DB Box Pandan Indah KL
February 9, 2026
祝大家新年快乐, 好运连连!
February 10, 2026

Kotak DB Pandan Indah KL

Kotak DB Pandan Indah KL

February 10, 2026

Kotak DB Rumah Anda Masih Selamat Atau Sebenarnya Berisiko?

Ramai pemilik rumah di Pandan Indah, Kuala Lumpur tak sedar bahawa salah satu punca utama kebakaran elektrik datang daripada Kotak DB lama yang masih digunakan.

Di kawasan perumahan lama seperti Pandan Indah, banyak rumah masih guna Kotak DB asal sejak 20–40 tahun lepas. Masa tu, penggunaan elektrik sangat minimum kipas, lampu, TV sahaja.
Sekarang? Air-cond, mesin basuh, oven, air fryer, komputer, TV pintar… semua guna elektrik serentak.

Masalahnya, Kotak DB lama tak direka untuk beban elektrik zaman sekarang. Ia boleh jadi bahaya tanpa kita sedar.

Kenapa Kotak DB Lama Sangat Berbahaya?

Kotak DB lama biasanya masih guna MCB dan ELCB jenis lama yang sudah tidak selamat mengikut standard sekarang.

Antara masalah yang kerap kami jumpa di rumah sekitar Pandan Indah:

  • Breaker tak trip walaupun berlaku overload
  • Wayar longgar dan berserabut dalam DB box
  • Tiada perlindungan dari renjatan elektrik
  • Tiada perlindungan kilat atau lonjakan voltan
  • DB box plastik yang mudah cair bila panas

Kalau berlaku litar pintas waktu malam, DB box lama mungkin tak beri sebarang amaran. Ini yang buat kebakaran elektrik sangat berbahaya.

Apa Itu Kotak DB & Kenapa Ia Penting?

Kotak DB (kotak agihan) ialah pusat kawalan elektrik rumah anda. Semua elektrik ke lampu, soket, dan peralatan rumah akan melalui DB box ini.

DB box moden yang selamat biasanya ada:

  • Main switch – untuk tutup bekalan elektrik bila kecemasan
  • MCB – lindungi setiap litar dari beban berlebihan
  • RCCB – potong elektrik bila ada kebocoran arus (lebih selamat dari ELCB lama)
  • Surge Protection (SPD) – lindungi dari kilat & lonjakan voltan
  • DB box besi (metal) – tahan panas & lebih selamat

Untuk rumah di Pandan Indah, kami sangat sarankan guna DB box jenis besi kerana lebih tahan dan selamat untuk jangka panjang.

12 Tanda DB Box Rumah Anda Perlu Di Upgrade

Jika anda alami salah satu perkara di bawah, Kotak DB anda mungkin sudah bermasalah:

  1. Rumah lebih 20 tahun dan DB box tak pernah tukar
  2. Elektrik kerap trip bila hujan atau ribut petir
  3. Pasang air-cond terus trip
  4. Mesin basuh atau oven selalu trip
  5. Banyak guna extension & multi plug
  6. Wayar dalam DB box berserabut dan tak berlabel
  7. Ada bau hangit atau bunyi berdengung
  8. Tiada RCCB atau ELCB
  9. Banyak peralatan guna satu soket
  10. Breaker tak trip walaupun overload
  11. Banyak wayar masuk satu MCB
  12. Tiada surge protection (perlindungan kilat)

Kalau ada yang kena, jangan tunggu sampai jadi kebakaran.

Penggunaan Elektrik Sekarang Jauh Lebih Tinggi

Dulu satu bilik satu kipas.
Sekarang satu bilik boleh ada air-cond, TV, laptop, charger, lampu, WiFi.

Kebanyakan rumah sekarang guna 3 hingga 5 kali lebih elektrik berbanding dulu.
Sebab tu ramai guna extension berlebihan ini sangat berbahaya dan boleh sebabkan wayar panas melampau.

Naik taraf DB box akan agihkan beban dengan betul dan kurangkan risiko litar pintas.

Apa Yang Ada Dalam DB Box Moden?

DB box yang selamat dan lengkap biasanya ada:

MCB (Miniature Circuit Breaker)

  • C6 – untuk lampu & kipas
  • C16 – untuk soket & peralatan berat

RCCB

  • 30mA – untuk soket & kawasan basah
  • 100mA – untuk perlindungan umum

Surge Protection Device (SPD)

Sangat penting di Pandan Indah sebab kawasan ini kerap hujan dan kilat.

Main Switch

Biasanya 63A Double Pole untuk rumah kediaman.

Busbar Tembaga

Agihkan elektrik dengan stabil dan selamat.

DB Box Berkualiti

  • Jenis besi lebih tahan api
  • Plastik berkualiti tinggi boleh, tapi elakkan yang murah

Kami hanya guna jenama dipercayai seperti ABB, Hager, EPS, Maxguard untuk keselamatan jangka panjang.

Kenapa Perlu Elektrik Profesional di Pandan Indah?

Naik taraf DB box bukan kerja DIY. Juruelektrik berpengalaman akan pastikan:

  • Keselamatan rumah & keluarga
  • Beban elektrik seimbang
  • Pemasangan ikut standard
  • Peralatan elektrik tahan lebih lama
  • Anda tidur lena tanpa risau

DB box upgrade adalah pelaburan keselamatan yang sangat berbaloi.

Servis Elektrik di Pandan Indah KL

Kami juga menyediakan:

  • Servis rewiring rumah Pandan Indah
  • Baiki masalah elektrik & fault finding
  • Pasang soket & power point baru
  • Sistem earthing & perlindungan kilat
  • Ujian Megger (insulation test)
  • Wiring autogate & luar rumah
  • Lightning Strike Trap (LST)
  • Naik taraf sistem elektrik jimat tenaga

Pemeriksaan Keselamatan Elektrik Percuma di Pandan Indah

Jangan tunggu sampai DB box terbakar atau kerap trip baru nak bertindak.

Jika DB box rumah anda lama, sering trip, atau tak pernah diperiksa kami sedia bantu.

Call Alex: 012-870 2699

Atau WhatsApp kami untuk inspection & quotation percuma

Keselamatan keluarga bermula dari DB box yang betul.
Mari jadikan rumah anda lebih selamat & bersedia untuk masa depan.

Related Post

February 10, 2026

祝大家新年快乐, 好运连连!

祝大家新年快乐, 好运连连! 新年将至,家里线路安全吗? 过年前,别忘了检查家里的电线系统 : 线路问题不处理,小问题也可能变成大风险。 我们恭祝大家农历新年快乐,身体健康、财源广进、万事如意! 欢迎联络我们预约检查 / 咨询Tronica Engineeringwww.mrelectrician.com.my012-870 2699 Alex