Kitchen Hood & Oven Tak Boleh ON di Bangi

Masalah Aircond Trip di Kelana Jaya
May 31, 2025
Electrician Sri Hartamas
May 31, 2025

Kitchen Hood & Oven Tak Boleh ON di Bangi

Kitchen Hood & Oven Tak Boleh ON di Bangi

May 31, 2025

Masalah Sebenar? Short Neutral dan Earth!

Minggu lepas kami dari Mr Electrician dipanggil ke sebuah rumah di Bangi. Kisahnya bermula dengan masalah yang nampak kecil — kitchen hood tak berfungsi. Tapi kesannya besar. Bila hood rosak, bau masakan tak keluar. Masalah jadi lebih terasa sebab suami pelanggan kami memang peminat ayam goreng. Setiap kali masak, satu rumah berbau — dari dapur sampai ke ruang tamu!

Tukar RCCB Tapi Masalah Datang Balik

Sebelum kami sampai, pelanggan dah panggil seorang wireman yang datang dan tukar RCCB (Residual Current Circuit Breaker). Lepas tukar tu, semua nampak okey selama dua hari. Tapi lepas tu, masalah datang semula. Hood tak boleh hidup semula, dan kali ni oven pun tak boleh ON langsung. Pelanggan kami memang suka baking — dia suka buat kek, dan anak dia pula memang hantu chocolate cake. Bila oven tak jalan, dapur terus sunyi. Rasa macam ada sesuatu yang hilang dalam rumah.

Kami Datang & Jumpa Punca Sebenar – Short Antara Earthing dan Neutral

Bila pelanggan hubungi kami, kami terus datang dan buat pemeriksaan penuh. Seperti biasa, kami tak terus tukar alat, tapi kami troubleshoot satu-satu secara teknikal.

Hasil siasatan kami mendapati ada short circuit antara neutral dan earthing. Ini adalah salah satu masalah yang agak “senyap” tapi sangat berbahaya. Bila wire neutral bersentuhan dengan sistem bumi (earth), ia akan ganggu kestabilan sistem elektrik rumah. Sesetengah peralatan akan tak boleh hidup langsung, dan ada yang akan menyebabkan RCCB trip secara rawak. Sebab itulah hood dan oven tak boleh ON walaupun RCCB baru ditukar.

Apa Maksud Short Antara Neutral dan Earth?

Neutral dan earth sepatutnya tak bersambung secara terus dalam pendawaian rumah. Bila berlaku sambungan antara kedua-duanya (sama ada akibat wiring lama, wayar cair, atau sambungan tak kemas), ia akan hasilkan arus bocor. Ini buatkan RCCB ‘keliru’ dan trip walaupun tak ada beban berat. Peralatan macam oven dan hood perlukan bekalan stabil — bila ada gangguan macam ni, terus tak boleh ON.

Baiki Sistem Earthing & Pastikan Bacaan Stabil

Untuk selesaikan masalah, kami betulkan semula sistem earthing dan pastikan tak ada sambungan terus dengan neutral. Kami periksa semua sambungan grounding dan lakukan kerja pembaikan supaya sistem kembali stabil dan selamat. Seperti biasa, kami pastikan bacaan ground resistance tak melebihi 10 ohm, ikut standard profesional yang kami pegang.

Lepas kerja siap, kami test semula peralatan — hood kembali berfungsi, oven pun boleh hidup semula. Pelanggan boleh sambung masak ayam goreng, dan kek coklat kembali masuk oven malam tu juga. Anak pun senyum sampai telinga!

Kadang Bukan Alat Rosak – Tapi Sistem Elektrik Yang Ganggu

Ramai yang ingat bila peralatan tak hidup, mesti alat tu rosak atau MCB/RCCB problem. Tapi hakikatnya, masalah mungkin datang dari sistem pendawaian atau sambungan yang tak betul. Kes macam ni — short antara neutral dan earth — adalah contoh terbaik.

Kalau anda alami masalah yang berulang macam peralatan tak boleh ON, RCCB selalu trip, atau peralatan jalan sekejap je — jangan tunggu lama. Hubungi kami di Mr Electrician. Kami ada pengalaman dan peralatan untuk cari punca sebenar, bukan hanya tukar alat secara rambang.

Hubungi Mr Electrician Hari Ini

Jika anda sedang menghadapi masalah elektrik atau merancang untuk naik taraf sistem anda, hubungi kami terlebih dahulu. Hubungi 012-870 2699 atau boleh WhatsApp juga www.wasap.my/60128702699

Biarkan pasukan juruelektrik profesional kami di Klang Valley membantu anda membaiki, menaik taraf, dan melindungi sistem elektrik anda—secara cekap dan boleh dipercayai.

Related Post