Perlukah Tukar Kotak DB Lama di Putra Heights? Ini Sebabnya
Ramai pemilik rumah di Putra Heights masih menggunakan kotak DB (Distribution Board) lama sejak rumah dibina. Masalahnya, sistem lama ini tak direka untuk tampung penggunaan elektrik zaman sekarang yang penuh dengan alat-alat moden seperti aircond, komputer, oven, dan pelbagai gajet lain.
Penggunaan soket berlebihan dan sambungan wayar ekstensi boleh sebabkan litar terlalu beban. Ini boleh buat pendawaian jadi panas, terbakar, atau berlaku renjatan elektrik—terutama waktu malam tanpa disedari.
Kelebihan Tukar ke Kotak DB Moden
Naik taraf kotak DB bukan sekadar ikut trend, tapi penting untuk keselamatan keluarga dan rumah anda. Antara manfaat utama:
- Kurangkan risiko kebakaran
- Sokong lebih banyak plug point dengan selamat
- Elak trip elektrik yang kerap
- Patuhi piawaian keselamatan terkini
Kalau rumah anda di Putra Heights masih guna sistem lama, sekarang masa terbaik untuk tukar.
Apa Itu Kotak DB & Fungsinya di Rumah Anda?
Kotak DB ialah tempat utama untuk agihan bekalan elektrik di rumah. Ia juga berfungsi untuk hentikan bekalan elektrik bila berlaku kerosakan atau kebocoran arus.
Antara komponen penting dalam kotak DB moden:
1. MCB (Miniature Circuit Breaker)
Lindungi litar dari arus berlebihan atau litar pintas.
- C6: untuk lampu & kipas
- C16: untuk soket
2. RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
Ganti ELCB lama.
- 40A 30mA: untuk soket
- 40A 100mA: untuk lampu & kipas
- Fungsi: hentikan bekalan jika ada kebocoran arus (elak renjatan)
3. Main Switch
Suis utama (63A double pole) untuk matikan semua bekalan bila perlu.
4. SPD (Surge Protection Device)
Lindungi peralatan dari lonjakan voltan akibat kilat atau gangguan bekalan.
5. Busbar
Salurkan arus dari sumber utama ke setiap litar. Biasanya guna tembaga.
6. Kotak Logam atau Plastik Berkualiti
Kami syorkan guna kotak logam kerana lebih tahan panas dan selamat.

Kenapa Banyak Rumah di Putra Heights Tak Cukup Kuasa Elektrik?
Zaman dulu, satu keluarga kongsi bilik dan guna beberapa alat elektrik saja. Tapi sekarang, setiap orang ada bilik sendiri lengkap dengan aircond, TV, komputer, dan peralatan lain.
Contoh bebanan tinggi yang berlaku hari ini:
- Suami isteri dan anak belajar/kerja dari rumah serentak
- Dapur guna oven, air fryer, penapis air dan mesin basuh serentak
- Banyak sambungan ekstensi satu plug soket
- Tambahan sistem seperti autogate, CCTV, pemanas air
Kalau DB box anda belum pernah dinaik taraf, mungkin sistem elektrik rumah anda sudah tak mampu tampung beban.
12 Tanda Anda Perlu Tukar DB Box di Putra Heights
- Rumah berusia 20 tahun ke atas
- Elektrik sering trip masa hujan atau kilat
- Aircond buat DB trip
- Mesin basuh trip DB
- Oven atau hob dapur tak boleh guna serentak
- Vacuum cleaner menyebabkan trip
- Guna lebih banyak peralatan dari dulu
- Pendawaian dalam DB serabut
- Tiada label atau MCB asing untuk setiap litar
- Tiada RCCB (perlindungan renjatan)
- Banyak wayar sambung pada satu MCB
- Ada bau hangit dari DB box
Kalau anda perasan mana-mana tanda di atas, lebih baik buat pemeriksaan segera.
Jenama Berkualiti yang Kami Gunakan
Kami hanya guna jenama terbukti selamat dan tahan lama, antaranya:
- EPS
- Hager
- Maxguard
- ABB
Kami tak guna campuran jenama murah yang tak serasi (rojak setup). Semua komponen mesti serasi dan ikut piawaian.
Perkhidmatan Elektrik Profesional di Putra Heights
Kami sedia bantu anda dengan pelbagai kerja elektrik, termasuk:
- Naik taraf atau tukar kotak DB
- Pemasangan sistem perlindungan kilat
- Pemeriksaan dan pembaikan pendawaian rumah
- Pemasangan autogate & CCTV
- Sistem grounding dan earthing
- Ujian penebatan Megger
- Penyelenggaraan sistem elektrik
Sedia Naik Taraf DB Box Anda di Putra Heights?
Kalau DB box anda selalu trip, nampak usang, atau tak cukup ruang untuk tambahan soket ini masa yang sesuai untuk tukar.
Hubungi Alex di 012-870 2699 untuk pemeriksaan atau naik taraf DB box anda. Kami jamin kerja berkualiti dan selamat, terus dari pasukan tempatan Putra Heights.