Kenapa Perlu Tukar Kotak DB Lama Rumah Anda di Ampang
Tahukah anda, banyak kes kebakaran rumah di Malaysia berpunca daripada kotak DB (distribution board) yang lama dan terlalu penuh? Di kawasan macam Ampang, banyak rumah yang dibina sejak tahun 1960-an dan 1970-an. Sekarang dah tahun 2025 — tapi masih ramai yang guna kotak DB asal dari zaman dulu tu. Bayangkan betapa lamanya dan uzurnya sistem elektrik tu! Kebanyakan DB lama guna kotak plastik dan teknologi lama macam MCB dan ELCB yang dah ketinggalan zaman. Ada MCB yang langsung tak ‘trip’ bila arus terlalu kuat, jadi arus bahaya terus mengalir tanpa henti. Ini boleh jadi punca kebakaran tanpa kita sedar.
Kami juga banyak jumpa rumah yang cuma ada satu soket elektrik je dalam satu bilik. Disebabkan tak cukup soket, ramai guna extension dengan soket 5-gang, sambung sampai 10 peralatan elektrik dalams satu masa! Ini memang bahaya. Bila soket terlalu penuh, ia boleh jadi panas, plug meleleh, wayar cair — dan paling teruk, boleh menyebabkan kebakaran.
Bayangkan kalau api tercetus waktu tengah malam masa semua orang tengah nyenyak tidur? Bila sedar, mungkin dah terlambat. Sebab tu tukar kotak DB lama bukan sekadar untuk ikut piawaian semasa, tapi lebih penting, untuk jaga keselamatan keluarga anda masa mereka paling terdedah pada risiko.
Apa Itu Kotak Agihan Rumah ( DB Box ) ?
Kotak DB (Distribution Box), atau nama penuhnya kotak agihan elektrik, adalah komponen penting yang digunakan untuk agih dan kawal kuasa elektrik dalam rumah atau bangunan. Dalam kotak ni ada beberapa alat keselamatan utama macam Suis Utama (Main Switch), SPD (Surge Protection Device), RCCB (Residual Current Circuit Breaker), dan MCB (Miniature Circuit Breaker). Semua ni penting untuk pastikan agihan elektrik dalam rumah berjalan dengan selamat dan lancar.
Biasanya untuk pemasangan, kami guna kotak jenis logam (metal enclosure), yang juga dipanggil metal clad kat Malaysia. Sebab apa? Sebab ia tahan lama, tahan panas, dan lebih selamat dari segi risiko kebakaran. Kami juga sarankan guna jenama yang dipercayai macam EPS, Maxguard, dan Hager — jenama-jenama ni terkenal dengan kualiti yang bagus, ikut piawaian keselamatan, dan tahan lama.
Komponen Penting Dalam Kotak DB
- MCB (Miniature Circuit Breaker)
Kami guna MCB jenis C6 untuk lampu dan kipas, dan C16 untuk soket elektrik.
Fungsi:
‘Trip’ secara automatik bila ada litar pintas atau arus terlebih, supaya bekalan elektrik disekat dan tak bahaya.
- RCCB (Residual Current Circuit Breaker) / ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker)
ELCB sebenarnya dah tak banyak digunakan sekarang. Dalam sistem moden, RCCB adalah pengganti yang lebih selamat dan tepat. Ramai masih panggil ELCB, tapi nama betulnya RCCB.
Kami guna RCCB 40A 30mA untuk soket, dan 40A 100mA untuk lampu dan kipas.
Fungsi:
Kesan jika ada arus bocor (tak seimbang antara wayar hidup dan neutral)
- Suis Utama (Main Switch)
Kami guna suis pemutus 63A jenis double pole isolator.
Fungsi:
Untuk matikan semua bekalan elektrik dari kotak DB semasa kerja penyelenggaraan atau kecemasan.
- Busbar
Fungsi:
Agihkan tenaga elektrik dari bekalan utama ke setiap MCB.
Bahan:
Selalunya diperbuat daripada tembaga sebab ia tahan dan bagus hantar elektrik.
- Surge Protection Device (SPD)
Kami pasang SPD bersama sistem pembumian (earthing) untuk perlindungan lebih berkesan.
Fungsi:
Lindungi sistem elektrik dari lonjakan voltan, contohnya bila ada kilat atau gelombang kuasa mendadak — supaya peralatan elektrik tak rosak.
- Enclosure (Kotak DB Plastik atau Metal Clad)
Fungsi:
Sebagai kotak pelindung semua komponen dalam DB. Ia elak habuk, air, dan sentuhan terus — untuk keselamatan pengguna.
Bahan:
Biasanya dibuat dari logam (lebih tahan lama) atau plastik berkualiti tinggi (untuk penebat elektrik).
Dalam satu kotak DB, biasanya ada komponen dari pelbagai jenama. Kami biasa guna jenama macam EPS, Maxguard, ABB, atau Hager — ikut bajet pelanggan. Tapi kalau bajet terlalu ketat, kami minta maaf, kami tak terima sebab kami tak sanggup korbankan kualiti dan keselamatan.
Bila guna MCB dan RCCB yang original dan berkualiti tinggi, ketahanannya boleh sampai 20 tahun – dan berfungsi dengan baik sepanjang masa tu.
Kami sangat tak galakkan campur-campur jenama yang murah dan tak berkualiti dalam satu kotak DB. Nampak macam okay, tapi sebenarnya bahayakan rumah anda. Kotak DB jadi macam “rojak”, dan risikonya bukan main-main.

Kotak DB Elektrik Lama Dah Tak Mampu Tanggung Beban Elektrik Zaman Sekarang
Dulu masa anak-anak masih kecil, ramai ibu bapa tidur sekali dengan mereka. Tapi sekarang anak-anak dah besar, masing-masing ada bilik sendiri — siap dengan aircond, komputer, printer, TV, iPad, iPhone, dan mungkin juga sistem bunyi. Gaya hidup yang berubah ni buatkan banyak peralatan elektrik digunakan serentak di bilik-bilik berbeza. Kalau kotak DB masih guna yang lama, memang tak cukup ‘power’ untuk tanggung semua ni. Risiko untuk ‘trip’, wayar panas, atau paling teruk — kebakaran, jadi sangat tinggi.
Sejak PKP dulu, ramai dah mula kerja dari rumah. Sekarang suami, isteri dan anak-anak masing-masing guna bilik sendiri, semua dengan aircond, laptop, dan pelbagai gajet dalam masa yang sama. Bayangkan betapa berat beban elektrik tu, terutamanya kalau kotak DB tak pernah dinaik taraf sejak dulu.
Selalunya, semua peralatan ni dipasang extension plug yang disambung pada satu soket je. Ini memang punca overload yang serius — boleh buat plug panas, trip, atau lebih bahaya lagi, jadi punca kebakaran kalau kotak DB tak cukup selamat.
Tambahan pula, sekarang rumah makin banyak guna peralatan moden macam sistem autogate, air fryer, juicer, penapis air Cuckoo, mesin basuh besar, oven dan macam-macam lagi. Semua ni guna tenaga yang banyak, dan bila digunakan serentak, tekanan pada kotak DB yang lama tu jadi makin teruk.
Masalah Biasa pada Kotak Suis Lama — Periksa DB Elektrik Rumah Anda Sekarang!
Kami dah bantu ramai pemilik rumah di Ampang dan sekitar Lembah Klang yang hadapi masalah dengan kotak DB lama atau yang dah terlalu penuh. Bila rumah makin berusia dan penggunaan elektrik makin tinggi, masalah macam MCB selalu trip, wayar tak selamat, dan risiko kebakaran jadi makin kerap berlaku.
12 Tanda Kotak DB Rumah Anda Dah Lama dan Perlu Dinaik Taraf
- Rumah berusia 20–50 tahun
Kotak DB dah lama dan tak direka untuk sokong peralatan moden yang guna banyak tenaga.
- Elektrik selalu trip masa hujan lebat atau kilat
Mungkin kotak DB tak ada perlindungan arus bocor (RCCB) atau surge protection (SPD).
- Trip bila buka aircond
Selalunya sebab litar dah terlalu penuh, overload atau MCB dah lemah.
- Trip bila guna mesin basuh
Kotak DB lama tak stabil bila guna peralatan berat macam ni.
- Hud dapur, hob atau oven trip DB
Biasa jadi bila upgrade dapur tapi sistem elektrik tak dinaik taraf sama.
- Guna vacuum cleaner pun boleh trip DB
Beban elektrik naik mendadak dan breaker tak cukup kuat.
- Tambah banyak peralatan dari masa ke semasa
TV, pengecas, air fryer, komputer, Cuckoo — makin ramai dalam rumah, makin banyak beban. DB lama tak cukup untuk semua ni.
- Wayar dalam kotak DB berselirat dan bersepah
Susah nak kesan masalah dan risiko litar pintas pun tinggi.
- Tak ada label atau MCB individu
Tanpa label yang betul, susah nak tahu litar mana bermasalah. Bahaya bila nak buat kerja penyelenggaraan.
- Tak ada ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker)
Sangat penting untuk elak renjatan elektrik, terutamanya kat tempat basah macam bilik air dan dapur.
- Beberapa wayar sambung pada satu MCB
Dua atau lebih wayar disambungkan pada satu MCB. Ni memang tak digalakkan. Boleh sebabkan pemanasan, longgar, atau sambungan tak sempurna.
- Ada bau hangit dari MCB
Ini petanda wayar panas atau sambungan longgar. Kalau ada bau hangit seperti bau terbakar, elok cepat periksa — jangan tunggu sampai jadi kebakaran.
Perkhidmatan Naik Taraf Kotak Suis DB dan Sistem Perlindungan Kilat Earthing Rumah di Ampang
Kalau kotak DB rumah anda di Ampang asyik trip, nampak lama, tak mampu tampung semua peralatan elektrik, ada tanda-tanda masalah seperti yang disenaraikan tadi, atau langsung tak ada ruang nak tambah soket baru — ini masa untuk bertindak.
Sama ada anda perlukan pembaikan DB yang cepat atau naik taraf sepenuhnya, kami berada di Ampang dan sedia siapkan kerja dengan cekap, selamat dan profesional.
Kami juga menawarkan pelbagai servis elektrik lengkap, termasuk sistem pembumian (earthing), pemeriksaan masalah elektrik, pemeriksaan pendawaian rumah baru, wiring autogate, ujian Megger, pendawaian penuh rumah atau ubah suai, sistem penangkap kilat (LST), perlindungan kilat dan surge, serta pemasangan sistem pembumian.
Hubungi Alex di 012-870 2699 untuk maklumat lanjut.