Adakah Kotak DB Rumah Anda Sudah Terlalu Lama?
Di kawasan Klang, ramai pemilik rumah masih menggunakan DB box (papan agihan elektrik) asal sejak rumah dibina pada tahun 1980-an atau 1990-an. Jika tidak pernah dinaik taraf, ini boleh menjadi punca risiko kebakaran elektrik.
Ramai orang beranggapan kebakaran rumah berpunca daripada peralatan elektrik rosak atau kecuaian di dapur. Tetapi hakikatnya, banyak kebakaran sebenarnya berpunca daripada DB box lama yang tidak lagi selamat digunakan.
Kenapa Perlu Tukar DB Box Lama?
DB box bukan sekadar kotak suis, ia adalah sistem keselamatan utama bagi elektrik rumah anda. Banyak DB box lama masih menggunakan penutup plastik dan komponen keselamatan yang sudah usang, seperti MCB atau ELCB yang mungkin tidak lagi berfungsi dengan baik. Jika berlaku lebihan beban atau litar pintas dan suis tidak trip (tertutup secara automatik), ia boleh menyebabkan wayar menjadi panas, terbakar, dan mencetuskan kebakaran.
Gaya hidup hari ini memerlukan penggunaan elektrik yang lebih tinggi. Di setiap bilik mungkin ada penghawa dingin, TV, komputer riba, pengecas, dan pelbagai peralatan pintar. Ini menyebabkan DB box lama tidak mampu menampung beban elektrik moden. Lebih teruk, penggunaan banyak plug sambungan dan extension cord juga boleh menyebabkan panas melampau dan risiko kebakaran.
Fungsi DB Box dan Kenapa Ia Penting
DB box ialah tempat di mana tenaga elektrik diagihkan ke seluruh rumah. Ia juga berfungsi untuk memotong bekalan kuasa secara automatik apabila berlaku gangguan atau bahaya seperti kebocoran elektrik atau litar pintas.
DB box moden biasanya mengandungi komponen berikut:
- MCB (Miniature Circuit Breaker): Melindungi setiap bahagian rumah seperti lampu dan soket. Contoh: C6 untuk lampu, C16 untuk soket.
- RCCB (Residual Current Circuit Breaker): Memutuskan bekalan jika berlaku kebocoran arus, elak renjatan elektrik. Biasanya digunakan 40A 30mA untuk soket, dan 40A 100mA untuk lampu & kipas.
- Main Switch: Suis utama untuk tutup semua bekalan elektrik dalam DB box.
- Busbar (tembaga): Salurkan elektrik dari suis utama ke semua MCB dengan selamat.
- SPD (Surge Protection Device): Lindungi rumah daripada lonjakan voltan semasa kilat atau gangguan kuasa.
- Kotak DB logam (metal clad): Lebih kuat, tahan panas dan lebih selamat berbanding kotak plastik.
Kami syorkan penggunaan jenama berkualiti seperti EPS, Hager, Maxguard dan ABB untuk keselamatan dan ketahanan jangka panjang.

Tanda-Tanda Anda Perlu Tukar DB Box
Anda mungkin perlukan pemeriksaan atau naik taraf DB box jika rumah anda menunjukkan tanda-tanda berikut:
- Terhidu bau hangit atau DB box terasa panas
- Elektrik selalu trip semasa hujan atau kilat
- Pendawaian berserabut atau tidak berlabel
- Rumah sudah lebih 20 tahun tanpa sebarang naik taraf elektrik
- Penghawa dingin atau mesin basuh sering menyebabkan kuasa terputus
- Guna banyak plug sambungan atau extension cord
- DB box tiada RCCB atau SPD
- Suis breaker kongsi banyak wayar sekaligus
- Suis DB tidak cukup atau tiada ruang untuk tambah lagi
- Peralatan seperti vakum atau ketuhar mudah menyebabkan trip
Jika anda perasan salah satu tanda ini, jangan tunggu hingga berlaku kebakaran atau kerosakan. Bertindak awal lebih baik dan selamat.
Rumah Moden Guna Lebih Banyak Elektrik
Sejak pandemik, ramai bekerja dan belajar dari rumah. Ini bermakna peralatan seperti komputer, printer, penghawa dingin, tablet dan charger digunakan hampir sepanjang hari. Dalam satu rumah pun, penggunaan elektrik sekarang jauh lebih tinggi berbanding 10 atau 20 tahun lalu.
Ramai pemilik rumah di Klang masih guna DB box lama yang tidak mampu tampung penggunaan moden ini. Hasilnya? Kerap berlaku trip, voltan tidak stabil, soket panas dan peralatan mudah rosak. Naik taraf sistem elektrik termasuk DB box dapat mengelakkan semua ini dan memberi anda ketenangan fikiran.
Kenapa Pilih Mr Electrician untuk Naik Taraf DB Box di Klang?
Kami telah bantu ramai pemilik rumah di Klang untuk memeriksa, membaiki dan menukar DB box lama kepada sistem yang lebih moden dan selamat. Kami hanya guna komponen berjenama, sah lulus piawaian dan tidak campur produk murah yang boleh merisikokan keselamatan anda.
Semua kerja dilakukan dengan pendawaian kemas dan profesional, tanpa kompromi. Sama ada DB box anda selalu trip, wayar dah berselirat, atau tiada ruang untuk tambah litar baru, kami boleh bantu.
Kami juga menyediakan perkhidmatan elektrik lain termasuk:
- Ujian Megger dan sistem pembumian (earthing)
- Pendawaian penuh rumah atau naik taraf rumah lama
- Perlindungan kilat dan lonjakan arus
- Pendawaian sistem autogate
- Pemeriksaan keselamatan elektrik rumah baru
Jangan Tunggu Hingga Terjadi Kerosakan – Periksa Sekarang
Jika DB box anda sering trip, berbau hangit, atau nampak usang, ini mungkin masa terbaik untuk tukar kepada sistem baru yang lebih selamat.
Hubungi Alex di 012-870 2699
Kami sedia bantu anda di kawasan Klang dengan servis cepat, selamat dan berpengalaman. Lindungi rumah dan keluarga anda – bertindak sebelum terlambat.




