Baiki & Ganti Kotak DB untuk Rumah Teres di USJ 12
Baru-baru ni, kami terima pertanyaan daripada Encik Lim dari kawasan USJ 12 tentang masalah kotak DB di rumah teres beliau yang dah lebih 35 tahun. Masalahnya, elektrik selalu trip bila guna terlalu banyak peralatan.
Encik Lim cakap masalah ni selalu jadi lepas aircond jalan lebih setengah jam atau masa guna seterika elektrik dan lampu akan berkelip dulu sebelum trip. Bila kami periksa, ada beberapa suis (breaker) dalam kotak DB yang dah longgar dan sebelum ni dia pernah dengar bunyi berdengung serta nampak cahaya putih berkelip sebelum bekalan elektrik terputus.
Sekarang ni, Encik Lim cuma guna beberapa peralatan asas je sebab tak nak sistem terlalu terbeban malah dia tak berani nak buka aircond langsung. Rumah dia pun tak ada pemanas air, jadi kemungkinan besar punca trip bukan sebab penggunaan elektrik tinggi, tapi sebab litar tak seimbang atau sambungan longgar.
Tanda-tanda ni sebenarnya bahaya dan perlu perhatian segera. Gabungan kotak DB lama, breaker longgar, bunyi berdengung dan cahaya berkelip menunjukkan sistem elektrik rumah tu dah terlalu lama. Kalau terus guna tanpa baiki, boleh menyebabkan trip berulang, litar rosak atau lebih teruk risiko kebakaran. Jadi, pemeriksaan dan pembaikan segera memang sangat penting.

Kotak DB Rumah Teres Subang dengan MCB & Isolator Lama
Kotak DB Encik Lim sekarang ni dah lebih 35 tahun dan masih guna model lama FI 68/63/2/0.1, dengan spesifikasi macam ni:
- Arus Ditetapkan (In): 63A
- Arus Kerosakan Ditetapkan (IΔn): 0.1A
- Voltan Ditetapkan (Un): 240V
- Poles: 2
Dalam kotak DB tu juga ada isolator jenama F & S 63A. Kedua-dua komponen ni RCD dan suis utama dah jenis lama dan tak ikut piawaian keselamatan elektrik semasa. Bila dah lama, bahagian dalam dan mekanikal dia boleh haus atau longgar, sebab tu boleh jadi sensitiviti rosak, trip tak menentu atau lebih teruk, tak potong bekalan bila ada litar pintas.
Bila digabungkan dengan MCB yang longgar dan pendawaian lama, semua ni boleh jejaskan keselamatan dan kestabilan elektrik rumah, terutama bila rumah tu dah digunakan lebih tiga dekad.
Untuk kes macam ni, kos baiki atau ganti kotak DB bergantung pada beberapa faktor contohnya keadaan wayar sedia ada, bilangan litar dan sama ada nak naik taraf MCB, RCCB, atau pasang alat perlindungan surge.
Prosedur biasa kami ialah buat pemeriksaan secara terperinci dulu, untuk tentukan sama ada sistem tu boleh dibaiki dengan ketatkan sambungan dan ganti sebahagian atau kena tukar keseluruhan kotak DB.
Lepas pemeriksaan, kami akan bagi sebut harga yang jelas dan telus, supaya pelanggan tahu apa yang akan dibuat. Pemasangan baru nanti akan lebih selamat, seimbang dari segi beban dan ikut standard elektrik moden.

Pakar Tukar Kotak DB & Pemeriksaan Masalah Elektrik
Lepas kami buat pemeriksaan di rumah teres Encik Lim di kawasan USJ 12, kami cadangkan supaya tukar keseluruhan kotak DB dan buat naik taraf sistem elektrik untuk pastikan semuanya selamat dan boleh guna dengan stabil. Encik Lim terus setuju dengan sebut harga RM1,900, sebab faham pentingnya ganti kotak DB lama, suis utama dan MCB yang dah uzur.
Harga ni hanya meliputi kerja di kotak DB sahaja, tak termasuk kerja pendawaian tambahan. Servis yang termasuk dalam pakej ni ialah:
- Periksa punca aircond selalu trip
- Check punca soket trip atau tak berfungsi
- Uji semua plug & soket dalam rumah
- Ukur bacaan bumi (earth resistance)
- Sambung kabel guna cable link dan heat shrink kalau kabel asal terlalu pendek
Servis lengkap ni bukan sekadar tukar kotak DB baru dengan MCB, RCCB dan suis utama jenama EPS atau ABB je tapi juga pastikan seluruh sistem elektrik rumah diuji dan diperiksa semula supaya tak ada sambungan longgar, masalah trip, atau risiko bahaya.
Dengan cara ni, pemilik rumah macam Encik Lim boleh guna sistem elektrik yang lebih selamat, stabil dan ikut piawaian moden, tanpa risau trip atau bau hangit lagi.

DB Selalu Trip & Masalah Elektrik? Hubungi Alex 012–870 2699
Kalau anda sedang hadapi masalah elektrik seperti DB selalu trip, aircond trip, pemanas air trip, satu rumah terus trip bila buka lampu, bunyi berdengung, bau hangit, atau kotak DB panas, itu tanda jelas sistem elektrik rumah anda perlu diperiksa dan dibaiki segera.Antara tanda-tanda lain yang juga perlu diberi perhatian termasuk lampu berkelip-kelip, percikan api pada soket, soket rosak atau longgar, fius selalu putus, wayar lama atau terdedah, dan bekalan elektrik yang tak stabil.
Kalau dibiarkan, masalah-masalah ni boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik, kebakaran, atau bahaya keselamatan yang serius. Jadi, sangat penting untuk panggil juruelektrik bertauliah supaya sistem dapat diperiksa dan dibaiki dengan betul secepat mungkin. Untuk sebarang masalah elektrik macam ni, jangan tunggu sampai jadi lebih teruk.
Hubungi Alex di 012–870 2699 untuk pemeriksaan pendawaian rumah yang menyeluruh, penggantian kotak DB, dan troubleshooting elektrik profesional.





