DB Box Upgrade Port Klang
February 13, 2026

Kotak DB Port Klang

Kotak DB Port Klang

February 13, 2026

Kotak DB Lama Masih Selamat Digunakan Ke?

Banyak rumah di Port Klang, terutama rumah tahun 70-an, 80-an dan awal 90-an masih guna kotak DB lama. Zaman dulu, satu rumah cuma ada TV, peti sejuk dan kipas.

Sekarang?
Aircond hampir setiap bilik, TV, iPad, WiFi router, printer, rice cooker, oven, air fryer, autogate dan macam-macam lagi.

Soalan dia kotak DB lama tu masih boleh tahan beban semua ni ke?

Kalau tak mampu, memang bahaya.
Kami dah jumpa banyak kes kotak DB lama tak trip masa overload. Akibatnya wayar panas, soket cair, sampai boleh jadi punca kebakaran rumah. Ramai owner tak sedar pun risiko ni.

Bahaya Overload – Memang Biasa Di Rumah Lama Port Klang

Kawasan macam Taman Bayu Perdana, Taman Chi Liung, Kampung Raja Uda memang banyak rumah lama. Selalu kita nampak satu soket sambung extension banyak-banyak sampai 8–10 barang guna sekali. Ini memang boleh jadi overload serius. Kalau kotak DB masih jenis plastik lama, MCB/ELCB pun model lama, perlindungan memang tak cukup kuat.

Bayangkan kalau soket terbakar waktu semua orang tengah tidur. Memang tak sempat nak buat apa-apa. Sebab tu upgrade kotak DB bukan saja pasal elektrik tapi pasal keselamatan keluarga.

Kenapa Perlu Upgrade Kotak DB Moden?

Kotak DB ialah “jantung” sistem elektrik rumah. Dia kawal dan lindungi semua litar dalam rumah.

Ini antara komponen yang kami pasang untuk upgrade kotak DB rumah di Port Klang:

1. MCB (Miniature Circuit Breaker)

  • C6 untuk lampu & kipas
  • C16 untuk soket plug
    Automatik potong elektrik bila overload atau short circuit.

2. RCCB (Residual Current Circuit Breaker)

  • 40A 30mA untuk soket
  • 40A 100mA untuk lampu
    Akan trip kalau ada kebocoran arus. Boleh elak renjatan elektrik.

3. Main Switch 63A

Untuk tutup bekalan elektrik masa kecemasan atau kerja maintenance.

4. SPD (Surge Protection Device)

Lindungi peralatan elektrik dari kilat dan voltage spike.
Berfungsi lebih baik dengan sistem earthing yang betul.

5. Busbar & Internal Wiring

Guna copper busbar berkualiti.
Susunan wiring kemas dan selamat, kurangkan risiko short circuit.

6. Kotak DB Jenis Besi (Metal Clad)

Lebih tahan api dan tahan lama berbanding plastik.
Kami guna brand berkualiti seperti EPS, Maxguard, ABB dan Hager.

Kami tak buat kerja campur-campur barang murah.
Tak ada “rojak” setup. Semua ikut standard keselamatan.

Penggunaan Elektrik Sekarang Memang Tinggi

Sekarang rumah biasa ada:

  • Banyak aircond
  • Water heater
  • Desktop komputer
  • Printer
  • Oven & air fryer
  • Autogate
  • Charger setiap bilik

Lepas zaman MCO, ramai masih kerja dari rumah.
Kalau kotak DB tak upgrade, memang senang jadi trip, panas, atau rosak.

12 Tanda Kotak DB Anda Perlu Upgrade

  1. Rumah lebih 20 tahun
  2. Elektrik selalu trip bila hujan
  3. Aircond atau mesin basuh selalu buat trip
  4. Peralatan dapur buat trip
  5. Vacuum guna pun boleh padam elektrik
  6. Banyak extension plug
  7. Wiring dalam kotak DB serabut
  8. Breaker tak ada label jelas
  9. Tiada RCCB/ELCB
  10. Dua wayar masuk satu breaker
  11. Bau hangit dekat kotak DB
  12. Kotak DB nampak lama dan uzur

Kalau ada salah satu pun, jangan tunggu sampai jadi kes besar.

Servis Elektrik Lain Kami Buat

  • Tukar kotak DB penuh
  • Pasang sistem earthing
  • Lightning Strike Trap (LST)
  • Megger insulation testing
  • Wiring autogate
  • Full house wiring & rewiring
  • Check punca elektrik trip
  • Thermographic inspection (check panas dalam wiring)

Hubungi Wireman Alex – Pakar Upgrade Kotak DB Port Klang

Kalau kotak DB selalu trip, kecil sangat atau dah terlalu lama, jangan tunggu sampai jadi bahaya.

Call / WhatsApp Alex: 012-870 2699

  • Respon cepat area Port Klang
  • Nasihat profesional
  • Kerja kemas & ikut standard

Wireman Alex – Pakar Upgrade Kotak DB Port Klang

Keselamatan rumah anda keutamaan kami.

Upgrade sekarang sebelum terlambat.

Related Post