Pemasangan Distribution Board (DB) Yang Betul Sangat Penting?
Di MR Electrician, kami percaya bahawa pemasangan Distribution Board (DB) yang kemas dan mengikut piawaian adalah asas kepada sistem elektrik yang selamat dan efisien. Ramai pemilik rumah tidak sedar bahawa DB yang rosak atau usang boleh menjadi punca pelbagai masalah — dari trip kuasa yang kerap, bahaya kejutan elektrik, hinggalah kepada risiko kebakaran.
1. Keselamatan Utama
Sambungan wayar yang tidak betul atau komponen DB yang sudah lapuk boleh menyebabkan litar pintas, kebocoran arus, dan kerosakan peralatan. Pemasangan oleh juruelektrik profesional memastikan setiap litar disambung dengan betul dan dilindungi dengan pemutus arus (MCB/RCD) yang sesuai. Ini mengurangkan risiko kemalangan dan menjaga keselamatan isi rumah anda.
2. Sistem Elektrik Lebih Lancar
DB yang dipasang dengan betul membantu pengagihan kuasa yang lebih seimbang di seluruh rumah atau premis. Ia mengelakkan beban berlebihan, gangguan bekalan kuasa, serta memudahkan proses troubleshoot sekiranya berlaku masalah elektrik di masa hadapan.
3. Pematuhan Undang-undang & Piawaian
Di Malaysia, semua kerja elektrik termasuk pemasangan DB perlu mematuhi garis panduan dan piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Juruelektrik kami di MR Electrician sentiasa memastikan setiap pemasangan dilakukan mengikut peraturan — supaya anda tidak hanya dapat sistem yang berfungsi dengan baik, tetapi juga selamat dan sah dari segi undang-undang.
Servis Wiring & Pemasangan Distribution Board (DB) di Malaysia
Di MR Electrician, kami sediakan servis lengkap untuk pendawaian dan pemasangan Distribution Board (DB) bagi rumah kediaman, premis komersial, dan bangunan industri. Kami pastikan kerja dilakukan dengan kemas, selamat, dan ikut keperluan elektrik anda.
Pemasangan DB Baru – Tengah bina rumah baru atau buat ubah suai? Kami boleh bantu pasang DB baru yang sesuai dengan kapasiti dan susun atur elektrik anda. Segala pemasangan dibuat dengan teliti ikut piawaian keselamatan.
Naik Taraf DB – Guna DB lama yang dah tak mampu tampung beban elektrik sekarang? Kami boleh bantu naik taraf DB anda supaya lebih moden, selamat, dan mampu tangani permintaan kuasa yang semakin tinggi.
Pendawaian Semula DB – Wayar dalam DB dah usang atau tak selamat? Pendawaian yang rosak boleh sebabkan trip, kebocoran arus dan bahaya renjatan. Kami sediakan servis pendawaian semula DB untuk pastikan sistem anda kembali stabil dan selamat.
Penyelenggaraan & Troubleshoot – DB pun perlukan penjagaan. Penyelenggaraan berkala boleh elakkan kerosakan besar. Kami juga buat kerja-kerja troubleshoot kalau anda alami masalah seperti trip berulang, DB panas, atau suis tak berfungsi.

Antara Jenama DB box di Malaysia ialah Hager, EPS brands
Pilih Mr Electrician Untuk Pemasangan DB Yang Selamat & Profesional
Sama ada untuk rumah baru, naik taraf sistem lama, atau penggantian DB yang rosak, Mr Electrician sedia membantu dengan kepakaran dan pengalaman yang terbukti. ? Hubungi kami sekarang di 012-870 2699
Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri elektrik, pasukan kami yang terlatih mampu:
- Menyediakan pemasangan DB baharu untuk pelbagai jenis hartanah (residential, komersial, industri)
- Naik taraf DB lama supaya mampu menampung beban elektrik moden seperti aircond, pemanas air dan EV charger
- Membaiki dan melakukan pendawaian semula DB yang rosak atau tidak selamat
- Menjalankan pemeriksaan keselamatan serta penyelenggaraan berkala untuk pastikan sistem kekal berfungsi dengan baik
Jangan tunggu sampai ada masalah besar. Hubungi Mr Electrician hari ini di 012-870 2699 untuk servis pemasangan dan penyelenggaraan DB yang cepat, mesra dan profesional. Kami komited untuk memastikan rumah dan premis anda selamat serta bebas dari gangguan elektrik.