Apa Punca DB Selalu Trip? – Kenapa Ia Berulang & Bagaimana Diselesaikan
Di Taman Bayu Suria, Klang, seorang pemilik rumah yang agak besar menghubungi kami kerana sudah beberapa kali mengalami DB (Distribution Board) trip lampu rumah padam, suis utama terputus sendiri dan gangguan kuasa tiba-tiba terjadi walaupun tiada peralatan berat yang dihidupkan secara ekstrem. Rumahnya seluas kira-kira 1,600 kaki persegi, dilengkapi 4 unit aircond, 2 water heater, microwave yang kerap digunakan dan pelbagai peralatan elektronik lain. Semua komponen seperti main switch, MCB, RCCB dan RCBO menggunakan jenama yang agak baik, tetapi masalah tetap muncul. Perkara ini bukan sahaja menyusahkan aktiviti harian, tetapi juga boleh membawa bahaya seperti kerosakan alat elektrik, kejutan elektrik, dan risiko keselamatan lain.
Pemilik rumah sudah beberapa kali buat langkah awal sendiri seperti tidak menggunakan Microwave, untuk kurangkan beban elektrik dan pastikan plug serta peralatan yang tidak digunakan ditutup. Namun DB tetap trip jadi jelas bahawa masalahnya lebih daripada sekadar penggunakan elektrik overload. Ada juga bau hangit ringan dari dalam kotak DB, serta soket luar nampak sedikit lembap selepas hujan. Dari pengalaman kami dan rujukan kepada kes-kes DB trip di KL/Selangor, banyak punca yang mungkin menjadi menyebabkan:
- Wayar / penebat (insulation) yang sudah usia atau rosak mungkin akibat wayar terdedah/terlalu panas dari beban berterusan.
- Sambungan kabel / terminal yang longgar dimana bila sambungan longgar, haba terhasil dan boleh menyebabkan trip apabila arus melepasi had tertentu.
- Perbezaan beban elektrik di litar-litar tertentu apabila peralatan berat seperti oven, water heater, ac digunakan serentak dalam satu litar, beban boleh melebihi kapasiti MCB atau RCBO.
- RCCB / RCBO yang terlalu sensitif / sudah rosak ada situasi bila alat perlindungan arus bocor atau earth leakage terlalu kecil menyebabkan alat trip walaupun tiada kerosakan yang jelas.
- Cuaca luar / lonjakan voltan (power surge) kilat, ribut petir, kelembapan tinggi boleh menjejaskan sistem pendawaian luar dan menyebabkan arus bocor atau lonjakan voltan yang sekaligus boleh memicu trip.
- DB box / panel pengagihan lama / tidak direka untuk beban moden rumah zaman dahulu mungkin dipasang dengan sistem DB yang sudah tidak sesuai untuk penggunaan peralatan elektrik masa kini. Peralatan moden dengan rating kuasa tinggi memerlukan sistem pendawaian dan perlindungan yang lebih baik dan terkini.
- Rujukan situasi di Malaysia menunjukkan bahawa kerosakan bekalan elektrik dan power trips juga sering berlaku disebabkan sambungan longgar, aliran arus bocor, dan alat perlindungan (breaker) yang lama atau kualitinya tidak tahan lasak.

Cara Profesional Kami Buat Pemeriksaan & Bagaimana Perbaikan Dibuat
Ketika kami dijemput untuk selesaikan masalah ini, langkah kerja dijalankan secara sistematik supaya punca sebenar dapat dikesan dan bukan hanya tampalan sementara:
- Matikan semua litar semua MCB dan RCBO ditutup dahulu untuk keselamatan, kemudian satu-satu litar diaktifkan semula secara berasingan. Ini membantu tahu litar mana yang menyebabkan trip. Contohnya, bila microwave digunakan atau bila air-cond dihidupkan, adakah DB terus trip.
- Ujian wayar / penebat menggunakan alat insulation resistance tester (megger) ini untuk tahu sama ada wayar ada kebocoran ke bumi atau insulation sudah reput, terutama bahagian yang selalu kena panas atau lembap.
- Periksa sambungan terminal & kondisi fizikal kotak DB pastikan skru sambungan terminal semua kemas dan ketat. Juga periksa ada tiada bau hangus, tanda terbakar, pengoksidaan, atau wire yang terdedah. Bersihkan jika terdapat habuk atau kotoran sebab ini boleh jadi punca arus bocor.
- Uji RCBO / RCCB / breaker alat-alat perlindungan ini diuji secara individu. Jika RCBO terlalu sensitif atau sudah lemah, boleh jadi alat ni trip tanpa sebab nyata bila litar stabil. Pastikan alat ini masih berfungsi seperti dalam spesifikasi.
- Periksa peralatan berat / load high alat seperti air-cond, oven, water heater perlu diletakkan di litar yang sesuai. Jika alat berat banyak digunakan, perlu ada litar berdedikasi supaya tidak membebankan satu litar sahaja.
- Pastikan sistem mod protection seperti surge protector jika perlu jika kawasan sering dilanda petir / lonjakan voltan, pemasangan surge protection device (SPD) boleh membantu melindungi alat elektronik dan DB dari kerosakan mendadak akibat voltan tinggi.
Semua Ini Dilakukan Untuk Kes Taman Bayu Suria & Keputusan
Dalam kes di Taman Bayu Suria, selepas pemeriksaan, kami dapati satu wayar di bahagian dapur mempunyai penebat yang sudah reput, menyebabkan arus bocor ke bumi terutama bila beban tinggi seperti oven + induksi digunakan sekaligus. Juga terdapat beberapa terminal yang longgar di kotak DB yang mengakibatkan sambungan tidak stabil. RCBO untuk litar dapur juga merupakan alat lama yang sensitif, agak kerap berganjak semasa beban berat. Semua ini menyumbang kepada DB trip secara berulang.
Untuk penyelesaian, kami:
- Gantikan kabel yang rosak dengan jenis wayar yang sesuai dan diperkuat dengan penebat yang tahan cuaca dan haba.
- Gantikan RCBO / breaker dapur kepada model yang lebih terkini dan sesuai rating beban.
- Ketatkan sambungan terminal, perbaiki DB box supaya tidak ada kabel longgar.
- Pastikan kotak DB berada dalam keadaan bersih, tiada lembapan atau habuk yang boleh jadi arus bocor.
- Uji kembali semua litar serta beban elektrik serentak setelah kerja selesai termasuk oven, air-cond, heater dan lampu untuk pastikan DB tidak lagi trip.
Hasilnya, DB tidak lagi trip walau bila peralatan berat digunakan serentak. Rumah kembali stabil dan selamat digunakan. Pemilik rumah sangat lega kerana masalah yang mengganggu harian akhirnya dapat diselesaikan dengan efektif.

Pengajaran & Nasihat Untuk Elektrik Rumah Anda
- Jangan tunggu sampai masalah jadi besar. Kalau DB mula trip setiap minggu atau ada bau hangit atau soket panas, cepat-cepat panggil juruelektrik bertauliah.
- Pastikan sistem DB dan wiring rumah anda sesuai dengan beban elektrik masa kini. Rumah moden banyak guna alat-pemanas, penghawa dingin, induction hob, kompor elektrik semua ini perlukan wiring dan perlindungan sesuai supaya tidak overload satu litar.
- Gunakan jenama breaker / RCCB / RCBO yang dipercayai dan tahan lama, dan pastikan spare partsnya mudah dapat.
- Buat pemeriksaan berkala termasuk pemeriksaan visual soket, kotak DB, bau hangit, bunyi aneh, kelembapan di dekat soket luar atau panel elektrik luar rumah.
- Pastikan pemasangan wiring dan DB dibuat oleh juruelektrik yang mempunyai dan pengalaman supaya kerja kemas, sambungan betul dan ikut standard keselamatan.
Jika anda di kawasan Klang atau Selangor dan mengalami masalah DB selalu trip, lampu padam tiba-tiba, alat elektrik cepat rosak atau rasa tidak selesa bila guna peralatan berat, hubungi kami. Kami ada pengalaman, peralatan moden, dan juruelektrik berlesen untuk bantu periksa dan selesaikan masalah dengan betul supaya rumah anda selamat, stabil dan bebas dari gangguan elektrik yang berulang.





