing. Setiap bilik ada aircond, laptop, pengecas dan peralatan lain yang digunakan serentak. Sistem elektrik rumah jadi sangat terbeban, dan kalau DB box tak dinaik taraf, ia boleh rosak bila-bila masa.

Kami juga banyak jumpa rumah yang guna extension plug, sambung banyak peralatan dalam satu soket. Cara ni sangat berbahaya. Bila terlalu banyak peralatan guna satu titik kuasa, soket boleh jadi panas, plug cair atau lebih teruk lagi – berlaku kebakaran elektrik.

Sekarang ni pula banyak rumah ada peralatan moden yang guna tenaga tinggi – macam air fryer, sistem autogate, penapis air, mesin basuh besar, juicer, oven dan macam-macam lagi. Bila semua ni digunakan serentak dengan barang elektrik harian, beban jadi makin berat pada DB box lama.

Kalau anda tinggal di Setia Alam dan dah lebih 10 atau 15 tahun tak periksa atau naik taraf DB box, sekarang lah masa yang sesuai untuk ambil tindakan. DB box lama mungkin nampak masih berfungsi, tapi itu tak bermakna ia selamat. Tukar kepada DB box yang moden boleh bantu rumah anda tampung penggunaan elektrik hari ini dengan lebih selamat dan kurangkan risiko kebakaran.

12 Tanda DB Box Rumah Anda di Setia Alam Perlu Dinaik Taraf

Sepanjang kami buat kerja dekat Setia Alam dan kawasan sekitarnya, kami jumpa ramai pemilik rumah yang hadapi masalah elektrik sebab DB box dah lama atau terlalu terbeban. Bila rumah makin berusia dan penggunaan barang elektrik makin banyak, sistem elektrik lama memang tak mampu nak tampung beban.

Kalau anda perasan salah satu tanda kat bawah ni, mungkin dah sampai masanya untuk upgrade DB box rumah anda:

  1. Rumah dah lebih 20 tahun
    Kalau rumah anda dibina lama dulu, besar kemungkinan DB box masih guna sistem lama yang tak sesuai untuk penggunaan elektrik sekarang.
  1. Trip bila hujan atau kilat
    Kalau lampu atau elektrik selalu terputus masa hujan, mungkin DB box tak ada perlindungan kilat atau tak cukup perlindungan kebocoran arus.
  1. Aircond on je terus trip
    Ni biasa berlaku bila MCB terlalu lemah atau litar dah terlebih beban.
  1. Guna mesin basuh je terus trip
    Mesin basuh guna kuasa tinggi, kalau DB box lama memang tak tahan, terutama bila guna serentak dengan peralatan lain.
  1. Hood dapur, oven atau hob trip DB
    Kalau peralatan dapur asyik trip, maksudnya sistem elektrik tak cukup untuk sokong naik taraf dapur.
  1. Guna vacuum je terus blackout
    Ada vacuum tarik arus secara tiba-tiba, kalau MCB tak cukup kuat, memang mudah trip.
  1. Tambah banyak peralatan sejak pindah
    TV, laptop, charger, air fryer, penapis air – semua ni buat penggunaan elektrik meningkat. DB box lama memang tak cukup.
  1. Wayar dalam DB box berserabut
    Wayar bersilang dan berterabur boleh sebabkan risiko litar pintas dan susah nak troubleshoot bila ada masalah.
  1. Tiada label kat MCB
    Kalau tak ada label kat DB box, susah nak kenal pasti mana satu litar yang rosak bila berlaku trip.
  1. Tak ada ELCB atau RCCB
    Kalau tak ada perlindungan kebocoran arus, risiko kena renjatan elektrik sangat tinggi, terutama kat dapur atau bilik air.
  1. Dua tiga wayar sambung ke satu MCB
    Ini sangat berbahaya, boleh buat sambungan longgar dan cepat panas – risiko kebakaran tinggi.
  1. Ada bau hangit dekat DB box
    Ni petanda serius. Mungkin ada wayar longgar atau terlalu panas. Kalau bau hangit, cepat-cepat panggil juruelektrik.

Kalau anda tinggal di Setia Alam dan nampak tanda-tanda ni kat rumah anda, jangan tunggu lama. Naik taraf DB box dengan komponen berkualiti macam RCCB, MCB dan surge protection boleh bantu kurangkan risiko renjatan atau kebakaran dan buat sistem elektrik lebih stabil.

Masa Untuk Tukar DB Box atau Selesaikan Masalah Elektrik di Setia Alam?

Kalau DB box rumah anda di Setia Alam asyik trip, nampak lama, tak mampu tampung semua peralatan elektrik sekarang, atau tak ada ruang nak tambah power point baru – itu tanda jelas anda kena ambil tindakan segera. Kalau dibiarkan, boleh jadi punca wayar terlalu panas, gangguan elektrik atau paling teruk sekali, kebakaran.

Tak kira sama ada anda perlukan pembaikan kecil atau nak tukar terus DB box baru, team kami di Setia Alam sedia bantu. Kami buat kerja dengan cepat, selamat dan hasil tahan lama. Tukang elektrik kami berpengalaman dan tahu cara handle dari masalah kecil sampai upgrade sistem satu rumah.

Kami juga sediakan pelbagai servis elektrik lain untuk rumah dan premis di Setia Alam termasuk:

  • Pembaikan masalah elektrik
  • Pendawaian semula satu rumah
  • Pemeriksaan pendawaian baru
  • Sistem pembumian (earthing)
  • Pendawaian untuk autogate
  • Ujian penebat Megger
  • Perlindungan kilat dan surge protection
  • Pemasangan sistem perangkap kilat (Lightning Strike Trap – LST)

Kalau anda perlukan bantuan segera atau nak tahu lebih lanjut, jangan segan untuk hubungi kami. Keselamatan rumah anda adalah keutamaan kami.

Hubungi Alex 012-870 2699

Related Post