Pakar Masalah Trip Elektrik, Sistem Pembumian & Perlindungan Petir
Sedang cari juruelektrik berpengalaman di Bandar Botanic, Klang? Sama ada rumah anda mengalami fius terputus, perlukan pendawaian baru, atau hanya mahu tambah soket – kami sedia membantu dengan cepat dan selamat.
Di Mr Electrician, kami menawarkan perkhidmatan elektrik yang pantas, mesra bajet, dan berkualiti tinggi untuk rumah, kedai, dan pejabat di sekitar Bandar Botanic dan kawasan Klang yang berdekatan. Tiada bayaran tersembunyi, tiada kerja cincai – hanya hasil kerja profesional yang boleh anda percayai.
Perkhidmatan Elektrik Lengkap di Bandar Botanic, Klang
Masalah elektrik yang dibiarkan boleh menjadi bahaya kebakaran. Kami sediakan perkhidmatan lengkap termasuk:
- Pemeriksaan masalah kuasa & fius sering trip
- Baiki dan naik taraf papan agihan (DB box)
- Pendawaian semula rumah atau bangunan lama
- Pendawaian baru untuk ubah suai atau sambungan rumah
- Pemasangan kipas siling, dinding atau ekzos
- Pemasangan lampu dalaman & luaran
- Tambahan soket kuasa & suis lampu
- Soket USB moden untuk keperluan semasa
- Pemasangan pengecas EV (kereta elektrik) di rumah
- Pendawaian & pembaikan motor pagar automatik
- Sistem CCTV, loceng pintu pintar & keselamatan rumah
- Lampu solar luar rumah yang jimat tenaga
- Pemeriksaan keselamatan elektrik
- Bil TNB yang tinggi
Fius Rumah Kerap Trip? Kami Boleh Periksa
Masalah fius kerap terputus bila anda hidupkan pemanas air atau penghawa dingin? Ia mungkin disebabkan oleh:
- Pendawaian terlalu lama atau rosak
- Beban elektrik berlebihan
- Sambungan longgar dalam DB box
- Sistem pembumian yang lemah
Kami akan jalankan pemeriksaan penuh dan baiki ikut piawaian Suruhanjaya Tenaga & TNB untuk keselamatan jangka panjang.
Sistem Pembumian Yang Betul = Keselamatan Maksimum
Sistem pembumian yang baik boleh melindungi peralatan dan ahli keluarga anda daripada renjatan elektrik dan kerosakan akibat kilat. Kami guna rod tanah dan wayar tembaga tahan karat untuk perlindungan yang tahan lama.
Kenapa Penduduk Bandar Botanic Pilih Kami?
- Juruteknik bertauliah & berpengalaman
- Tiba cepat – servis hari sama bila perlu
- Kerja kemas, tidak bersepah
- Guna komponen berkualiti
- Pasukan tempatan Klang
- Harga telus, tiada caj tersembunyi
Sama ada rumah teres, kedai runcit, pejabat atau kafe – kami beri perhatian dan hasil kerja terbaik untuk setiap pelanggan.
Kawasan Servis Sekitar:
- Bandar Botanic
- Bandar Bukit Tinggi
- Taman Sentosa
- Bayu Perdana
- Kota Bayuemas
- Glenmarie Cove
- Bukit Raja
- Bandar Puteri Klang
Cara Tempah Juruelektrik di Bandar Botanic
Langkah 1: Hubungi atau WhatsApp kami
Nyatakan masalah atau servis yang anda perlukan
Langkah 2: Dapatkan nasihat & anggaran kos PERCUMA
Kami akan beri cadangan dan sebut harga awal
Langkah 3: Juruteknik datang dan selesaikan masalah
Kami lengkap dengan alat dan kepakaran – siap pada hari sama bila boleh
Masalah Kecil Boleh Jadi Bahaya Besar
Suis berbunyi, lampu berkelip atau DB panas bukan tanda biasa – ia mungkin amaran awal bahaya kebakaran. Dapatkan bantuan juruelektrik sebelum terlambat.
Hubungi: 012-870 269
WhatsApp kami: www.wasap.my/60128702699
Mr Electrician – Pakar Elektrik Tempatan Anda di Bandar Botanic, Klang