Kenapa Tukar DB Box Rumah Anda di Seksyen 32, Shah Alam Adalah Pilihan Selamat
Kalau rumah anda di Seksyen 32, Shah Alam dibina lebih 20 tahun lepas, besar kemungkinan DB box (Distribution Board) atau papan agihan elektrik tu dah lama dan tak lagi selamat digunakan.
Ramai pemilik rumah masih guna DB box asal sejak rumah dibina, yang biasanya tersembunyi dalam kabinet atau di sudut rumah. Nampak macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya sistem ni boleh jadi bom jangka kalau dibiarkan.
Kenapa DB Box Penting?
DB box ni sebenarnya pusat kawalan untuk semua aliran elektrik dalam rumah. Ia agihkan kuasa dan lindungi litar rumah dengan komponen penting seperti:
- MCB (Miniature Circuit Breaker)
- RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
- Main Switch (suis utama)
- SPD (Surge Protection Device)
- Busbar (pengagih kuasa dalam DB box)
Semua komponen ni berfungsi untuk elakkan masalah litar pintas, kebakaran elektrik, dan kejutan elektrik. Tapi sayangnya, banyak rumah kat Seksyen 32 masih guna DB box jenis lama yang pakai penutup plastik, MCB usang, dan ELCB lama (versi lama RCCB). Ada yang langsung tak ‘trip’ bila berlaku overload atau short circuit bahaya sebab elektrik terus mengalir tanpa kawalan.
Tanda-Tanda DB Box Rumah Anda Perlu Dinaik Taraf
Kalau anda perasan perkara-perkara ni berlaku, mungkin dah sampai masa untuk upgrade DB box:
- MCB selalu trip atau terputus bekalan elektrik
- Penutup DB box panas atau warna berubah
- Guna banyak extension plug sebab soket tak cukup
- Kena kejutan elektrik masa guna peralatan
- Suis lama & susah nak tambah soket baru
Jangan tunggu sampai berlaku kemalangan. Dapatkan pemeriksaan atau naik taraf DB box dari pasukan profesional yang guna komponen berkualiti & selamat.
Apa Yang Ada Dalam DB Box Baru?
Bila kita upgrade DB box kat Seksyen 32, kita hanya guna jenama berkualiti yang diluluskan SIRIM seperti EPS, Maxguard, ABB dan Hager. Antara komponen utama termasuk:
MCB (Miniature Circuit Breaker)
- C6 MCB – untuk lampu & kipas
- C16 MCB – untuk soket elektrik
Fungsi: Potong kuasa secara automatik bila ada beban berlebihan atau litar pintas. Elak wayar dari terlalu panas & terbakar.
RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
- 40A 30mA – untuk soket
- 40A 100mA – untuk lampu & kipas
Fungsi: Kesannya macam penyelamat nyawa. Kalau ada kebocoran arus, ia akan hentikan elektrik serta-merta.
Suis Utama 63A
Boleh matikan bekalan elektrik ke seluruh DB box waktu kecemasan atau kerja penyelenggaraan.
Tembaga
Bahagian penting yang agihkan kuasa dari suis utama ke semua MCB. Kita guna tembaga sebab lebih selamat & tahan lama.
Surge Protection Device (SPD)
Penting sangat di kawasan macam Shah Alam yang sering kena kilat & lonjakan voltan. SPD lindungi peralatan rumah dari rosak.
Enclosure Logam (Metal Clad)
Kita tak guna casing plastik lama. DB box moden guna penutup logam yang lebih tahan panas & api jauh lebih selamat.
Kenapa Kualiti Itu Penting – Elak Setup “Rojak” Yang Bahaya
Ada tukang elektrik yang guna barang murah tak berjenama untuk jimat kos. Tapi sebenarnya, ini akan hasilkan DB box “rojak” campur-campur komponen tak serasi yang boleh gagal bila-bila masa.
Di syarikat kami, keselamatan pelanggan adalah keutamaan nombor satu. Kalau bajet terlalu ketat sampai tak boleh guna barang berkualiti, kami lebih rela tak ambil projek tu.
Bila dipasang dengan betul dan guna jenama tulen, DB box baru boleh tahan lebih 20 tahun tanpa banyak masalah.
Kalau anda tinggal di Seksyen 32, Shah Alam dan rasa DB box rumah anda dah terlalu lama, atau selalu ada masalah trip elektrik jangan tunggu sampai jadi bahaya. Hubungi kami hari ini untuk pemeriksaan atau naik taraf yang selamat dan profesional.
DB Box Rumah Lama Anda di Seksyen 32, Shah Alam Bahaya Tak?

Zaman dulu, satu keluarga tidur dalam bilik yang sama dan pakai elektrik pun sikit je—kipas, lampu, dan mungkin satu TV. Tapi sekarang, setiap bilik penuh dengan aircond, laptop, iPad, TV, komputer, printer dan macam-macam lagi. Semua ni guna elektrik dalam satu masa.
Kalau rumah anda kat Seksyen 32, Shah Alam masih guna DB box lama (papan agihan elektrik) yang tak pernah dinaik taraf sejak 15 ke 30 tahun lepas, sistem elektrik anda mungkin dah tak selamat. DB box lama memang tak direka untuk tampung penggunaan elektrik zaman sekarang.
Guna Gaya Hidup Moden Dengan Sistem Lama? Bahaya!
Lepas PKP (MCO), ramai yang kerja dari rumah. Setiap orang ada bilik sendiri – mak ayah kerja, anak belajar atau main game. Semua ni pakai banyak elektrik.
Bayangkan satu rumah kat Seksyen 32, setiap bilik ada aircond, komputer, printer, TV dan alat elektronik lain. Itu dah satu beban besar untuk sistem elektrik. Kalau DB box tak dinaik taraf, risiko trip elektrik, panas melampau, atau kebakaran jadi tinggi.
Bahaya Extension Plug Berlebihan
Rumah lama biasanya cuma ada 1-2 soket je satu bilik. Jadi orang guna extension plug—satu soket sambung sampai 5 peranti. Ini boleh buat wayar jadi terlalu panas, dan DB box lama kadang-kadang tak sempat ‘trip’, terus berlaku letupan atau terbakar.
Sekarang pula makin ramai guna barang elektrik berat macam:
- Air fryer
- Penapis air Cuckoo / Coway
- Autogate
- Oven
- Mesin basuh besar
- Peralatan dapur moden
Semua ni tarik kuasa yang tinggi. Bila digabungkan, memang sistem lama tak mampu nak tampung.
12 Tanda DB Box Anda Dah Tak Selamat
Kalau rumah anda ada tanda-tanda ni, baik tukar DB box secepat mungkin:
- Rumah dah 20–50 tahun
DB box dah outdated dan tak ikut piawaian semasa. - Trip masa hujan lebat atau kilat
Mungkin tak ada perlindungan surge atau ELCB lama. - Trip bila buka aircond
Circuit dah terlalu padat atau MCB lemah. - Trip bila guna mesin basuh atau vacuum
Barang berat macam ni buat MCB lama tak tahan. - Peralatan dapur baru tripkan DB box
Naik taraf dapur tanpa upgrade sistem elektrik pun masalah. - Tambah banyak barang elektrik dari masa ke semasa
Dulu tak ada, sekarang makin banyak semua tarik kuasa tinggi. - Wiring dalam DB box berserabut
Susun atur tak kemas, risiko short circuit lebih tinggi. - Tak ada label atau breaker tak ditanda
Kalau ada masalah, susah nak kesan punca dan sangat bahaya. - Satu MCB sambung banyak wayar
Ini boleh sebabkan panas berlebihan & contact longgar. - Tiada RCCB atau ELCB
Tiada perlindungan kejutan elektrik bahaya kalau ada kebocoran arus. - Bau hangit dari DB box
Mungkin ada wayar cair atau sambungan longgar. Kena check segera! - Tak cukup ruang nak tambah litar baru
Kalau panel dah penuh, nak tambah pun bahaya.
Jangan Tunggu Sampai Berlaku Kebakaran
Ramai rumah kat Seksyen 32, Shah Alam masih guna DB box asal rumah. Ini tak selamat dan tak cekap. Dengan upgrade DB box yang moden dan selamat, anda boleh:
- Elakkan trip elektrik yang kerap
- Lindungi rumah dari kebakaran
- Pastikan semua alat elektrik berfungsi dengan selamat
- Sediakan sistem yang tahan sampai 20 tahun atau lebih
Kami Sedia Bantu Anda di Seksyen 32
Kami pakar dalam upgrade DB box, guna jenama berkualiti tinggi & lulus SIRIM seperti:
- EPS
- Maxguard
- ABB
- Hager
Kami tak guna barang murah, dan tak buat kerja “rojak campur” yang boleh bahayakan rumah. Keselamatan keluarga anda adalah keutamaan kami.
Perkhidmatan Elektrik Lain Yang Kami Tawarkan:
- Pendawaian satu rumah (baru & lama)
- Troubleshooting elektrik
- Sistem pembumian (earthing)
- Pemasangan sistem autogate & CCTV
- Perlindungan kilat & surge
- Megger test
- Pemasangan Lightning Strike Trap (LST)
- Naik taraf MCB & RCCB
- Pemeriksaan keselamatan elektrik
Nak Upgrade DB Box atau Nak Pemeriksaan Percuma?
Kalau DB box anda selalu trip, nampak uzur, atau nak pastikan rumah anda selamat & bersedia untuk masa depan, hubungi kami sekarang.
Call Alex di 012-870 2699 untuk rundingan PERCUMA atau lawatan tapak.
Lindungi rumah & keluarga anda – tukar DB box sebelum terlambat.